Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, August 31, 2009

Oh! Buttercream...kasihan kamu!


HEM.....! Akhirnya berjaya juga saya pecahkan ruyung malas saya tu dan terciptalah sebuah kek yang dihiaskan dengan bunga buttercream, lewat Sabtu lepas.
Ya...inilah kek yang saya maksudkan itu. Kalau tidak kerana kawan mengundang kami berbuka -- dan kawan ini pulak sangatlah istimewa kepada kami sekeluarga -- besar kemungkinan saya masih lagi dalam comfort zone saya. Enggan berbaking sebab seronok menikmati waktu senggang dengan melepak dan membaca saja. Dan mungkin kalau tak kerana undangan yang istimewa ini, sampai sekarang saya akan terus memeramkan ruyung malas saya itu -- sampai berkepam kepam :-))


Dan sejujurnya, saya sendiri memang tak boleh berpisah lama dengan hobi yang satu ini. Walaupun penat, tapi meriaskan kek ini sangat menyeronokkan. Jadi, walaupun sebelum ini saya pernah buat pengakuan suci yang saya masih dalam MODE SANTAI dan malas sangat nak baking, tapi...tak sampai berapa hari pun...tangan saya macam dah gatal-gatal je. Ibarat orang putus cinta tanpa rela....pandang kat mana pun nampak muka si dia saja. Ha...macam tu ler keadaan saya bila dah lama tak merias kek dan cupcakes. Tak tentu arah perasaan ni tau.

Lebih parah lagi sebab bila saya pi terawih tu...mata saya jadi kelabu dek panahan sulaman pada telekung jemaah muslimat yang sangat cantik menawan tu. Ada bermacam-macam rupa dan gaya. Puas saya cuba pejam mata ni....tapi godaan sulaman berbunga-bunga yang sangat anggun itu ternyata cukup mengecurkan jiwa.


Bila balik rumah, saya terus lakar bunga yang saya bayangkan itu dan kali ini untuk Atikah, saya cuba bereksperimen dengan buttrecream pula. Tapi nak tahu apa jadi? Aduh! Kasihannya saya (atau buttercream itu) sebab selepas empat jam....saya masih terkial-kial untuk menyermpurnakan riasannya. Hem...memang susah sangat nak melicinkan cream pada kek itu. Saya betul-betul give-up. Macam nak menangis pun ada. Nampaknya, dek kerana saya terlampau fokus kepada fondant, akhirnya skill buttercream saya pun macam terabai dan hampir berkarat.



Memang krim manis ini bukan forte saya. Dan memang itu saya sudah tahu dari awal...sebab itu saya decided untuk fokus pada benda yang serasi dengan kesabaran dan kemahiran saya saja. Kepada bakers yang bijak mengendalikan buttercream itu....saya memang nak beri tabik yang sangat spring....sebab bukan mudah nak menjadikan kek itu licin....selicin licinnya, macam satin.








Tapi bab buat bunga ros buttercream ni...memang kesukaan saya,. Oh! Ralit sunguh. Tak sedar-sedar...bersusun bunga ros saya. Dan untuk adik-adik yang belum mahir tu dalam kerja merias ni, kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap Tan See Fong. Bunga mawar pink lembut ni saya guna nozel 2106 dan yang fushia tu saya pakai nozel bernombor 2107.



Nak buat bunga ni, posisi tangan tu mesti betul dan saya suka pull ke atas macam kita buat huruf 'n' (small 'n').





Dan bila di tarik ke bawah, posisi tangan kanan (kalau kidal, tangan kiri) mesti terbuka macam itu. Nampak tak?Insyaallah, kelopak mawar yang dibuat itu mesti cantik terletak saja.




Dan seperti yang semua maklum, saya menggunakan paku ini sebagai holder wafer tatkala membuat bunga buttercream itu dan saya susun banyak-banyak dalam dulang coklat tu. Saya spread thin layer of buttercream pada permukaan dulang tu supaya bunga kita tu tak jatuh terlentang le pulak bila kita transfer kat situ.


Bila kita dah buat banyak-banyak bunga ros, tu baru kita susun kat atas kek atau kat mana-mana saja yang kita suka. Dan bagi saya, part dekorasi ni yang paling menyeronokkan saya :-))



Ini adalah gambaran kemeriahan di rumah kawan saya itu - Atikah dan hubbynya, Zul yang memang rajin menjamu kawan-kawan dan anak-anak yatim. Kalau Zul undang kami ke Nilai memang kami akan cuba juga penuhi hajatnya itu. Maklumlah kawan lama. dah dekat 15 tahun kot....masa sama-sama tinggal di Shah Alam. Masa tu Atikah dan Zul baru kawin dan kami pun baru ada anak seorang (masa tu Alia dalam dua tahun lebih kot). Wanita manis yang berdiri kat sebelah Atikah tu (yang berbaju kurung hitam putih tu), Huda namanya, jiran kami juga semasa di Shah Alam....dan la ni kami semua sudah terpisah-pisah....seorang di Nilai, Huda di Putera Heights dan saya di Subang Jaya. Tapi kalau ada majlis macam ni, semua akan berkumpul....dan biasanya kat rumah Zul dan Atikah. Atikah yang memang rajin serba-serbi....la ni dah pandai buat kuih tepung talam yang sangat sedap pulak. Kat sebelah Atikah tu...Ayu, anak sulungnya yang sangatlah pandai!



Captions: Atikah dengan rasminya memotong kek pemberian ku itu. Sehari suntuk mengerjakan kek ni....heh susah sungguh. Saya lebih rela buat kek fondant 10 kali, berbanding kek bersalut buttercream.




Captions: Suasana memang meriah....macam dah raya!



Captions: Sesi solat terawih berjemaah turut dianjurkan juga. Inilah yang paling afdal kan?
Akhir kalam, saya harap semua teman sihat walafiat dan happy baking! :-))
Wasalam.

Friday, August 28, 2009

Warna Ramadan

NAMPAKNYA sudah seminggu kita berpuasa – berlapar, dahaga serta belajar menutup mata, telinga dan menjaga lidah (dengan penuh kepayahannya kan?) demi mendapatkan puasa yang berkat dan sempurna. Apapun, saya ucapkan selamat berpuasa sekali lagi untuk pembaca semua.

Agaknya macam manalah keadaan Amy di Germany, LG di Australia, Ieka di Anzec, Aimy di Kuwait, Mamasya di Brunei, Shireen di Dublin…macam mana kan? Berbuka apa ler agaknya? Mesti rindu pasar Ramadan kan? Dan malam ini Marina pula akan terbang pulang ke Doha….hem….sedihnya kita. Baru kenal, baru nak mesra…dah berpisah.

Hem....


Apapun, saya masih lagi dalam mode santai. Oven pun masih lagi berehat dan apron tetap cantik berlipat. Tak ada keinginan pun nak usik-usik lagi. Tiga hari pertama berpuasa hari tu, memang mencabar benar. Nampaknya, badan kita ni lain macam sangat berbanding dahulu. Begitulah fitrah perempuan kan? Waktu 20-an lain, 30-an lain, dan bila dah masuk forty carat ni...lagilah lain.


Makan tak boleh banyak-banyak sekali gus. Dan minum pun, air hangat saja. Tak boleh dah nak laram air batu ke, apa ke. Enggak betah dong! Menu kami utk berbuka pun biasa biasa saja. Tak ada yang special macam dahulu. Cik Suami kata cuba tahun ini kita tak payah pi pasar Ramadan. Dan, nampaknya selepas seminggu, belum sekali pun kami berombongan ke pasar kuih muih yang sangat meriah itu. Nak tenguk setakat mana kami boleh bertahan.


Dan, nampaknya puasa kali ini pun saya dah tak berapa suka sangat nak pergi majlis berbuka puasa. Dah dua, tiga tahun dah kami amalkan berbuka di rumah aja. Kalau masa kerja dulu, pantang ada undangan, mesti itu yang saya utamakan. Maklumlah wartawan, setiap hari ada berpuluh-puluh undangan yang sampai ke meja kami. Semuanya ala-ala buffet tujuh ke 10 bintang. Hampir seluruh hotel dalam Malaya ni nak buat jamuan untuk kami. Itu belum kira lagi syarikat korporat, Datuk Datuk dan Pak Menteri.


Dan kerana itu jugalah dulu-dulu kalau dekat nak bulan puasa, saya siapkan baju kurung/kebaya baru punyalah banyak (p/s: baju raya tu lain cerita tau) sebab nak laram pi rumah Menteri Besar dan PM juga teruja nak bersalaman dengan First Lady. Berbuka puasa dengan nama nama glamour tu....hem....tak usah cakap ler. Semua syarikat filem dan syarikat rekod buat majlis berbuka untuk wartawan. Pendek kata memang masa tu tengah muda -- kita cuma fikir duniawi saja. Tarawih ke...apa ker....langsung tak termasuk dalam agenda lagi masa tu


Satu lagi kegemaran kami (saya dan cik Suami) masa itu ialah berbuka kat hotel dan yang selalu menjadi pilihan ialah Paya Serai PJ Hilton, Restoran Seri Melayu dan Melting Pot Concorde KL. Aduh! sekepala enam, tujuh puluh ringgit pun kami pejam mata. Biasanya saya akan atur beberapa sesi -- dengan geng wartawan Jelita, dengan bestfriends yang tiga empat kerat tu, lepas tu dengan cik Suami. Heh! Bila ingat sekarang ni....rasa malu sendiri. Jahiliyah sungguh. Mujurlah sekarang ni semua itu dah tak menjadi impian langsung. Tak teruja sikit pun.



Selain keluarga, la ni saya cuma teruja hal kek/cupcakes dan novel saya saja (yang entah bila tahun nak siap tu). Hal lain-lain tu saya anggap sebagai props saja dalam meneruskan sebuah kehidupan. Bab kecik hati ke, terasa hati ke...tak ada dah dalam kamus saya. Kalau nak tersinggung pun dengan fondant aje atau kalau kek bantat....itu saja yang boleh buat saya tersinggung. Kecik hati dengan oven & mixer....atau saya yang salah adun resepi :-))

Atau dalam kata lain yang mudah...simplify your life.


Jadi, akhir kalam saya hari ini, marilah kita beramai-ramai melihat gambar beberapa lagi teman baru kita yang sudi menghadiri kelas dekorasi yang saya anjurkan beberapa hari sebelum menyambut Ramadan tempuh hari. Maaf ya semua, sebab kak Jun lambat banget publish gambar-gambar ini :-))

Apa kabar Fazidah di Kedah?

Assalamualaikum Miza

Ini Syikin dari Batu Pahat. Kalau nak tau pasal beras...tanyalah dia :-))






Hai Aisyah!










Hasil dekorasi untuk kelas cupcakes for beginners.
Ini ElisabethLinda, Miza dan Fazidah :-))

Salam Aida

BAB DUA
Kelas dekorasi wedding cake






Azie







Raisya Chunky Bite


Hot Mama, Fadilah a.k.a Mira - Miralisya




Ini adalah rombongan dari Johor Bahru. Semua berpengalaman dalam bidang dekorasi...sifu-sifu besar belaka.

Aku....terkesima!
:-))





Wednesday, August 26, 2009

Tahniah! Tahniah! Tahniahhhhhhh

AKHIRNYA....ya akhirnya.....pengumuman yang ditunggu-tunggu itu, sudah sampai ke kemuncak. Lebih hebat dari AF...lebih dahsyat dari Sekar.....lebih dramatik dari CSI.... (part H kena tembak and mati tipu tipu itu)





Ya...tak lain tak bukan, pengumuman pemenang pengunjung ke 100,000 sudah pun sampai ke penghujungnya. Tak sangka sama sekali, akhirya sempurna sudah sebuah misi.

Terus-terang saya katakan...sebenarnya saya sangatlah berdebar-debar kerana tak tahu sama ada hayat blog saya ini ada ke tidak untuk mencapai ke tahap 100 ribu itu. Maklumlah....rencana kita dengan yang di atas sana tu tak sama. Tapi, sebagai seorang yang suka nak berfikiran positif...saya follow saja counter di blog saya itu dan setiap kali angkanya naik, saya yang berdebar-debar....siapakah gerangannya yang bertuah itu. Atau entah-entah, orang yang dimaksudkan itu tidak tahu menahu atau tidak berminat pun untuk participate dengan contest suka ria saya ini.





Lebih mendebarkan jiwa apabila counter hit 95 ribu, saya mula menerima sms dan email mengucapkan tahniah dan juga macam-macam wish list yang menggetarkan jiwa. Seronok pulak rasanya, sebab ada juga aktiviti yang perlu diikuti setiap hari.





Tapi, yang saya tak sangka, betapa cepatnya contest ini sampai ke penghujungnya sebab menjelang jam 3 lebih semalam, saya dapat sms dari cik Suami, to congratulate me for reaching the target hit! What? Sangka saya lagi seminggu dua, rupa-rupanya pada hari ke-4 berpuasa kita sudah tahu jawapannya. Sebenarnya ketika itu saya baru sahaja balik dari mencuci mata di BWY, terkejut tidak terkata.





"Eh! baru pagi tadi tenguk, masih kat takah 98 ribu. La....."



Itu saja yang dapat saya katakan kerana sekejapan itu juga HP saya berdenting-denting, sebagai isyarat ada banyak email baru masuk dan salah satunya....ya...salah satunya daripada seorang gadis bernama Siti Aishah Sarudin.


Yes! Tahniah cik Siti Aishah Sarudin kerana telah berjaya menjadi pemenang bertuah untuk kek beg tangan berwana merah kesumba yang sangat anggun seperti yang tertera di atas. Eh! Saya pun dah jadi tak sabar nak deko kek ni....dan kalau ada yang bertanya, harga di pasaran ialah bermula dari RM550 and above (bergantung kepada size, kek, filling....bla...bla...bla).

Jadi, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahbiah kepada Siti Aisyah ya. Dia memang bertuah sebab saya kalau masuk pertandingan apa-apa ke....jarang nak bertuah (pernah juga masuk peraduan teka bola lah, kira logo lah kat surat khabar tu...tapi satu pun tak mengena). Dan, kiranya bintang Siti Aisyah ni terang bebeno ler.


Saya dah called Siti Aisyah malam tadi dan interview dia sikit-skit dan katanya masa dia masuk blog saya tu...dah tinggal 'waktu kecederaan dah'. Gembira? Eh! Mestilah kan...dapat 'beg tangan' baru. Boleh ler kita sama-sama melaram raya ni. Awak dengan Botegga, saya dengan Coach :-))

Dan untuk menambah impak maksima lagi kepada berita ini, saya minta Siti Aisyah email gambarnya kepada saya. Dan inilah dia si manis yang bertuah itu....ehem, dengan siapa ya awak bergambar itu? Nanti boleh potong kek itu bersama-sama ya.





Captions: Yes! Thumb up untuk Siti Aisyah. Nanti kak Jun akan runding cara lagi dengan awak, tarikh yang sesuai untuk kita buat upacar apenyerahan kek yang maha sedap ini.

Tidak lupa juga kepada pengunjung blog saya yang lain, saya ucapkan terima kasih, kerana sudi memberi sokongan kepada saya selama ini -- hantar email, bagi hadiah, kirim sms, calling-calling dan ada yang datang sendiri belajar deko n beli kek dengan kita.

Sebenarnya, kak Jun ni bukan berorientasikan bisnis sangat ni...saja nak penuh masa lapang je dan sebab itulah bulan puasa ni kita gantung apron. Tapi demi Siti Aisyah, akan ku buka semula dapur ku itu. Dan, terlanjur bercerita kat sini....kepada anak-anak dan adik-adik yang email nak belajar dekorasi cupcakes tu, saya akan mulakan semula selepas habis mood raya esok ya.

Insyaallah, lepas ni saya nak anjurkan pertandingan lagi...tapi tak tahu bersempena apa pula ya? Hadiah untuk pengunjung ke 150 ribu? Oh! Itu memang dalam perancangan. Tapi kalau sesiapa ada idea yang lebih mantap....cuba kirim-kirimkan bisikan melalui angin tu, boleh ku pertimbangkan di sini.
Oka....sampai jumpa lagi di lain entry, salam untuk semua. Selamat berbuka dan selamat berterawikh.


KELAS DEKORASI CUPCAKES (BEGINNERS)


KELAS DEKORASI CUPCAKES UNTUK BEGINNERS
1. Berlangsung pada setiap hari Sabtu.
2. Dekorasi menggunakan fondant.
3. Peserta akan diajar cara membuat reka bentuk seperti bunga ros, petunia, calalily, jasmine dan melati; tiny miny handbag and shoes, booties untuk baby, `making faces' dan banyak lagi design yang cute dan menarik mengikut kesesuaian kehendak peserta.
4. Semua method yang dipelajari untuk membuat figurine dan objek ini adalah hasil ciptaan saya sendiri dan saya alu-alukan sesiapa sahaj yang kreatif untuk menggunakan semua designs saya untuk merias kek dan cupcakes mereka.
5. Semua teknik dekorasi ini yang dipelajari ini juga boleh digunakan untuk meghias kek sama ada sesuai untuk kek hantaran, novelty cakes, kek harijadi atau tema-tema eksklusif yang lain.
6. Peserta juga akan diajar cara membuat fondant sendiri (lebih bersih dan menjimatkan kos serta sangat mudah digunakan. Rasanya juga sangat sedap).
7. Peserta juga akan diberi resepi buttercake dan buttercream.
8. Dekorasi akan menggunakan cupcakes vanilla (bukannya styrofoam atau dummy).
9. Peserta tidak perlu membawa sebarang peralatan, kotak, kain pengelao dan sebagainya kerana semua akan disediakan penganjur (maknanya peserta hanya datang berlenggang-kangkung sajalah....p/s: kangkung pun tak payah bawak :-)))
10. Peserta akan mempelajari 12 jenis design.
11. Setiap sesi hanya untuk enam (6) orang peserta sahaja.
12. Kelas berhawa dingin.
13. Lunch dan refreshment juga disediakan.
14. Duration of class: 10 am - 5 pm.
15. Kelar berlangsung di Subang Jaya (alamat akan diberikan kepas peserta yang sudah confirm untuk menyertai kelas dekorasi sahaja dan selepas membuat pembayaran).
16. Yuran RM200 sahaja.
17. Pembayaran: Secara online - Maybank.
18. Sebarang pertanyaan: sila email ke kasihroslan@yahoo.com atau sms 017-2840900




Tuesday, August 25, 2009

Ah! Leganya

HARI INI barulah saya rasa hidup ini meriah sikit. Tiga hari mengeram kat rumah sebab sakit belikat. Badan rasa macam demam tak kebah. Nak makan ubat tak boleh sebab puasa....jadi bila berbuka tu, saya telan segala penawar yang ada. Kebetulan malam tadi Marina....ya, yang tinggal di Doha tu, sms saya, mengajak shopping barang baking, Eh! Kebetulan saya pun rasa nak kembang-kembangkan `kepak' saya ni sikit sambil cuci mata....makanya dengan senang hati saya menyetujuinya.




Dan pagi tadi, by 10.30, Marina menjemput saya. Katanya dia nak beli macam-macam barang, tapi tak tahu nak pilih mana satu...:-)). He he...teringatlah zaman saya mula-mula berjinak dengan dunia kek cawan yang comel ni dahulu. Akibat tak tahu hujung pangkal nak beli barang apa...habis saya borong segala knick knacks yang ada. Mata macam berpinar-pinar aje bila masuk Bake With Yen, ICCA ke, Pastry Pro ke...Best Baking ke! Kalau boleh saya tak mau berpisah dengan kedai-kedai ni. Tak tau dah berapa banyak duit lebuh (maknanya 'habis') demi memenuhi hajat di hati. Benda yang salah beli...tak berpakai...usah cerita.


Jadi, sesuai benarlah permintaan Marina ni. Maklumlah semua barang-barang ni dia nak bawa balik ke Doha...kalau terlebih beli atau tersalah beli....kesian pulak kat dia. Bawa barang tu jauh jauh, berat berat, tapi tak boleh dimanfaat. Eh! tak sangka pulak kami akan bertemu dengan Zety di Bake With Yen. Aduh! Memang gamat jadinya. Zety ni memang kelakarlah. Kalau tak ketawa memang tak sah. Jadi, selebihnya dari pertemuan kami di situ...tak payahlah saya cerita. Tenguk aje gambar kat atas ni ya. Heran betul saya dengan Zety ni. Banyak sungguh tenaganya. Padahal baru pagi tadi dia sampai dari Dhaka....belum sempat balas hutang tidor lagi, dia dah meligat mencari barang untuk buat biskut raya. Hem....memang superwoman betul.



Captions: Oklah...saya enter frame jugalah. Maklumlah...kenangan manis dengan Marina. Entah bila lagi kami akan berjumpa. Gonna miss you dear! Balik dari Bake With Yen, Marina dan Zety singgah rumah saya lagi. Sembang lagi dua, tiga kerat....sambil Zety membawa keluar semua beg yang diborong dari New York. Dan saya dengan tenangnya sudah menyambar satu. Anggaplah ini beg raya saya untuk tahun ini. (p/s: Eh! semua beg Coach yang Zety bawa ni dibelinya bersempena end of season sale....jadi memanglah berbaloi-baloi).



Comel tak beg Coach ku yang baru ku beli ini? :-))






Ini apa pulak ya?




Kalau nak tahu, inilah dia nota cinta ksih sayang si Arina untuk Nartik. Menu yang dimintanya untuk bersahur nanti. Nak tahu apa dia yang menjentik seleranya?

Apalagi kalau bukan pancake.
Ketawa saya membaca nota cinta Arina ni. Berbuka pun belum....(ni tengah tunggu azanlah ni), dia dah ingat menu bersahur. Tak apalah...janji dia nak puasa.


Ok, buat semua pembaca blog yang dihormati...

jangan ponteng puasa.


+++


Malam nanti saya akan umumkan nama pemenang ke 100 ribu. Dah dapat email pengesahannya. Nanti malam karang kita cerita lagi.
Selamat berterawikh.



Sunday, August 23, 2009

Siapa yang baik hati sangat ni?

BARU 20 minit berlalu, tapi masih remain as a mystery. Siapalah agaknya Miss Annonymous yang confirm baik hati sangat ni sebab sudi memberikan saya hadiah ini. Ok, ceritanya macam ni.

Sekitar jam 3.45 pm tadi, saya masih lagi bermalas-malas dalam bilik, buat layout buku....tiba-tiba, Nartik panggil saya.

"Kak ada orang bagi ini"
"Bagi apa?"


...dan pada tangan Nartik ada satu beg berisi buku kek dan sebuah kotak berisi kuih manis -- dengan bau harum lazat semerbak.

"Siapa bagi?"
"Tak tau kak?"
"La....macam mana rupa dia?"
"Macam orang..."
"....perempuan? Lelaki?"
"Perempuan."
"Apa dia kata?"
"Ini untuk kak Jun."


Saya kerut kening.

"Saya pernah datang belajar sini."
"Siapa nama dia?"
"Tak cakap."
"Tak suruh dia masuk dulu?"
"Dia pergi terus kok...!"
Hem...saya kerut kening lagi.

Dan terus saya rasa emo....nak nangis rasanya sebab ada orang yang ingat kat kita....sayang kat kita (sayanglah kan?). Entah siapa gerangannya...sanggup datang kala panas terik....semata-mata nak hantar hadiah ini kat saya.

Kepada yang baik hati itu...siapa pun dia....janganlah remain as a mystery. Please contact kak Jun ya. Tak baik buat orang tua ni tertanya-tanya. Please ya.

Dan sesiapa yang tahu mengenai hal ini...marilah bersekongkol dengan kak Jun...bagi tahu siapa gerangan si baik hati itu. Nanti kak Jun belanja cupcakes yang paling sedap sekali....:-))

Apapun,
Terima kasih sangat dengan pemberian buku dan kuih-muih itu. Bermakna sangat ni....! Dari lubuk hati yang paling dalam....kami sekeluarga ucapkan salam Ramadan dan Selamat Menyambut Lebaran.

Saturday, August 22, 2009

Rezeki kita....

..."kerana tahun ini kita dapat bertemu dengan Ramadan sekali lagi. Tidak seperti sesetengah saudara kita; yang sudah pun dijemput terlebih dahulu," begitulah lebih kurangnya ucap imam masjid an-Nur, USJ 4 malam tadi sebelum memulakan solat Tarawikh untuk syahru Ramadan kali ini (...dan sesaat itu juga saya teringat kepada aruah Yasmin Ahmad dan uztaz Asri Rabbani. al-Fatihah).



Dan sebenarnya kata-kata imam itu sama seperti yang pernah aruah ayah saya ucapi pada malam terakhir Ramadan menjelang Aidilfitri 1994 lalu. "...jom kita Tarawikh malam ni. Dah yang penghabisan ni. Tahun depan tak tentu lagi kita dapat buat ke tidak."



Kala itu, saya hanya menganggap kata-kata ayah itu sebagai pesanan biasa daripada seorang bapa. Akan tetapi, apabila beberapa bulan selepas itu, aruah ayah meninggalkan dunia yang fana ini kerana serangan barah yang sangat mengejut, kata-kata yang pernah diucapinya dahulu itu menjadi sangat terkesan dalam lubuk hati saya. Tidak sangka sama sekali, pada Aidilfitri 1995, kami tidak lagi dapat mencium tangan ayah seperti kebiasaan (yang sangat saya rindui), sebaliknya hanya menghadap pusaranya sahaja dan begitulah rutin kami seterusnya hingga ke hari ini (di kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak).



Episod ralat di hati saya kembali menyala apabila pada Ramadan 2005, saya langsung tidak dapat menjejakkan kaki di masjid yang letaknya hanya kurang dua minit sahaja berjalan kaki dari laman rumah saya. Semua ini gara-gara tuntutan kerja sebagai editor di majalah Cosmopolitan yang waktu itu masih dalam perancangan penerbitannya dan saya bertanggungjawab menyelaras semua isi kandungannya. Hal ini menyebabkan saya sentiasa resah kerana nak menjawab dengan ketua dari tiga penjuru -- KL - Singapore - New York. Dan memang fitrah kerja di majalah, deadline dan dateline adalah dua benda yang maha berharga dan perlu dijaga agar tidak terbabas dari jadual penerbitan. Hal ini menyebabkan setiap hari saya pulang ke rumah selepas jam dua belas malam. Boss orang putih, manalah tahu pasal kesucian Ramadan atau apa-apa hal berkaitan (sebab sambutan penuh hebat dan meriah hanya ditumpukan pada Krismas sahaja).



Lalu saya berkata kepada salah seorang staff yang rapat dengan saya waktu itu (Rose Yasmin Karim, kini wartawan The Star), "I promise myself, Ramadan tahun depan saya sudah tidak ada di sini."
p/s: Bukannya kerana saya tak boleh kerja teruk sampai lewat malam, tapi saya sudah tidak ada hati hendak bersekongkol dengan banyak hal (yang tidak lagi selaras dengan prinsip dan akidah saya agaknya).



Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa saya (itu pun selepas lima kali surat permohonan berhenti kerja saya ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan). Amin.



Justeru, tahun ini, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak dan kalau ada kesilapan dan kesalahan sepanjang saya berblog, saya minta maaf sebanyak-banyaknya.


CUPCAKEKASIH juga tidak akan menerima sepanjanng Ramadan dan dua minggu selepas Syawal. Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Amin.




captions: Cupcakes ini saya sediakan untuk Zarina Zainuddin untuk orang disayanginya beberapa hari lalu. Captions: Ini pula cupakes yang ditempah oleh Amylissa.

Friday, August 21, 2009

AKU masih di sini....

"....kerana hujan lebat tidak mungkin dapat memadam jejakku,
beliung dan petir tak mungkin dapat menenggelamkan jiwaku.
....mengingatimu adalah satu-satu yang terbaik untukku."
kalam sebuah hati nan sepi


DINI Jumaat, mata masih enggan terlena. Puas sudah dipujuk-pujuk, tapi masih tetap terang cerlang. Jadi, lebih baik saya sudahi kerja yang tertangguh terutama dengan dekorasi cupcakes yang satu ini. Kalau ditunda juga, tak sesuai pulak sebagai menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak.

Ini bukan karya saya. Tapi anak dara saya, si Alia yang terlalu menguja fashion dan gaya mengikut rentak jiwa mudanya. Tatkala Intan menghubungi saya, mahu menempah set cupcakes bertema fashionista yang sangat seksi ini, saya hampir mengatakan 'tidak'.


Akan tetapi, tatkala meminta Alia membalas email itu, dia meminta saya menerimanya sahaja. Fashion is her passion. Dahulu pernah berangan-angan mahu menjadi pereka busana ternama, tetapi setelah saya berikan 1001 satu fakta dan alasan, berserta segala macam perbandingan, akhirnya Alia faham dan mengubah pendirian.



Jadi, kini Alia hanya mengabadikan ilhamnya di atas cupcakes yang comel tu. Intan minta tema merah hitam....dan inilah hasilnya.



Tak tergamak rasanya nak makan toppers fondant seksi ni. Tapi kalau untuk budak muda belia ni....memang cute sangat ler kalau nak mengusik kawan-kawan....atau buah hati ker?


Intan tersengih-sengih tatkala menerima bingkisan fashionista seksi ini. Sesuai ler citarasa remaja. Kalau bagi kat saya, mesti ler saya buat yang menutup dada.








Saya kehilangan kata-kata. Bicara saya terhenti setakat ini sahaja. Biarlah sesekali saya benarkan ruang putih ini memenuhi ruang maya ini...kerana...

"datang dan pergi
semua sudah dinukil azali
kita harus menikmati sepi ini
kerana entah esok atau lusa
kita tidak lagi di sini...."



salam dan permisi dari bumi yang hanya pinjaman ini