automatik jer mereka bagi pose pose gediks.
Ok, mari saya perkenalkan pulak siapakah gerangannya anak-anak manis ni ya...
Ini Affidah, orang Subang Jaya.
...and very talented.
Cepat betul dia buat kerja.
saya belum habis cakap....belum habis explain...
dia dah pun siap buat apa yang patut dibuatnya.
Ini pulak Amirah Army.
Student engineering UiTM.
Tapi bersenilah pulak tu bila buat dekorasi fondant ni.
Teliti sangat bila kerjanya....
...and dia ni saya rasa agak pemalu orangnya.
Hah ini pula Shafawati.
Masih lagi study di UPM, jurusan Pengajian Melayu (oh! Saya suka kursus tu).
Sebenarnya Shafawati called saya dah lama. Saya masih ingat lagi...
malam itu...
Shafawati called....dan antara kata-katanya yang masih saya ingat
ialah....
"...saya sedih ni. Ada orang kata saya macam ni...macam...bla...bla...bla..
...jadi, saya nak buktikan yang saya pun boleh buat dekorasi yang cantik-cantik."
Hemm...siapalah yang mean sangat tu.
Jahat betul mulut tak insuran tu.
Jadi saya suruh Shafawati datang rumah...
"...mari aunty tunjukkan macam mana nak buat dekorasi."
selepas kelas,
Dan alkisahnya, selepas Shafawati pulang dari rumah saya
Mama Shafawati telefon saya...
...happy sangat dia....:-))
Ini pula Effie...
yang suka buat lawak...dan suka mengusik.
Melalui kiriman emailnya, saya dah dapat agak dah...
Effie ni mesti orang yang riang ria...positif gitu.
Walaupun cik Suaminya tidak selalu ada di sisi,
Tapi tidak ler pulak dia nak panasaran.
Kalau nak tahu, cik Suami Effie, ni pelaut....
kerja dengan kapal gadang...
belayar berbulan-bulan di tengah laut.
Jadi, dengan hobi ni,
Dapatlah si Effie (yang suka ketawa ini)nghabiskan masa.
Kata Effie, cik Suaminya bagi 150% sokongan.
In fact, semasa sesi berlangsung,
cik Suami Effie telefon.
Spouse sporting macam ni ler yang kita mau...
Ini pula gambar semasa dekorasi.
Ada juga masa depa serius. ...sebab dah tiba part yang susah-susah tu.
Jadi, semuanya mulalah menggelabah. Pandang kiri, pandang kanan.
Apabila tenguk kawan kat sebelah tu dah siapkan satu dekorasi lengkap....yang kat sebelah tu mulalah pucat hi hi
Eh! Posing lagi....
kan saya dah kata dah...
depa ni pantang nampak lensa kamera!
:-))


Captions: Ulang tayang lagi...gambar ini di ambil masa Kasih umur 10 bulan. Cepat sungguh masa beredar....terbang pergi begitu saja.
...sekali lagi cik Puan comel manis ni

