AKHIRNYA, berjaya juga saya menyudahkan entry ini selepas beberapa hari diperam sehingga menyebabkan intronya juga terpaksa diubah berulangkali. Maklumlah, sewaktu awal bercerita, hari masih dini tapi selepas tertangguh-tangguh dan terperam, cerah terang kembali bertukar malam. Dan selepas 48 jam, saya terpaksa delete beberapa bahagian, ayat berbunga, berkias dan basa basinya. Kita ambil jalan tengah ajelah....kalau tidak cerita tak akan tersiar sampai bila-bila....
:-))
Intipati cerita kali ni pastilah mengenai kelas dekorasi yang saya anjurkan dan nampaknya sejak akhir-akhir ini bukan main susah hendak mencari tarikh dan waktu yang serasi. Saya terpaksa tolak banyak janji temu minum kopi dan arisan bersama teman-teman kerana masih banyak nama dalam folder KIV yang perlu saya clear kan (....sebab saya bercadang mahu berehat panjang sepanjang Ramadan dan Syawal. Isnyaallah...Amin). Dan kerana itu juga, saya berasa sangat lega setiap kali berjaya menyempurnakan sesebuah sesi dekorasi.
Ok, kali ini saya perkenalkan Natasha & Ainee.
Sebenarnya kelas mereka ni pernah tertunda beberapa kali, tetapi akhirnya berjaya juga saya hujung minggu lalu. Mujurlah Natasha dan Ainee sangat memahami dan tidak pula ambil hati.

Kalau semua nak tahu, saya terpaksa 'kurung' Natasha dan Ainee lebih sembilan jam demi menyiapkan semua 10 figurin dan fondant toppers cupcakes mereka. Saya tahu, mesti Natasha dan Ainee juga sakit pinggang dan belikat sebab terpaksa duduk diam-diam selama berjam-jam.
Dan mata pun letih lesu sebab dok renung muka figurin yang kenit-kenit tu. Mujurlah Natasha dan Ainee ni bukannya jenis berat mulut...jadi kelas kami tak ler rasa macam duduk bertafakur tepi kubur....he he!
Tapi, walaupun riuh bergebang tapi tangan dan kaki tak duduk diam. Semua sama sepakat -- menggelek, mengulik, membentuk dan megukir mana yang patut sehinggalah fondant yang asalnya putih gebu itu bertukar menjadi pasangan pengantin, angsa putih elegan dan juga pokok renik dan pemain golf yang da bomb!
Ada yang bertanya... kenapa lama sangat ambil masa untuk menyiapkan cuma 10 perkara? Sebenarnya membuat figurines ni menuntut kesabaran yang sangat-sangat dalam dan jangan sesekali kita meremehkan setiap step walaupun banyak membabitkan kaedah yang rumit; kerana jika kita terlupa memasang satu titik sebesar kepala jarum peniti pun, maka ini akan merosakan sebuah dekorasi menyebabkan karya nampak `bisu dan kaku'.
Semua kaedah dan teknik dalam dekorasi advance (fondant) ini saya cipta sendiri. Jadi semua yang belajar dengan saya dialu-alukan menggunakannya semua tips dan petua 'tanpa was-was' .

Akhir kalam, goodluck to Natasha dan Ainee
(dan juga kepada semua yan g pernah mengikuti kelas saya sebelum ini :-))
Maka, kedatangan email 




