Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Saturday, May 30, 2009

Inspired by Chanel

SELEPAS berminggu-minggu `shopping' di alam maya, akhirnya saya haaaaaapppy sangat sebab hajat untuk ber'Chanel', termakbul juga. Pada mulanya saya bercadang nak ambil `Chanel Reporter's Bag' sahaja, tapi rasa rambang mata pula bila tenguk Chanel 2.55 dan Lady Dior. Alia pula syorkan saya copycat Hermes Birkin saja. Itu yang paling class! Tapi, sebab saya ni memang teruja sangat dengan Mademoseille Coco Chanel yang sangat genius tu (and masa kat majalah Jelita dulu selalu terima hadiah berkotak-kotak barangan Chanel -- jadi, tak mungkin cinta ini beraleh kat yang lain. Lalu, pada penghujung pencarian, saya putuskan untuk mengabadikan handbag Chanel yang anggun menawan ini untuk kek perkahwinan yang ditempah Siti Haidah untuk anak saudaranya yang bernikah pagi tadi (Sabtu 30 Mei 2009).
Kata Siti tunang (dan sekarang isteri) anak saudaranya tu memang sukaaaaaa sangat beg tangan. Kalau terpaksa memilih antara kasut dan handbag, dia akan sambar handbag dulu.
"Jadi ini adalah surprise untuk si pengantin perempuanlah ni."
"...and ngan tidak-tidak ya Jun, Mesti buat kek handbeg tu juga. Aku nak ikut rombongan pengantin lelaki ke Kuala Lipis."
"Ko nak handbag cap apa?"
"Apa-apalah...asalkan beg. Tema warna krim & putih. Decoration....terpulang kat kau."

'Macam orang mengantuk disorongkan bantal (especially bantal bulu burung dari Ikea)', maka saya pun dengan senang hati segera memahatkan tempahan Siti itu kat dada kalendar saya (sejak sebulan lalu). Bagi menyempurnakan misi kali ni, saya buat homework sikit. Maklumlah cake handbag chanel ni tak sama dengan yang saya bagi kat kawan saya, Lynette (Editor-in-Chief CLEO). Beg merah jambu ilham Botegga memang senang. Tapi kalau hendak dijadikan hantaran perkahwinan, saya lebih suka bentuk yang klasik -- less is more. Tak boleh pilih warna terang dengan rekaan dan perhiasan yang gawdy. Jadi, saya pilih Chanel -- lambang kesempurnaa seorang wanita. :-)

Bagi menyiapkan kek ini saja, saya sediakan kek seberat dua kilo dan fondant saja dekat tiga kilo. Tangkainya saya siapkan lebih awal. Tapi, paling saya suka ialah menyiapkan kepala zip ni. Ralit. Selepas benar-benar kering, saya sapu edible gold dust pulak untuk dapatkan effect keemasan. Semuanya dari fondant tau -- boleh digigit dan dikunyah-kunyah. Sedap!



Saya rasa part paling susah ialah membuat garisan pada beg ni bagi menonjolkan effect quilt sebab fondant cepat kering jadi kalau ditekan terlalu kuat boleh menyebabkan rekahan halus. Memang saya tak berkenan kalau permukaan fondant tercela. Bagi menaikkan aroma fondant, saya tambah perisa orange....emh! memang serasi sangat apabila digandingkan dengan kek coklat lembap. Yummy sungguh. Bagi memudahkan kerja dekorasi di masa depan, saya buat banyak nota kecil. .


Kalau ditanya perasaan saya sekarang....mestilah happy. Tak dapat beg tangan Chanel yang sebenar, berpeluang merias kek bentuk kembaran begini pun saya dah puas hati. Teringat kata-kata Siti malam semalam semasa mengambil kek ini...."silap-silap haribulan, pengantin tak tergamak nak potong kek ni Jun."

"Takpa, potong ke, tak potong ke, janji dia dah dapat hantaran handbag."

Senangkan? Dua dalam satu -- handbag dapat, kek pun dapat. Barulah happening orang Lipis! Yay!

Thursday, May 28, 2009

Hello Intancuppies!

MASIH ingat Intan Sakinah? Ya! Dia antara yang terawal menyertai kelas decorating cupcakes yang saya anjurkan. dan selepas kelas berakhir Intan sibuk terus dengan tempahan cuppies yang tidak putus-putus dan sejak itu rutin harian Intan pun berubah.



Dan, baru-baru Intan bertandang lagi ke kediaman saya untuk mempelajari teknik menghias kek fondant pula. Sebenarnya saya tidak pun terfikir hendak menganjurkan sesi dekorasi kek tetapi Intan memberi saya idea ini. Sebenarnya, saya pernah anjur sekali untuk kak Siti Jaleha dari Singapura tempuh hari (tapi itu pun atas permintaan khas juga dan tak sampai hati hendak dihampakan kerana bukan senang Kak Siti nak menyeberang Tambak Johor tu).
Jadi, apabila Intan mengusulkan pertanyaan sama, saya cadangkan dia mengambil kelas merias kek pengantin dengan figurin 'bride & groom' kerana permintaan untuk kek perkahwinan sangat-sangat menggalakkan. Jadi, bolehlah selepas ini Intan mempelbagaikan lagi senarai tempahannya. Kalau nak tenguk sesi kelas basic decorating Intan yang lalu, sila klik di sini:
Apakabar Intan, Ecar, Jaja, Aleen dan Sari...+ semua pembaca



Dan ini pula adalah sesi decorating wedding cake yang Intan lalui dua, tiga hari lepas. Intan dapat sesi one-to-one, dan rasanya sangat damailah sekali sebab dapa fokus kepada Intan seorang sahaja. Intan pun nampak lebih confident. Maklumlah dah pun berjaya membuat beratus-ratus cuppies dan kalau nak tenguk hasil tangan Intan, klik blognya ya:
Intan Cuppies




Alhamdulillah, berjaya juga kita menebar fondant di atas kek ini ya Intan.



Nak letak bunga pada kek pun ada caranya tau. Bukan main cucuk-cucuk saja. Betul Intan?
Part paling akhir dalam dekorasi ini ialah menyiapkan mata pengantin perempuan. Siap baca 'bismillah' lagi Puan Intan kita ni masa nak buat tiny dot. Takut sememeh! Kalau nak tahu, antara teknik asas yang saya perturunkan kepada Intan ialah:




i. Cara memasak gelatine untuk menyediakan fondant.

ii. Menyediak cake sebelum dibalut fondant.

iii. Memasang pasak untuk stacked cake.

iv. Menyediakan fondant sebelum dibalut pada kek.

v. Membalut kek dengan fondant.

iv. Menyediakan figurin.

iiv. Memasang semua perhiasan pada kek fondant






Inilah dia stacked wedding cake hasil dekorasi Intan, menggunakan fondant finishing dan dirias figurine.







Intan Sakinah dan kek perkahwinannya. Happy Anniversary to Intan and hubby. Kali ini berpeluang potong kek yang dirias sendirikan.

Wednesday, May 27, 2009

Jom ke Geylang!




PETANG ni...kalau malas masak, jom pergi Geylang.
Yep....!
Geylang.
Tapi bukannya di Singapore tu.
Ini dekat saja....di USJ 9, berhampiran Taipan, Subang Jaya.
Saya ni cerewet sikit kalau bab cari tempat menjamu selera.
Dan, saya tak suka experiment. Try sana, try sini.
Kalau dah suka satu tempat...saya ulang kat situ jer sampai bosan.
Dan semalam Alia rekomen saya new place...namanya Geylang Kopitiam.
Selepas mencuba, saya bagi ***** bintang ok.
Mee rebusnya sedap dan sotonya, menawan kalbu.
Malas nak cerita banyak....try sendiri ya.
Kalau tak pasti tempatnya, call saya...nanti saya tunjukkan jalan.
Tapi syaratnya, kena belanja saya sekali! :-))


Ini laluan menuju pintu utama Geylang Kopitiam. Sesuai betul dengan jiwa saya yang suka elemen kayu dan pokok-pokok.





Soto yang hangat....dan Nescafe tarik yang sedap.
Alia jamu selera Mee Rebus Johor.



Tuesday, May 26, 2009

Makna Sebuah Senyuman

Bagi seorang anak kecil
pastilah kerana mendapat jajan
atau bagi seorang kaki pancing
pastilah kerana mendapat ikan
(setelah tercongok kat tebing tasik dalam gelap lebih dari 8 jam?!?)


Kalau tanya saya
Apakah makna senyuman saya hari ini?

jawapannya pastilah kerana
petang tadi saya dapat mencuci mata di ICCA Kota Damansara sekali lagi

:-))

kali ini dengan saya siapa pula saya pergi?
"Siapa lagi kalau bukan Hajah TT?

:-))
Siapakah Hajah TT?
Oh! Itu saya cerita dalam next entry.

Tapi kali ini
saya nak tunjukkan makna sebuah senyuman bagi:

Fasya

Lisa

Zaila
...dan

Sarah!
Semuanya tersenyum
kerana ini
Ya...!
Siapa tak gumbira jika hajat mahu merias cupcake secomel ini
akhirnya dapat dilunasi?

Fasya dari Johor,
Zaila dan Sarah dari Seremban

dan Lisa pula tetap mahu datang juga
walaupun sedang sarat mengandung tujuh bulan!

:-))

Dan kegembiraan yang sama turut dikongsi Azlina dan Normalis
yang sudah lama berhajat mahu menghadiri kelas yang saya anjurkan
tapi asyik tertangguh sahaja berulangkali.


Kepada Malis

dan Azlina,
....juga Sarah, Zaila, Fasya dan Lisa
kerana sudi menghadiri kelas dekorasi yang saya anjurkan tempuh hari.

Insyaallah
kalau panjang umur kita jumpa lagi.

Sunday, May 24, 2009

Ajaib Puteri Tinkerbell

ZU AZIZ adalah salah seorang follower blog Cupcakekasih dan pernah dia mengirim email dua, tiga kali kat saya. Beberapa minggu lepas, Zu email saya lagi dan kali ini diiringi soalan cepu emas: Kak Jun ada pergi IKEA tak pada sekian-sekian hari dan bulan?

Saya balas,"Rasanya ada. Lunch dan jamu mata." Memang kami sekeluarga memang suka pergi Ikea kalau dah bosan sangat 'melingkar' di rumah. Sebenarnya, dalam banyak-banyak tempat, hanya dua saja yang dekat di hati saya dan anak-anak iaitu Subang Parade (memang tiap-tiap minggu kami ke sana sebab Arina ambil piano lesson di Yamaha), dan Ikea. Tempat lain tu kalau nak pergi kena tempah betul-betul waktunya sebab rasa lemas dengan crowd yang terlampau sesak. Biasanya kami akan ke KLCC, sebab mahu ke kedai buku Kinokuniya dan lunch di Chilis (suka view menghadap tasik) dan kalau ke Midvalley pula kerana saya nak mencari kain di Kamdar (tak larat berlanggar bahu kat Jalan TAR tu) dan jamu juga kerana nak menjamu selera di foodcourt (saya suka Yong Tau Foo kat situ) and kalau OU, kami suka makan di Delicious (atau jika bersendirian saya suka ke The Charm) dan tenguk wayang.

Jadi, berbalik kepada soalan Zu tadi, saya tanya dia, apa rahsia pertanyaan tu? Dan, jawapannya memang membuatkan saya senyum sendiri sebab katanya dia dah bertembung dengan saya di IKea. Dia cam benar Kasih dan Arina. Saya tanya kenapa tak tegur dan tahu apa jawapan Zu? "Tak sesuailah nak tegur masa tu sebab kat toilet."

Alamak :-O
LOL

...kenapalah kat toilet pula 'jodoh' kami. Saya cuba ingat-ingat balik, yang mana satu agaknya Zu, tapi susah pulak saya nak recall sebab rasanya masa tu saya sibuk berlipstik. Hem... maklumlah baru lepas lunch salmon yang sedap sangat tu kan!?! Jadi, dah tentu habis sememeh semua lipstick hi! hi!

Lain kali, tegurlah kak Jun ya Zu (dan kepada yang lain-lain juga). Boleh juga kita sambung sembang dan minum kopi kat cafe Ikea yang sangat sedap tu. Bottomless lagi!
:-))
Apapun, dalam email tu juga Zu menyampaikan hajat mahu menempah kek Tinkerbell untuk Puteri kesayangannya, Aishah. Ah! Memang saya suka decorate Princess Tinkerbell dan her Magical World. Seronok berimaginasi, walaupun masa tu saya masih demam dan baru saja selesai mendekorasi kek Manis Merah Jambu (untuk Safiah Pengantin Baru), saya tetap bersemangat menyudahkan ke Tinkerbell ni.
Saya memulakan tugas sekitar jam 6.30 pm -- dari mula mengadun fondant, sampailah selesai melekatkan burung kecil di celah cabang pokok tu (burung tu hanya sebesar kuku sahaja).
Sebenarnya, bagi saya yang memang tak berapa jelas pengelihatan ni (sejak selaput mata hitam saya terkoyak beberapa tahun lepas dek musibah pakai kanta lekap ler ni), membuat burung sehalus ni memang sangat mencabar. Tapi saya suka nak buat macam mana dan ini juga satu great exercise...terutama nak mengelakkan bosan dan mengantuk. Tapi, sakitnya belikat dan urat sekitar bahu dan tengkuk saya ni, Tuhan saja yang tahu. I think most bakers pun macam saya -- menghidap sakit urat saraf kat belakang sebab banyak sangat membongkok?

Apapun, saya happy sebab by midnite, cake Tinkerbell Aishah berjaya juga disiapkan dan malam itu saya dapat tidur dengan nyenyak sekali. To Zu, thanks a lot dan Happy Birthday Baby Aishah.

p/s: semalam kak Jun pi lunch kat Ikea lagi, Zu pergi?

Saturday, May 23, 2009

Manis Merah Jambu Pengantin Baru

MATA saya yang hampir terlelap, terus celik semula, bulat bertenaga sebaik sahaja melihat sambungan broadband M**** yang selalu bagi problem ni kembali menyala. Hem, memang kena banyak bersabar bila nak kendali blog ni, sama macam nak buat satu majalah juga. Ya! Bukan senang nak publish each entry sebab dari mula kumpul bahan sampailah terpampang di layar maya, banyak benar langkah demi langkah. Dan bagi orang yang dah semakin malas nak keluar rumah macam saya ni -- hanya Internet saja penyambung bicara dan mata saya ke seluruh dunia. Jadi, blog ni sangat penting, ibarat garam penyedap masakan. At least, bila kita rasa sunyi, jauh ketinggalan, terasa dipingirkan, kita boleh jengah blog untuk terapi minda...betul tak?

Jadi, saya rasa rugi sangatlah kalau kita tak pandai nak manfaat kecanggihan teknologi ni -- terutama berblog. Daripada kita melangut or bergossip tak tentu pasal lebih baik kita buat sesuatu yang berguna -- kalau bukan untuk kelompok banyak -- setakat satu nyawa pun tak apa. Tambah pulak sekarang ni blog sudah cukup canggih dengan segala bentuk layout dan kelebihan yang rencam, mengalahkan laman web pulak. Dan yang paling best, blog free and laman web biasanya berbayar (yang dah tentu-tentunya mahal dan susah nak dikendalikan). Sebenarnya sejak lima tahun lepas saya dah menggila sangat nak ada laman maya sendiri dan masa tu tercari-carilah kos kendali dot com yang murah sikit -- tapi mak aiii...kalau tak cecah bu bu...memang tak sah. Masa tu paling murah ialah anddran RM1700 - RM2000. Tapi masa tu saya tak tahu nak isi apa, selain himpunan sajak-sajak nukilan saya.




Tapi la ni dot com pun dah murah dan saya pun dah ada satu www.cupcakekasih.com tapi masih belum siap-siap lagi pemasangannya. Semuanya DIY jadi itu yang lambat tu. Nantilah, bila betul-betul ada masa lapang, saya akan sudahkah layout laman web saya tu. Buat masa ni, saya layan dulu blog (yang masih belum sempurna lagi dikemas kini). Banyak widget yang hilang dan gambar yang perlu upload semula.



Tak tahu bila saya boleh cuti panjang sebab jadual penuh tapi Insyaallah, kalau saya dah lega sikit, saya akan update satu persatu. Jadi, saya harap dinda-dinda yang pernah belajar dekorasi dengan saya, jangan kecil hati ya kalau saya masih belum masukkan link you all kat blog ni. Bukannya senang nak cari dan pasang semula semua link yang saya ada dulu. Saya langsung tak ada save kat mana-mana pun.

Dan di kesempatan ini saya ingin ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada Safiah -- yang saya paparkan kek resepsinya kat laman kali ni. Sebenarnya kek Merah jambu untuk Safiah ni saya buat semalam, ditempah kawan baik Safiah, Shireen, shireenbakes iaitu rakan maya yang saya kenali sejak setahun lalu melalui FLICKR. Kalau nak tahu, Shireen ni orang Malaya tapi dah lama menetap kat Dublin, mengikut hubbynya yang bertugas di sana. Thanks ya Shireen for this order...kalau ada seru, teringin juga pi Dublin, main salji dengan Shireen :-))

Captions: Memang mencabar juga buat bunga kali ni sebab fondant saya terlebih uli, jadi lembut sangat. Ini menyebabkan bunganya rapuh sikit. Aduih!! Memang letih nak menyudahkan setiap kelopak. Kerja yang sepatutnya senang menjadi lebih susah. Kalau saya tahu, dah lama saya bancuh gumpaste!

Dekorasi kali ini juga adalah ulangan riasan dari kek saya terdahulu kerana Shireen minta saya copy saja/ Hanya warna fondant sahaja Shireen minta ditukar kepada merah jambu. Senang sikitlah kerja saya dan dapat juga saya siapkan walaupun dalam keadaan demam -- yang sekejap kebah sekejap menyengat urat. Alhamdulillah.

captions: Koleksi hitam putih ni juga diminta Shireen, yang ditempahnya selang beberapa hari selepas saya masukkan kat dalam FLICKR. Nanti Shireen balik...kita buat sesama pattern ni ya. Senag jer :-))

Friday, May 22, 2009

Ahlan Wasahlan to Three Friendly Singaporeans

SEKALI lagi kediaman saya diserikan dengan kedatangan rombongan mini dari seberang Tambak Johor iaitu Puan Sharifah Rogaiyah, Puan Zaitun dan Puan Norsini (yang juga pakar penghias kek terkemuka di Singapura). Ketiga-tiga wanita peramah ini menghabiskan masa dua hari bersama saya, mempelajari teknik meriaskan cupcakes peringkat asas dan juga advance, menggunakan fondant.

Sebenarnya, ketua rombongan wanita-wanita kreatif ini iaitu Sharifah Rogaiyah, sudah membuat booking lebih sebulan lalu."Saya nak datang dengan dua kawan lagi. Tapi tidak pula dia memberitahu kepada saya salah seorang kawannya tu adalah pakar penghias kek dan mempunyai diploma dari Melbourne. Jadi, saya ajarlah apa yang saya tahu dan mereka pun tak banyak cerita....tekun saja membuat apa semua tugasan yangsaya minta. Ada juga saya tanya kak Nor buat apa sekarang? Katanya ambil tempahan sikit-sikit je.....(rupa-rupanya tokeh besar beb, tapi cukup humble, very low profile). Nnati saya pulak nak turun Singapura, nak belajar adun coklat dari kak Nor pula. Boleh? Ini adalah hasil kerja tangan mereka untuk kelas figurin fondant. Cekap semuanya dan saya pun dah buat persediaan in advance, jadi taklah kelas habis terlampau lewat.


Dek kerana saya memang tengah busy sangat, jadi, saya update sikit-sikit entry ni ya. Kak Nor, sorry sebab tak dapat nak email lagi...harap semua sampai Singapore dengan selemat. Banyak ke borong barang ari tu?



Ini Kak Zaiton...pendiam tapi suka senyum. Pandai buat kot figurin...cepat dia siapkan tugasan.


Ini Puan Sharifah...ketua rombongan.


Ketika dalam proses menyiapkan 10 design fondant figurines.


Saya berharap Kak Sharifah, Kak Zaiton dan Kak Nor telah selamat sampai ke Singapura bersama cupcake dan berpuas hati dengan apa yang telah dipelajari, walaupun Kak Nor yang telah memiliki Diploma menghias dari Melbourne tetapi masih tetap sudi belajar dengan saya yang baru setahun jagung dalam bidang ini.

Thursday, May 21, 2009

Antara Fondant, Rindu dan Cerita Hantu...

Sebenarnya saya ni tengah bergaduh dengan fondant kat ceruk dapur. Nak siapkan tempahan order (dah order tempahan pulak...?) kek kawin. Fondant ni kadang-kadang macam ada hormon pompuan pulak, sebab kalau time elok tu, sekali gelek aje dah leper cantik and boleh ditebar atas kek tu macam kita tebar cadar. Kemas terletak dan smooth & berkilat....macam kain sutera.

Tapi bila datang tak ada moodnya tu, puas kita uli, kita pujuk, kita tepuk, eh! tetap nak meragam juga. Kalau masa mula-mula buat kek dulu, memang saya rasa nak nangis bila kejadian macam ni berlaku sebab selepas sejam menggelek fondant, tetap juga tak mau jadi cantik. Akhirnya mula panik dan datang rasa give-up dan bertekad tak mau buat kek dah! Tulis novel lagi senang. Tapi, bila dah jadi tu....suka tak terkata, dipandang dijeling berulangkali sambil senyum-senyum sendiri, macam orang dapat pandang muka cinta pertamanyaa (ye ker?).


Tapi selepas setahun, saya buat tak reti je. Kalau fondant tak nak menjadi, saya uli lagi. Kalau tak mau juga, saya buat yang baru, yang itu kita simpan buat bunga. Lama-lama saya jadi lali dan akhirnya kita fahamlah fitrah merias kek ni sebenarnya sama juga macam kita buat kerja lain, mesti ada good preparation and jangan buat kerja kalau hati tak senang -- tengah marah, tengah panas hati, tengah risau. Mesti ada yang silap walaupun kita guna resepi sama dan teknik sama.

Mulanya saya tak ambil peduli sangat hal ni, tapi bila saya berkongsi cerita dengan kawan baker saya dari Singapore...Susie (a.k.a Hotbake yang memang pakar masak dan pakar ambil gambar http://www.flickr.com/photos/hot_bake_sunshine/), ternyata kami sependapat.



Jadi sekarang bila nak buat kek, saya selalu pasang lagu yang sedap (lagu Amr Diab or Celine Dion atau kalau Abby Fana bertugas, saya pasanglah Sinar FM) dan saya pun akan menyanyi-nyanyilah ikut lagu yang Abby putarkan. Maklumlah lagu kat channel ni semua nostalgia -- 70-an, 80-an dan 90-an...makanya kita pun turut bernostalgia. Kalau 70-an tu zaman saya sekolah rendah di Pahang, and 80-an tu dah sekolah menengah (and dah pandai menggedik and jatuh cinta sana-sini) and bila 90-an tu zaman kita struggle antara membina kerjaya dan keluarga. Boleh dikatakan semua lagu yang Abby Fana putar tu saya tahu lirik dan ideram serta harkatnya sampai Alia kata "mama ni boleh masuk Jangan Lupa Lirik". Maid saya si Nartik tu lagi pandai kipas -- dia kata "kalau kakak masuk AF...semua kalah tau." Saya kata..."pandailah awak Nartik...ambik hati yer? Nanti saya bagi naik gaji." Lepas tu dia jawab..." bukan kalah apa kak...kalah wang pertaruhan...sebab kakak dah terkeluar awal!"




:-O




Pandai perli ek? Takpa, tapi saya peduli apa...memang kalau kat dapur tu saya menyanyilah. Kalau dulu orang tua kata, nyanyi kat ceruk dapur nanti kawin dengan orang tua. Ha...nak takut apa pun, dah tentu-tentu kita ni dah kawin and cik suami pun dah tua dah....dah dapat gol 5 - 0!




:-))




Ni saya take a break kejap sebab dah lenguh dah bergaduh dengan fondant saya ni. Biar saya habiskan kopi dulu (rasa macam nampak syurga kalau dapat hirup kopi panas) sambil dengar lagu 'Aku Hanya Pendatang' by Francesca Peter yang Abby putar. Automatically kepala saya teringat zaman kat UiTM dulu....zaman rambut kembang and T-Sirt sinting (pendek) nampak pusat. Masa tu ok ler, pinggang 25....tapi la ni kena redha saja ketentuan takdir....kalau ukuran tu dah naik dua kali lipat?




:-(




Malam ni malam Jumaat, alamatnya saya kena mengahadap kek sorang-sorang ler and jangan Astro tayang cerita hantu sudah! Si Abby ni pulak ajak discuss pasal cerita hantu pulak. Sundel Bolong...Wak Lampir....Nightmare of Elm Street...hem! Saya ni bukan jenis penakut sangat and kalau tenguk cerita hantu tu saya boleh gelak kalau tenguk muka hantu dimekap terlampau buruk sangat. Bisinglah saya bagi komen...tapi tak sorang pun family member yang suka tenguk cerita hantu tau. Saya kata nak takut apa? Hantu pun Allah yang jadikan and mati esok pun sorang-sorang juga six feet under! Saya lebih takut orang jahat yang perangai macam S**** ! Kawan saya pun ramai yang bukan jenis penakut....mislnya si Abby Fana ni, bukannya tahu bahasa takut. Datin Kirana pun macam tu. Agaknya memang perempuan single ni terpaksa latih minda tu jadi kalis takut!? Depa tak boleh cepat melatah...takut dengan bayang-bayang sendiri sebab nak paut kat sapa? Kita ni ada hubby...boleh menyorok belakang cik suami (tapi kalau suami pun jenis penakut, habis cerita) Jadi, saya memang tabik dengan most of my ibu tunggal or single-mingle friends yang sangat lasak minda and jiwa.





Mak saya pun contoh terbaik. Sejak ayah meninggal, dia boleh duduk rumah pusaka kat kampung tu sorang-sorang. Walaupun adik lelaki saya ada, tapi kalau dia kena tinggal sorang pun dia tak peduli. Pernah juga saya dengar cerita rumah pusaka kami tu dulu ada orang mati kena bunuh masa zaman Jepun dulu. Ada juga benda yang mengusik-usik. Tapi mak tak peduli. Saya pun tak peduli juga walaupun ada kata nampak tu nampak ni. Tapi saya lebih takut kalau memikirkan kita mati waktu tidur...tak sempat nak bangun tenguk mentari esok. Sedar-sedar dah dalam kubur sorang-sorang...itu yang saya takut sebab rasa amal belum cukup. Emh!! mengingatkan ini, saya cepat-cepat beristighfar dan kembali enjoy dengan setiap saat umur yang Allah bagi sebab kita tak tahu...bila-bila masa saja kita boleh pergi.


Jadi akhir kalam, kepada yang sedang bengang, penat, letih dan rasa tak ada semangat nak teruskan hidup tu sebab ada banyak sangat masalah yang menyenak; cuba fikirkan semula segala keberuntungan yang kita ada sampai detik ini. Sihat tak? Gigi sakit tak? Hubby ok tak? Bulan lepas dapat gaji tak? Anak sihat tak? Kalau semua tu ok....maknanya kita taka da masalah yang mendesak sampai nak putus asa macam orang putus cinta.







captions: nostalgia lagi...rumah kayu kat belakang tu rumah pusaka yang dah dekat 80 tahun umurnya kot! Banyak cerita, kenangan. Saya lahir di rumah itu dan gambar ni di ambil 13 tahun lepas. Tenguklah, Alia pun kecil lagi dan Adam pun masih atas dukungan. Saya pun masih tergamak pakai baju merah pekat sebab badan masih slim dan adik saya....Nannie (smockingwithnannie.blogspot.com) pun belum kawin lagi waktu ni. Saya rindu emak....rindau sangat kat dia! Bulan depan birthday emak yang ke-64.

Tuesday, May 19, 2009

Sembang Marathon...for the sake of sweet memory!

Nikmat itu datang dalam pelbagai bentuk dan gaya dan; definisi 'nikmat' itu juga berbeza tafsirannya mengikut selera si perasanya. Bagi saya, bertemu kawan lama adalah nikmat (dan terapi) yang sangat menyenangkan hati dan minda dan kerana itulah juga agaknya kami sampai 'tak sedar diri', bersembang tanpa henti dari jam 10.30 pagi (><) sampai menjengah enam petang. Kami boleh duduk seenaknya sambil santai bercerita. Aduh! Nikmatnya. Tak tau apa yang kami sembangkan....(tapi yang pasti, habis semua kami bongkar semula -- lepas satu chapter melompat ke satu chapter).


:-))


Cubalah tenguklah keadaan ruang tamu saya yang tak sebesar mana itu lewat beberapa hari lalu. Alah, yang datang, cuma dua kerat. Tapi itu sudah cukup membuatkan keadaan menjadi sangat hingar -- amat gamat. Bak kata orang tu...kalah persidangan di Parlimen kot. Macam-macam benda yang kami ulas. Dari topik paling ringan sebesar kuman, sampailah hal pelik dan ajaib (misalnya yang paling mistik ialah kisah 'bila kucing tak ada, tikus pun berlari seenaknya ya' dan statement 'eh! kalau naik business class tu, mati nanti penuh gaya ker??!!? LOL .

Tak paham maksud saya? He he, hanya saya, Lily dan Haizan saja yang tahu maknanya...:-))

Selain tu ada juga terselit ulasan bernas (perli diri sendiri ke ni? :-)) .... macam kisah cuaca di kutub Utara, masalah sempit si rempit, pasal botox dan susuk and kisah cinta (siapa?) yang tak kesampaian. Ada gossip? Hello....! Memanglah kami ni semua banyak simpan cerita juicy.....tapi cuma untuk halwa telinga kami saja.

Apapun, lupa pulak saya nak perkenalkan tetamu istimewa yang saya maksudkan itu iaitu yang baju putih tu ialah Penolong Pengarang Jelita, Haizan dan yang bertudung hitam putih tu pun pernah memegang jawatan Penolong Pengarang Jelita tapi setelah berhenti (beberapa bulan saja selepas saya angkat kaki) sudah berjaya menjadi novelis (terkenal) sepenuh masa iaitu:

"tak lain tak bukan, mantan rakan sekerja saya juga dahulu, iaitu Lily Haslina Nasir. Hem masa di Jelita, Lily adalah 'jiran' saya. Meja kami berdua bercantum jadi kami ni duduk pun selalulah rapat-rapat -- jarak dalam tiga kaki jer...:-))

Kami ni banyak cipta bahasa isyarat tau. Walaupun duduk dekat dan rapat....tapi kalau ada yang kami tak puas hati, kami hanya akan bercakap menggunakan bahasa isyarat saja. Antara yang popular ialah dengan menaip saja dan saya (atau Lily) akan baca mesej (atau curhat) di layar komputer kami sambil mengangguk-angguk...tanda setuju atau TST . Sekarang, kalau terkenang saat manis ini; akan membuatkan saya tersenyum panjang (betul tak Lily?).




Apapun, saya memang tidak pernah bermimpi yang kami masih ada kesempatan untuk bersantaian seperti ini sebab kami semua sama-sama sibuk banget. Sebenarnya, selalin 'sekepala', saya dan Lily selalu juga berpakat melakukan tugasan untuk mengisi ruang tema bulanan Jelita dan biasanya kami suka mencari topik 'berani mati' demi mencari kelainan.

Antaranya yang paling saya suka ialah topik 'Nikah Sempadan' dan 'Bakti Untuk Si Mati'. Topik 'Nikah Sempadan' tu membawa kami hingga ke Siam, meredah nun ke Narathiwat -- mencari masjid, imam dan saksi yang sanggup melakukan akad nikah untuk pasangan Malaya yang tergamak kawin lari di Selatan Thailand. Demi menyempurnakan tugasan itu, kami berkampung tiga hari tiga malam di Kota Bharu kerana terpaksa berulang-alek ke Narathiwat, melalui Golok dengan menaiki bot enjin sangkut menyeberangi sungai Golok yang keruh, bisu dan lesu itu.

Saya juga tak boleh lupa pengalaman menaiki teksi sapu yang sangat buruk (macam dah beratus tahun umurnya) dengan tayar botak, brake angin dan pintu teksi yang akan tercabut pada bila-bila masa saja. Kecut perut saya hanya Allah yang tahu tapi Lily ni cool betul walaupun masa tu tu dia preggy (lima bulan lagi). Saya sering menggeleng melihat Lily yang tak tahu penat...jadi selalulah saya mengomel, 'awak ni rajin betul mengandung Li (dan dia hanya menyambut dengan sengeh-sengeh saja). Eh! Tau-tau selepas beberapa bulan lepas balik dari Narathiwat....saya pula yang mengandung......(aduhhh! untuk kali ke-empat!) Itulah yang dinamakan penyakit berjangkit yang tak ada obat! Waaaaaaaa!

:-))


Sebaik sahaja habis berpantang, saya dan Lily (...yang terlebih dahulu beberapa bulan ramping semula) buat kerja gila lagi, sama-sama redah semua rumah mayat di KL, mencari pakar pathologi, tukang mandi jenazah, tukang mekap mayat (for non-muslim), pakar awet mayat, si penggali kubur....dan sapa-sapa sajalah yang kerjanya menguruskan mayat semata-mata hendak buat cerita 'Bakti Untuk Si Mati".

Aduh! Masa tu, setiap kali balik dari kubur, saya akan singgah dulu rumah MIL, untuk mandi dan ganti baju, sebelum balik ke rumah, sebab Kasih baru lepas pantang. Kami cari bahan di tanah perkuburan Cina di Sungai Besi. Aduh mak! Berani betul Lily jengah mayat yang akan diawet sebelum dihantar pulang ke Indonesia. Masyaallah, masa tu saya kecut perut betul! Masakan tidak.....sebab kami berdua ni memang 'gendeng' sebab sanggup buat sesi temuramah di celahan keranda dan mayat.....:-)))


Agaknya bila lagi kita boleh buat kerja gila merapu macam tu Lily. Tapi best betulkan Lily...especially bila kerja brutal boleh mengangkat kita menjadi Wartawan Majalah Terbaik. Merasa juga kita bersalaman dengan Tun Abdullah Badawi untuk ambil award! Jadi....saat-saat emas seperti ini...mana mungkin boleh dibiarkan berlalu begitu saja!


To Haizan & Lily >>>> terima kasih daun keladi....kalau boleh datang lagi.


++++ Selamat kepada Haizan...yang tak lama lagi nak terbang tinggi ke tempat baru tu! Good Luck!


captions: Hem...alangkah enaknya kami bercerita sambil menikmati pemanis mulut (dan bicara) dengan kek coklat dan donut yang saya buat khas untuk Haizan dan Lily --- buat penyeri meja dan menimbun kalori! Hi hi

Monday, May 18, 2009

Aunty, can you help me?

Ini ialah set cupcakes khas untuk Hari Guru yang saya sediakan untuk Nadia, anak kawan lama saya, Azah. Kalau tak kerana Nadia sendiri yang memujuk rayu saya (dengan suaranya yang sangat cute tu), susah juga saya menyanggupi order last minute sesangat macam ni (p/s: bukan tak sudi, tapi saya takut tak cantik dekorasinya kalau waktu sangat suntuk).

Hem, memang cerdik betul budak-budak sekarang. Pandai memujuk merayu macam tu. Maklumlah mak lawyer...anak pun pandai berkata-kata....tak sampai hati saya nak reject bila dia kata "please aunty...can you help me?"

Saya usul tema 'Zoo', tapi Nadia reject. "I want girls and boy stuff!"
Saya terkesima. Oklah...terlanjur berjanji. Oklah. customers are right! Especially yang kecik comel macam Nadia ni.
:-)))

p/s: Dan yang paling best, Azah langsung tak tahu anak bongsunya tu menelefon saya. Eh! pandai pulak dia mencari nama saya dalam h/p mama dia tu. Nadia...Nadia.

...dan pada petang Ahad semalam, Azah bertandang ke rumah saya dengan anaknya yang bijak berkata-kata tu. Waktu mereka sampai, saya tak ada di rumah sebab pi minum petang kat Uncle's Lim di Subang Parade (laksa kat situ sedap). Jadi, sebaik saja saya sampai di laman rumah, Nadia terus meluru dan memeluk pinggang saya dengan senyum sengih yang tak lekang di bibirnya....tanda suka sangatlah tu. Teringat saya kat Arina & Kasih. Budak kecik bukan tahu apa....betul tak. Azah cuma sengih...tak terkata.

Inilah set last minute yang Nadia order. Inilah Nadia yang cute tu...pandai memujuk -rayu ni. Cair hati aunty Jun. Senyum simpul dia sepanjang petang.

Tenguklah, kebaya seksi ni....! Alia yang buatkan untuk saya bila dia tenguk saya kelam-kabut...tak tahu mana satu nak pegang. Ada ke cikgu nak pi sekolah pakai macam ni? ;-))


Hah! Ni Alia juga yang buat ni.




Ini karya saya...simple je. Sesuai le dengan selera Nadia.





Tux for boy and ribbons for girls.

Koleksi fashionista (thanks so much to my beloved daughter Alia, who helped me to complete this order).
Selamat Hari Guru to all....!