Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, April 30, 2009

Dekorasi Cupcakes Berlangsung Lagi

Salam semua dan Selamat Hari Buruh.

Dan apa khabar? Edlin, Sheema, Farah and Nannie (dindaku...)
Dah banyak ke projek disiapkan? Hari ini cuti, bolehlah eksperimen dengan segala bentuk
decoration tu kan?


Okeh...biar saya perkenalkan our new cupcakes maker this week iaitu


Edlin, from Penang; Sheema, dari KL


dan Farah, dari Shah Alam.

Kata Edlin depa ni semua kawan baik sejak dari Uni lagi. Dan kiranya sehati-sejiwalah.
Cuma selepas grad, Edlin tinggal di Penang tapi selalu berulang-alik ke KL,
menjenguk chenta hatinya. Tabiklah kat Edlin kan sebab dalam
sibuk-sibuk urus kerja, anak dan suami, masih boleh bagi ruang untuk
hobi yang sedang menjadi kegilaan satu dunia ni.








Dan sesi kali ini turut dihadiri adik saya, Nannie (jenguk blog dia http://smockingwithnannie.blogspot.com/)

yang memang terror buat kraf. Maklumlah dulu belajar Fashion Design di UiTM dan pernah jadi cikgu seni...jadi kira deco cuppies ni 'kacang' jer la kan Nannie. Kita cuma perlu tahu teknik -- macam mana nak bakar cupcakes, buat buttercream dan fondant...lepas tu, mulalah garap segala bentuk yang kita suka. Betul tak Nan? :-))



Ini adalah collages gambar hasil dekorasi cupcakes yang dihasilkan oleh

Edlin, Sheema, Farah dan Nannie. Bunga ros fondant hasil tangan Nannie (gambar ihsan blog Nannie)Ini pulak teddy bear karya Nannie...(gambar insan blog Nannie)

(Gambar ni saya copy paste dari blog Nannie....semua cupcakes berbaris untuk sesi bergambar.)





























WInter Sonata di Hati

Saya ni taklah minat sangat Winter Sonata...
tapi,
selepas bertemu sendiri dengan
pelakon utamanya....
Choi Jee Woo...
saya terus merindu
pada senyuman yang sangat manis itu!


Macam mana di layar,
bergitulah di luar,

lembut suara,
manis tutur kata
macam anak patung
tak berkelip semua yang memandangnya.



JUN
Hong Kong 2006
bersama Choi Jee Woo bersempena perlancaran
Dior Snow

Monday, April 27, 2009

Que Sera Sera...Satu Hari Penuh Kenangan

KEDATANGAN Jumaat lalu saya tunggu dengan penuh libang-libu. Maklumlah yang datang hari ini bukannya calang-calang....tapi semuanya Sifu.

:-))


OK...ceritanya macam ni. Kak Pah JB mengirimkan email, mahu menghadiri kelas dekorasi fondant (advance) yang saya anjurkan dan kalau ikutkan jadual asal, memang semua tarikh sudah penuh. Tapi dek kerana ada yang berhalangan -- salah seorang peserta yang sudah booked lebih awal minta tangguh -- jadi saya berikan date itu kepada Kak Pah JB, yang mengatakan akan datang dengan kawannya dari Bentung.

Saya tak tahu pun Sharifah Fadzlun si pengirim email itu ialah Kak Pah JB, dan datang dengan Shidah Bentung dan ...24 jam sebelum berlangsung kelas saya dapat pula satu lagi panggilan dari Misleha.....a.k.a Miss Creative.

:-O



Alamak!
Saya terkedu....

Dan saat itu juga saya rasa perut saya penuh dengan rama-rama!

:-))

Kenapalah saya panik sangatkan?
Bukan sebab soal saya tak mahu ajar ya. Saya memang tak kisah berkongsi ilmu yang saya tahu (dan sebab itu saya anjurkan kelas dekorasi ini ya. Kalau saya sengaja pilih bulu, lebih baik saya tak payah buat langsung...betul tak? Simpan rapat-rapat semuanya untuk pengetahuan saya saja...(nauzubillah, saya tak pernah berniat begitu).


Kalau macam tu...kenapa saya panik sangat?

Oh! sebab pengalaman mereka bukan setakat setahun dua okeh!
Jadi, saya jadi hilang kata-kata.

Dan, saya yang selalunya berfikiran positif....suka redah aje...dan pegang konsep
'kalau orang boleh buat, aku pun boleh buat juga',
tiba-tiba menjadi sesak dada.

Ok, memang betul ini bukan kes kena bawak kapal angkasa ker
or, disuruh operate jantung ker...!
Tapi Misleha, Kak Pah dan Shidah ni
bukan baru semalam, dua bergelanggang dalam dunia
baking -- bermain butter dan gula.

Tapi, bila saya fikir balik...hari itu akan datang juga, jadi buat yang terbaik dan
the rest....
kita pulangkan kepada Allah saja....

"que sera-sera"
...dan pagi yang ditunggu, hadir cerah dan meriah.
Dan Kak Pah pun sampai ke perkarangan ke kediaman saya,
bersama Misleha dan Shidah.

Apabila sudah bertentang empat mata,
segala libang-libu pun subsided
dan kelas hari itu berjalan seperti biasa.
Saya yang memang selalu terlebih fokus bila buat kerja,
dah tak nampak dah di kiri dan kanan tu apa.

Mission mesti dipenuhi, agar tetamu yang datang puas hati.

Dan menjelang tengah hari, suasana pun menjadi sebati dan hari yang panjang itu pun
kini sudah menjadi history.

Nak tahu apa yang terjadi?
Pi tanya kat Miss Creative sendiri...juga Shidah dan Kak Pah JB.

Saya masih menyimpan semua kenangan manis dan sampai la ni -- saat saya menaip entry ini -- saya masih tersengih-sengih seorang diri apabila mengingati semula semua hal yang terjadi. Lucu banget dong...

Miss, Kak Pah dan Shidah macam mana? Sihat? Masih ingat dialog-dialog 'maut' tempuh hari? Hah ni saya nak tanya...

" ....otak siapa paling kuning Kak Pah?
:-))
Saya pegang lain, depa ingat lain.hi hi.

saya suruh uli fondant macam itu macam ini,
semua terkekeh geli hati?
Maklumlah, semua pengantin lama.... jadi cepat sangat menyimpang
jauhhhh sangat pulak tu
sampai entah ke mana-mana"

(agaknya dah menjajau sampai ke Kamasutera chapter ke berapa?)

LOL)


Paling tak tahan, masa bab saya suruh sifu-sifu ni buat pokok bonsai menggunakan fondant.
Aduh! Kalau sapa yang ada masalah incontinence,
mesti lencun masa tu juga!

Merapu betul....sampai semua ketawa...macam nak terkeluar biji mata....
dan rahang saya sampai lenguh...

sebab asyik terbahak-bahak saja.
(dan pembantu saya yang tak tahu pokok pangkal cerita tu pun, asyik tersengih di dapur bila mendengar dialog kami...yang perlu ditapis -- cesuai untuk 40 XXX saja!)



Jadi dipendekkan cerita, kini Kak Pah...

Misleha dan Shidah...

sudah pun kembali ke station masing-masing


dengan segala macam bentuk dekorasi -- bunga dan figurin.
Tenguklah deretan cupcakes dengan pelbagai gaya, dan watak yang rencam.
Saya kongsi segala tips dan petua yang ada...
(tapi kalau ada yang saya terlupa bagi tahu, minta maaf banyak-banyak ya!)



captions: Dekorasi menggunakan fondant sepenuhnya dengan tema 3D flora, fauna, unggas dan figura.

Captions: Ni sapa nak jawab ni? Kalah photographer National Geographic.
Shidah dari Bentung
Entah apa yang Mis senyum-senyumkan tu? Seronok membega fondant Miss? :-))



Kak Pah JB yang memang sangat gigih....sanggup turun dari JB awal pagi...subuh pun belum masuk, dia dah redah highway...menghala ke Subang Jaya. Terharunya saya...
Kek lapis kak Pah sedap tau...anak lelaki saya, Adam, makan macam tak ada hari esok dah. Suka sangat dia.

To Kak Pah...Miss Creative dan Shidah Terima Kasih Daun Keladi Panjang umur kita jumpa lagi.
IKHLAS DARI
JUN
CUPCAKEKASIH,
SUBANG JAYA




Sunday, April 26, 2009

CLEO, Lynette & Cupcake Crazy



"Ma...look at this...."
dan saya yang sibuk menyiapkan dekorasi kek memandang
majalah dipegang Alia dengan ekor mata saja. Alia memang peminat setia
Cleo...jadi saya tak jangka pun ada apa-apa yang istimewa dengan majalah
yang diunjurkan Alia kepada saya.


"Tenguklah ni."
Sekali lagi disuanya Cleo kat saya.
(Ala...nak concentrate pun tak bolehlah anak ni).


Bagi mematikan ocehnya,
kali ini saya pandang tepat-tepat pada halaman majalah
yang diselak Alia.

"Hem ok..." sepatah dua saja saya ucap
dan kembali menyambung kerja
(masih belum dapat menangkap maksud Alia)


"Ni lah ma...," Alia tetap tak putus asa.
Saya pandang ....dan kali ini lebih lama lagi.



...OMG!


"My bag...my handbag. Oh! that's cute. Latest issue ker ni Lia?"
"Yep"
"OMG Lynette memang generous sangatlah...
published gambar kek ni."


(Well memang Lynette (Editor-In-Chief Cleo) pernah mentioned kat
saya dua, tiga minggu lepas dalam FACEBOOK, minta saya tunggu keluaran May. Tapi tak pula saya tahu kenapa dan tidak pula mahu bertanya lebih-lebih pula).


Maklumlah, semasa saya hantar kek handbag
dan cupcakes fashionista'theme tu ke meja Lynette tempuh hari
bukanlah sebab mahu publisiti.

(Kalau ada niat ke arah tu...dah lama saya kirim kat semua editor
majalah yang ada di Malaya ni sorang sebiji kek....
sebab depa tu semuanya kawan-kawan sekerja saya juga dahulu.
Tapi...malaslah. Biarlah kali ini saya bermain di gelanggang siber saja?
Betul tak?)


Dan kek handbag itu pun saya bingkiskan kepada Lynette
sebagai tanda terima kasih saya
kerana dia sudi mengambil Alia menjadi intern (pelajar latihan amali) di Cleo semasa
cuti sekolah pada bulan November dan Disember 08 lalu.

Tak sangka pula Lynette akan menyiarkan hasil kerja saya di salam majalahnya.
Well ...kepada Lynette
dan Cleo's team....
thanks a lot for this pleasant surprise! :-))

Friday, April 24, 2009

Kisah Jejaka Kacak seMalaya and his 'angels'

Ei! Sapa yang hensem sangat ni?

Dia buat apa kat umah Kak Jun tu?
Oh!!!!
Dia order cupcake ker?

Helleww!
Silap tu...

Kalau you all nak tahu...
Inilah Kevin.
And dia bertandang ke rumah saya bukan kerana nak
order cupcakes...
Tapi sebab nak belajar rias cupcakes...

Yep!
Kevin si kacak yang berminat merias cupcakes.
Cute kan?




Tenguklah cara Kevin buat kerja. Serius betul tau. Hati emak manalahyang tak cair kalau tenguk anak jantannya pandai merias cupcakes. Eiii! Sayangnya anak emak sorang. Mau dia cerita satu kampung tu. Sapa tak bangga Beb.

Dan kalau ada aweks yang ...sudah jatuh hati sama Kevin...! Memang you all bertuah benor ler kalau dapat boyfriend macam Kevin ni...sebab dah dapat pakej lengkap!
Hah! tenguklah gambar disertakan ni. Cantikkan hasil kerja Kevin? Sebenarnya, saya tak tahu Kevin akan bertandang ke rumah sebab semua urusan pertanyaan dan pendaftaran kelas dilakukan oleh Musni. Ye...Musni yang duduk kat sebelah Kevin tu. Mereka ni teman sepejabat dan sehobi pulak tu...

jadi,
sesuai sangatlah depa satang berbondong-bondong berdua.


Kata Musni, dia sudah lama minat baking, Sejak dari sekolah menengah dah rajin mencuba resepi itu dan ini. Tapi semuanya untuk famili. Rias merias cupcakes tu ada juga...."tapi tak pandaai sangatlah kak Jun."
Dan ini adalah hasil riasan cuppeis Musni. Maniskan? Sweet sangat. suka sangatlah Musni tu....cuma dia tak berapa pandai nak meluahkan perasaan....maklumlah orangnya pendiam. Asyik senyummmmm jer. Patutlah Kevin suka!
Kepada Kevin dan Musni....goodluck ya. KAlau dah ada blog, bagi tahu kak Jun k...


Okeh!
Ini pula cupcakes hasil seni tangan kak Siti.
Kak Siti mana?

Kak Siti Jaleha...
Ya....
yang datang bertandang kelmarin.
Kak Siti ambil dua kelas sekali gus -- merias cake dan cupcakes.



Menurut Kak SIti, sebelum ni dia memang ada buat rias merias ni....tapi tak berapa detaillah. Tak pandai.
Tapi tenguklah mawar pita kuning tu. Comelkan?
Kak Siti tersenyum sokmo setiap kali dia memandang semua cupcakes yang diriasnya.

Kata Kak Siti, tak sia-sia dia tinggalkan hubby dan emaknya...
sebab balik nanti bukan saja dapat jamu kek yang sedap-sedap.
tapi riasnya pun makin mantap!




captions: Kevin and his 'angels'

Akhir kalam...saya ucapkan terima kasih kepada Kevin, Musni dan Kak Siti.
Kerana sudi berkelas dengan saya. Kalau panjang umur kita jumpa lagi.

captions: cupcakes hasil gubahan Kevin, Musni dan Kak Siti.