Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Tuesday, March 31, 2009

mmmmuah!


Ok, ramai yang email...nak tau pasal mulut mungil atas cupcakes tu kan? Ha! Tenguk ni...saya buat extra coklat tu semalam and kawan-kawan Arina enjoy sorang seketul Comel tak? Coklat ni saya tempa sendiri...menggunakan coklat dan dicairkan menggunakan teknik double boil. Tapi bentuknya tu, kena pakai acuanlah. Saya beli di baking shop berdekatan rumah saya...tak tahulah sama ada kat tempat you all ada ke tidak!? Tapi, saya rasa most bakers tahu mengenai teknik kan? Betul tak? Selamat mencuba!

JUN
cupcakekasih:-))

Monday, March 30, 2009

Bingkisan Cinta Dari New Zealand

RINDU itu
hadirnya tidak menentu waktu
di dalam tidur, semasa jaga
ia tetap melingkari jiwa




Jadi bersama coretan petang ini, saya paparkan bingkisan cinta daripada Ieka di New Zealand, untuk buah hatinya, Syafiq di Shah Alam, istimewa untuk meraikan harijadinya yang ke-21.


Untuk Ieka, Aunty Jun paparkan dulu semua gambar-gambar ini. Nanti kalau ada masa aunty akan elaborate lagi entry ni ok. Suka sangatlah darling Syafiq dapat cupcakesnya tadi. Masa auty called dia ada di asrama dan aunty Jun cuma tunggu di pos pengawal saja. Tersenyum simpul Syafiq datang sebab sebelum tu aunty dah bagi tahu dia..."ini aunty Jun, ada hadiah nak bagi Syafiq, daripada Ieka." Mulanya dia macam terpinga-pinga, tapi bila dengar aunty sebut nama 'Ieka', terus nada berubah suka...."happylah tu!"


Lip made of chocolate.....MMMMMUAH....!
& fondant tempa very cute dengan makna tersirat
'Till death do us part!'


Ini complete set untuk Syafiq -- seperti yang diminta Ieka -- something cute, something sweet. Tak mau bunga-bunga. Saya buat assorted design sebab Syafiq suka Manchester United, and Ieka mahu disertakan 'rasa suka, rindu dan cintanya' dalam bingkisan manis ini.

Eh! kita pun pernah muda, pernah bercinta, jadi tahu sangatlah perasaan remaja yang sedang merindu dan berkasih macam ni. Betul tak? Toppers bibir tu diperbuat dari coklat, begitu juga dengan simbol zodiak Aries juga saya tempa menggunakan coklat. Saya buat simbol Aries menggunakan fondant, sama seperti yang lain-lain.

"Aunty Jun happy sebab Ieka happy dan to Syafiq, 1Selamat Harijadi'.

Sunday, March 29, 2009

Tercipta Sebuah Kegembiraan

dan ini jelas terpancar pada wajah Azleen, Norazila (Azi), Harlina dan Azni.

Dan saya pun menumpang suka jugalah, sebab dapat membantu memenuhi impian empat lagi peminat cupcakes. Buat pengetahuan semua, keempat-empat wanita ini tidak pernah merias cupcakes atau lebih senang kita kata 'zero' knowledge ler dalam bab ini. Tapi semuanya berminda positif dan selepas berhempas-pulas sejak 10 pagi sampai lima petang -- mencuba segala gaya, segala cipta dan segala teknik yang ada -- akhirnya lengkap juga hiasan untuk 10 cupcakes untuk dibawa pulang -- tayang kat anak dan cik abang.


Captions: Dalam sibuk-sibuk mengurus kerja pejabat, dan meladeni kerenah anak kembar dan seorang lagi yang baru mencecah tiga tahun -- hajat hendak belajar merias cupcakes tidak jpernah padam. Banyak kali hantar juga Azi email, ada yang saya terlepas pandang, dan ada yang masuk SPAM. Sorry ya Azi! Tapi semalam (28 Mac 2008) Azi tidak lagi bungkam sebab teknik merias cupcakes sudah ada dalam tangan.

"Hari ini boleh practise lagi...lagi..and lagi ya Azi. Bukan setakat rias cupcakes, kalau Azi nak mula rias kek pun dah boleh."


Caption: Pada pendapat saya, sebenarnya kerja merias kek ni ialah: 10% teknik dan 90% kreativiti. Kita mesti belajar teknik asas -- tak boleh main hentam keromo saja. Tapi, selepas dapat yang asas, kita mesti kembangkan idea untuk menjadikannya lebih besar dan lebih hebat dan lebih berwarna-warna lagi.

Saya pilih dekorasi asas ini dengan peserta tapi semuanya ini boleh digunakan untuk mencantikkan sebiji kek atau sedozen cupcakes. Satu tema yang ada tu, boleh diibolak-balikkan menjadi karya yang bermacam ragam dengan tema yang snagat rencam.

Caption: Azleen cuba melembutkan jari-jemarinya untuk menyipkan bunga ros buttrecream. Inilah bunga yang paling fleksibel untuk semua tema hiasan -- sama ada untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, Hari Guru, Hari Ibu...atau apa-apa sajalah. Mesti practise selalu, untuk dapatkan kelopak yang cantik...kembang ker, kuncup ker tak apa. Janji kombinasi warna harmoni dan sedap mata memandang.

Captions: Baru kali pertama memegang piping bag, Harlina berhati-hati merias cupcakesnya.

Captions: Azni yang memang periang ni happy sangat apabila dapat menyiapkan semua assignment petang itu. Selepas ni sesiapa yang nak tempah cupcakes boleh cari Azni di Puchung ya (nak add alamat sekali ke kat sini Azni..? Hi hi)

Captions: Walaupun terpaksa mengentel fondant menjadi sehalus-halusnya, tetap kena buat juga demi mencatikkan lagi cupcakes.

(hah! Sakit belakang tak belakang tu duduk lama-lama, mengadap semua benda ni?)

Captions: Azleen tersenyum manis sambil memangku dulang cupcakes yang diriasnya sendiri.
Caption: Azi in actions.

Captions: Lembu comel ciptaan Azni .....siap dipakaikan reben dan mahkota.
Hello....tengah buat apa tu?

Azni pun sibuk dengan cameranya...:-))
Penatlah cupcakes tu berposing.

********

P/S: Maaf sebab kualiti gambar kali ini teruk sangat...nak salahkan cuaca ke? Camera? Dua-dualah kot. Tapi yang penting memang gambar kali ni saya guna h/p jer sebab DSLR tu ALia bawa pi Midvalley pulak...ada camera show! Hem...

PERHATIAN: SEMUA YANG MENGIRIM EMAIL UNTUK BELAJAR DEKORASI ASAS CUPCAKES INI AKAN SAYA BALAS SECEPATNYA MENGIKUT GILIRAN. DAN BIASANYA SAYA AKAN MENUNGGU JAWAPAN DARI YANG TERDAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN SEAT KEPADA PENGIRIM YANG BERIKUTNYA. HARAP MAKLUM DAN SAYA HANYA BOLEH MEMOHON MAAF SEANDAINYA PENANTIAN ITU BERUBAH MENJADI SESUATU YANG SANGAT MEMBOSANKAN





Thursday, March 26, 2009

Confession of A Shopaholic?

TO CELEBRATE THE PREMIERE OF "A CONFESSION OF SHOPAHOLIC "(which is now in theatre nationwide) i gave my own version of
Pengakuan Si Ketagih Shopping
versi Cupcakekasih....!





Memang sudah lama saya berhajat hendak merias kek berbentuk beg seperti ini. Kali pertama dahulu saya buat dalam keadaan tergesa-gesa. Tak sempat nak buat on-line tutorial pun sebab masa itu saya sibuk dengan tempahan lain. Tapi demi kawanku, Aida yang minta tolong buat kek harijadi untuk bossnya Wirda Adnan ( Ketua Pengarang Glam) tu, jadi saya beranikan diri juga membuat kek berbentuk beg ni sebab saya rasa hanya ini sahaja konsep paling sesuai untuk warga lifestyle magazine macam wartawan-wartawan GLAM tu. Ketika itu saya hanya menggunakan fondant sahaja, jadi banyak teknik yang tidak boleh saya aplikasi untuk buat bentuk lebih rumit sebab fondant ni tak luwes (flexible) macam gum paste dan mudah pecah. Inilah kek yang saya maksudkan itu.

Chanel Tote



Tapi kali ini, untuk kawan saya, Lynette (Ketua Pengarang CLEO,) saya guna fondant dan gum paste. Both home made. Saya rasa selepas setahun menggunakan resepi fondant yang saya uli sendiri, saya lebih memahami fitrahnya. Bagi saya, homemade fondant ni lebih mudah dikendalikan sebab iranya lebih kenyal dan tak cepat koyak dan kering serta tidak perlu menggunakan terlalu banyak tepung jagung atau gula aising semasa mencanainya. So, ini banyak membantu kita masa proses merias. Resepi inilah yang saya berikan kepada semua yang belajar merias kek dengan saya (dan ini juga sangat menjimatkan kos berbanding menggunakan ready made fondant).

Berbalik hal merias kali ini, saya memberanikandiri juga untuk membuat kek beg walaupun tak sempat lagi mengambil kursusnya. Jadi saya hanya menggunakan contoh gambar beg yang saya berkenan tu dari majalah Harpers Bazaar koleksi Alia. Well, inilah begnya, mirip himpunan terkini brand Bottega Venetta untuk Spring/Summer Colection 2009. Hanya warnanya sahaja saya ubah -- menggunakan merah kesumba (a.k.a light pink) sebab tak berapa nak yakin pakai warna coklat. Next mission saya teringin nak cuba warna coklat pulak.

OK, pada pendapat saya...merias cake berbentuk beg ini sebenarnya mudah sikit berbanding kek kahwin sebab knick-knacknya tak banyak sangat, especially kalau beg bentuk empat segi macam ni. Main gelek-gelek dan potong potong saja fondant tu. Janji ira fondant smooth dan tak terlalu kering. Kita potong fondant tu macam gunting kain juga. Mesti ukur dulu dan potong menggunakan fondant cutter. Lepas tu lekapkan pada cake macam kita cover cake lain juga.

Handbag ni made of chocolate cake and covered with chocolate cream frosting. Nak bagi extra yummy sikit sebab all Cleo girls tu kaki diet. Ok Lynette...forget your brocolli and carrot stick...enjoy my moist chocolate cake :-))

Saya mula merias kek pagi ni tadi selepas subuh. Dan kalau tidak kerana tertangguh sekejap sebab menghantar Adam pi dentist, mesti kerja saya ni dah siap lebih awal Tapi dah Adam gaduh sakit gigi, jadi terpaksalah saya tangguhkan kerja. Hem...'terbang' juga dua, tiga jam kat luar tu dan hanya selepas zohor sahaja baru saya dapat sambung balik. And, by Asar kerja siap dan saya terus drive ke ke pejabat ACP Publishing di Up Town Damansara. To Lynette, thank you so much for the opportunity given to my daughter, Alia, to be your Intern at your magazine, Cleo, last Nov/Dec 2008.

Well! to all ladies...let's celebrate our greatest therapy....SHOPPING!

and
This is a confession of a retired Shopaholic.


Tuesday, March 24, 2009

Kala Hujan


...pagi ini
(sebuah kisah tertunggak)





Caption: Hydrangea di laman saya ni baru nak bernunga...itu pun kecil saja. Maniskan ambil gambar selepas hujan?

Bumi di luar basah disimbah hujan....

dan saya batalkan sahaja hajat mahu keluar. Tak sukalah nak memandu kala darurat begini. Lebih baik blogging sambil hirup kopi hangat dan tatap buku resepi. Bukankah itu lebih nikmat?
caption: another fav. books, Confetti Cake dan Novelty Cakes -- both cik suami beli masa pi Osaka last year.

Suasana pagi ini pun damai sekali sebab semua anakanda ke sekolah dan saya boleh conquer seluruh rumah. Dada dan kepala pun lapang sebab tak ada hal yang mendesak.....

(Kalau ada pun, semua sudah terlampias minggu lepas. Kami anak-beranak pecah rekod, sebab tiga hari berturut-turut kami ke sana. Anak- anak suka sangat makan meatball dan saya pula tak boleh lupa kesedapan salmon dengan sos lemon :-))




captions: Arina and Adam tetap akan pilih menu yang sama saja...walaupun 1000 kali bertandang ke sana.



*********



Hujan belum juga teduh



Jadi saya terus surfing alam maya sambil uli-uli gumpaste. Hajat hati nak buat orkid pulak. Dah cuba dah tadi. Dapat sekuntum, tapi tak berapa nak cantik sangat, jadi saya tak jadi teruskan projek tu. Esok lusa saya sambung baliklah.


Captions: Dalam asyik menunggu hujan reda....dapat juga saya buat lima, enam biji handbag. Nak hadiahkan kat seseorang...hi hi. Sekarang dah masuk musim baru... spring/summer collection 2009...! Let's check it out. Cupcakekasih pun tak mau ketinggalan zaman lor!

Captions bawah: Lega sangat sebab buku kesayangan saya ni dah jumpa balik. Inilah buku cupcakes saya yang pertama. Cik suami beli kat Osaka last year. Sekarang ni setiap kali dia pergi Jepun, saya tau mesti dia akan beli buku baru. Semuanya saya sayang...saya tatang. Setiap kali lapang, mesti saya ulang tatap. Belek 24 jam....24/7!




Hujan sudah menghampiri penghujungnya


Tapi, hajat hati saya nak bakar sebiji cake tetap saya tangguh dulu, sebab saya masih menunggu kedatangan juruteknik dari Electrolux. Oven yang baru dua, tiga minggu saya beli, tiba-tiba meragam...tak mau bunyilah and lampu tak menyalalah. Pernah sekali tu cupcakes saya hangus gara-gara saya terleka. Tau-tau cupcakes vanilla, jadi coklat...LOL!


Inilah akibatnya kalau sayang sangat nak ganti oven lama. Saya beli masa Alia baru lahir dulu. Memang bagus brand tu sebab jarang meragam. Tapi kali ini (7 Mac) masa saya tengah sibuk nak menyiapkan kek & cupcakes tempahan pengantin, oven antik saya 'k.o'.

Saat itu juga saya rasa nak pitam -- apa saya nak buat dengan adunan kek (untuk empat biji kek) tu. Tiba-tiba sahaja oven tu tak nak menyala. Eh! Biar betul? Saya rasa macam nak menangis..... tapi terpaksa saya tunda dahulu episod tangisan itu sebab ada kerja lain yang lebih penting saya mesti selesaikan dahulu hal berbangkit ini atau kek pengantin tak dapat disiapkan.

Sekarang saya boleh ketawa apabila mengingatkan hal petang yang malang tu. Tapi masa kejadian tu berlaku, muka saya pucat lesi betul tau).

Dipendekkan cerita............



Cepat-cepat saya capai kunci kereta, & ajak Alia teman saya ke Taipan (business centre), Kat situ ada banyak kedai barangan elektrik. Saya tak putus berdoa, jtakut semua kedai tu kata "tak ada stock".

Sesampai saja, saya tak toleh ke kiri dan ke kanan. Mata ni asyik magnet terus ke bahagian oven saja. Dalam hati saya kata -- apa nak jadi, jadilah....saya mesti ambil satu kalau tak nak dulang pengantin kosong.

Mengingatkan hal ini, saya jadi double panik.

Makanya masa itu keadaan saya macam orang buat saie (read sah-i) pulak. Ulang alik ulang alik sepanjang kaki lima kedai-kedai kat Taipan tu. Dalam panik tu, sempat juga saya telefon sifu saya (Chef Asma) dan Winnie, owner Best Baking kat USJ 8.

"Winnie, I need your help. Can you send me oven......now."
"Now?"
"Yes...now. Urgent. I need to deliver cakes... by tommorow. Please."
"Cannot Jun. No stock. Tomorrow can?"

(Jantung saya bagai terhenti.
Esok? Mana sempat nak masak dan nak deko serentak! Wakil pengantin nak datang ambil kek pada sebelah petang).

Saya called Chef Asma. Mujur dia tak ada kelas.

"Brand Z tu pun ok kak Jun. Lagi elok. Tak payah ambik yang besar tu. "
"Ye ker Chef?"
"Yes...bla...bla...bla...Yes...bla ...bla...bla."
"Oh! Oklah kalau macam tu."



Dan, menjelang jam 6.00 petang saya sudah dapat oven baru. Dan, semua adunan yang saya buat tadi, saya gunakan untuk test drive oven tu saja. Bukan senang nak membiasakan diri dengan benda baru ni. Ada hangus, ada bantat...dan selepas cuba banyak kali,

akhirnya,

by midnite barulah kerja saya selesai. Esoknya, selepas subuh, saya terus buat satu mangkuk lagi adunan kek yang baru dan inilah dia cake dan cupcakes pertama yang saya bakar menggunakan oven baru tu. Bersempena kejadian itu juga saya beri judul entry berkaitan "Kek Penuh Kenangan'.



Captions: Inilah dia kek penuh kenangan itu. Mujur saya dapat juga kejar 'garisan mati -- deadline'. Alhamdulillah.


************

Akhirnya, technician sampai...


Hujan pun teduh. Semua ok saja dan yang kelakarnya, bukan oven tu yang ada masalah, tapi saya yang tak baca manual betul-betul LOL!


p/s: Siaran tertunda ini tidak dapat dielakkan sebab coverage Internet kat area saya asyik terganggu saja sejak pagi. Agaknya sistem cap kapak kot depa pakai...sebab sumpah saya dah bayar semua bil saya!


Sunday, March 22, 2009

Riang ria Sabtu

Macam tajuk program kanak-kanak saja kan? Ha...memang itulah hakikatnya sepanjang hari semalam saya bersukaria dengan Puteri Rozlina, Anna dan Shahnaz Suhana. Maklumlah semalam Sabtu yang panas, kalau tidak dilayan rasa suka, memang bukan senang nak menghadap proses dekorasi cupcakes yang memerlukan sepenuh perhatian. Tambahan pula kalau buat deko dengan saya, kalau tak buat benda yang halus -- tiny miny - memang tak sah. Walau sesusah manapun, tapi kalau satu dot itu penting untuk melengkapkan sebuah dekorasi, mesti buat juga. No short cut short cut ok.

Tapi yang seronoknya, semua yang datang belajar ni memang sudah bercinta dengan 'cupcakes' jadi semuanya ada passion dengan tahap semangat yang sangat berkobar-kobar. Itulah yang boleh saya katakan terhadap semua yang datang belajar merias cupcakes ini -- sama ada dari kelas pertama hingga group semalam. Semuanya buat assignment dengan penuh sabar. Dan, apabila selesai tugasan, pasti terdengar dialog keramat ni...

"...macam tak caya kita buat ni kan?"

Dan dalam hati, saya jawab, alhamdulillah. Maklumlah, mereka datang dengan penuh harapan dan saya harap mereka akan rasa berbaloi menghabiskan seharian menimba ilmu dan kemahiran daripada saya. Insyaallah.


Captions: Puteri Rozlina, Shahnaz Suhana dan Anna Sham bersama sedulang cupcakes yang mereka deko sendiri.

captions: Inilah hasil dekorasi Puteri Rozlina, Shahnaz dan Anna.
Captions: Ini pula cupcakes yang dirias Shahnaz Suhana.

Captions: Hasil karya Anna Sham
Captions: Hasil buah tangan Puteri Rozlina.


Anna Sham memahirkan diri merias bunga mawar menggunakan buttercream. Saya ajari juga cara membuat toppers booties, yang boleh digunakan untuk menghias cupcakes bagi majlis aqiqah nanti. Kebetulan, Anna sedang hamil. Dapatlah dia memanfaatkan kelebihan ini.
(p/s: demi sebuah kemahiran...Anna sanggup datang jauh dari Kuantan. Kak Jun doakan Anna akan terus kreatif berkarya selepas ini).
Shahnaz Suhana mengadun fondant untuk membuat toppers cupcakesnya.
Captins: Walaupun halus setitik, tapi kalau memang itu yang mencantikkan dekorasi, kenalah kita membuatnya juga.
Captions: Mengabadikan kenangan dengan Puteri, Shahnaz dan Anna.

Saya memang suka decorate cupcakes menggunakan fondant, jadi saya sediakan beberapa teknik hiasan asas menggunakan fondant yang boleh mereka aplikasi untuk merias cupcakes di masa depan. Apa yang penting ialah creativity..."ingat tu dinda-dindaku semua".

Friday, March 20, 2009

Cinta Dari London

EMEL SN muncul pada layar computer (kira-kira sebulan lalu) bersama sebuah hajat iaitu mahu menempah cupcakes, istimewa untuk adiknya Siti, yang akan menyambut harijadi ke-18 pada 19 Mac 2009 (semalam). Hem, saya sangat menghargai tempahan seawal ini kerana ini memudahkan kita untuk mengatur jadual kerja. Kalau tak ada masa pun, saya akan cari juga ruang, demi menyempurnakan hajat yang datang.

Jadi berbalik kepada hal SN, selepas dua, tiga hari berbalas-balas emel, akhirnya dia menetapkan hati mahu menempah 20 biji cupcakes, lalu mengirimkan contoh dekorasi yang diingini untuk birthday girl itu nanti. Sebaik membuka attachment, tertera gambar deretan lembu-lembu comel dan sekali pandang sahaja saya tahu itu adalah karya Kylie Lambert, rakan baker dari Australia yang super talented. Lalu saya emel kepada Lambert, meminta kebenaran untuk menggunakan konsep 'moo moo' ciptaannya itu.

Saya bersetuju dengan semua permintaan SN kecuali hal penghantaran. Ini memang payah sikit sebab tak ada yang boleh saya harapkan untuk handle. Terpaksalah saya minta SN ambil sendiri cupcakes itu...tapi katanya

"tak dapatlah aunty Jun sebab sekarang saya di London.
"

Oh! Di London. Sweetnya SN -- teringat juga nak menggembirakan adik walaupun dia berada beribu-ribu batu jauhnya dari Malaysia. OKlah, demi meraikan sebuah cinta antara adik-kakak ini, saya dengan rela hati menghantar sendiri cupcakes untuk Siti.




Lantas semalam, saya seharian menghabiskan waktu mengadun toppers untuk merias cupcakes Siti dan anak-anak tertawa melihat moo moo yang sangat cute itu apabila saya pakaikan topi, reben dan bunga. Menjelang Asar semua kerja selesai lalu saya serah cupcakes itu kepada Alia untuk menyelaras fotografi serta packaging. Itu department dia.

Dan sebelum petang berakhir, saya dan anak-anak pun berbondong-bondonglah ke Kelana Jaya mencari kediaman Siti. Selepas lebih-kurang 20 minit berlegar-legar sekitar seksyen empat, bertemu juga dengan kediaman birthday girl...aduh! mewah betul.

Siti muncul di muka pintu dan wajahnya yang comel itu nampak bercahaya sekali sebaik sahaja terpandang kotak hadiah di tangan Alia. Mestilah dia tak menjangka langsung akan mendapat surprise daripada kekanda tercinta yang saat itu berada nun jauh di sebelah benua.

(...bukankah menerima 'tanda ingatan' menjelang harijadi adalah nikmat yang paling manis? Terasa diri kita ini sangat istimewa sekali. Betul tak?)

Kepada Siti, aunty Jun ucapkan selamat hari jadi yang ke-18.


captions: Lembu-lembu ini memang sangat sabar menunggu saya 'merias' mereka dengan black spot, topi, reben dan bunga. Moooooooo!

Wednesday, March 18, 2009

Cerita Semalam

...tapi baru hari ini dapat saya paparkan di dada blog ini. Aduh! Seharian saya menunggu, tapi tak tahulah modem broadband saya ni cap apa....service down sokmo, menyebabkan saya mati kutu. Nak browse Internet kat handphone pun sama juga ceritanya sebab pakai line cap yang sama.

Saya memang resah gelisah betul sebab ada banyak email belum update. Sejak tengah hari saya menunggu dan malam ini (baru sejam yang lalu), everything is back to normal dan bersama-sama ini saya sertakan gambar sewaktu kelas decorating cupcakes yang berlangsung semalam bersama Noraida, Shana dan Reen dari Shah Alam dan Yani dari Kajang. Hem...empat sekali gus? Itulah, saya pun menggelabah juga sebab takut depa tak selesa....tapi alhamdulillah, semua ok dan very happy dengan creations mereka,


Captions: Noraida dengan cupcakes yang diriasnya sendiri selepas hampir setangah hari bersama saya. Thanks to Aida kerana sudi belajar dengan Kak Jun

Ok, ramai yang email saya bagi tahu teringin nak belajar tapi tak berapa confident, takut 'keras tangan', tak ada bakat, itulah...inilah. Jawapan saya senang saja -- asal kita tak berhajat nak belajar operate jantung atau bawak kapal terbang or nak jadi astronaut...sudah! Setakat nak cuba hobi baru merias cupcakes, jangan risau. Ramai yang hadir dengan zero knowledge, tapi bila balik dengan sedulang cupcakes yang comel dirias macam ni, sapa tak makan hati? Betul tak? Mestilah happy.

Noraida, a dotting mom, yang memang suka baking tapi tak berapa mahir decorate cuppies, akhirnya pulang dengan senyum berbunga-bunga. Maklumlah hasil usaha seharian sudah ada di depan mata. Dan tadi Noraida email saya, bagi tahu yang dia sudah dapat order. Kawannya menempah cupcakes untuk sambut birthday anaknya. Isn't that sweet?! Congratulation to Noraida yang talented dan dapat pula kawan yang supportive macam tu. Goodluck!



Reen pun datang dengan 1000 harapan dan pulang dengan bunga-bunga kesukaan sebab tak percaya akhirnya dia sudah berjaya merias cupcakes sendiri. Wah! Tengah hari tadi siap call saya, bagi tahu yang dia sudah pi kat Bagus (Baking Shop di Section 13 Shah Alam, berdekatan stadium dan Giant). Nak sourcing barang-barang untuk buat cuppies dan buttercream le tu. Saya juga bagi resepi fondant, jadi lepas ni seronok ler Reen main dengan sugar paste yang lembut macam playdough tu.


Ha, ini Yani yang agak pendiam tapi tekun. Sukar juga nak ditelah apa yang difikirkan Yani . Banyak menelek, merenung dan memerhati tapi akhirnya bila dah siap merias semua cupcakes barulah nampak dia tersenyum lebar, macam anak kecil dapat jajan. Dah tentulah Yani happy dan dia ni very good in making fondant roses. Cantik sangat kelopak yang dibuat Yani. Good luck to you too dear.

Captions: It may look easy to us (baker with years of experience), but for these new comers it's one hell of a task. Each completed cupcakes means a lot to them.

(p/s: Saya faham sangat perasaan adik-adik dan anak-anak yang baru belajar ini sebab setahun lalu, saya juga mulakan dengan zero knowledge...langsung tak tahu macam mana nak bake cupcakes, tak pernah tenguk macam mana rupa piping bag...apatah lagi nak buat fondant sendiri. Tapi, prinsip hidup saya (apabila berhadapan dengan keadaan begini) mudah -- "kalau orang lain boleh buat, aku pun mesti cuba buat. Sama ada jadi tak jadi, itu lain cerita. Tapi mesti mulakan langkah pertama". Ingatlah pesan orang ijak pandai, musuh utama kita bukan orang lain tapi adalah diri sendiri (bukan kerana nista orang atau pandangan sinis mereka kita akan lenyap dari muka bumi ini dan kita juga tidak akan menjadi yang terhebat di dunia ini hanya dengan puji-pujian. So jangan asyik memanggung kapala ...make thah 1st move).





Reen yang sabar mengadun fondantnya untuk dibuat beg tangan kenit! Cutenya...

Training in progress...


Ok, this is Shina, whom I confirmed her attendance on the eleventh hour -- kesian pulak dengar suara Shina kat corong telefon tu: "Kak Jun, ni cuti sekolah, I free sikit ni. Bolehlah ya." Dan selepas saya bolak-balikkan fikiran -- lepas ni memang jadual padat sangat, jadi, saya kata 'ok' saja.


Noraida, mommy yang sweet dengan cupcakes hasil karyanya.

Wah! Saya betul-betul terkesima sebab Shina yang tak pernah pegang piping bag ni tiba-tiba boleh buat bunga ros buttercream dengan sekali lalu saja...memang bakat terpendam betul. Watch out all, another talented cupcakes artist is in the making!