Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Tuesday, February 24, 2009

al-Fatihah



Apa guna kesal
hanya menambah
bebal
sepatutnya kamu lebih memahami
maksud renungan matanya yang lirih
kini,
setelah anaknya pergi
kamu hanya terdaya merintih
namun
duka itu
tetap juga enggan beraleh
berakar berumbilah dalam jiwamu
membuatkan kamu
akan mati
sebelum ajal bertamu


JUN
Taman Rahsia
Subang Jaya

Salam buat Makcik yang dikasihi dan al-fatihah buat
anakandamu, Sugiyono yang telah pergi.

Sunday, February 22, 2009

Syukran

Saya dengan rendah hati ingin mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada semua pembaca yang memberi respon yang sangat menggalakkan bagi kelas dekorasi yang saya anjurkan itu. Ya! Saya harap kehadiran saya ini (sebagai pengajur kelas dekorasi) akan lebih memeriahkan lagi dunia baking; terutama dunia cupcakes yang comel-comel itu.

Dan, saya juga mahu mengucapkan ralat kerana tidak dapat memenuhi permintaan semua yang email itu serentak (atau secepatnya) kerana tempat sangat terhad -- bukan saya memilih, tapi rumah saya ini besar sikt sahaja dari sekangkang kera :-)) , jadi saya cuba luweskan keadaan ini untuk keselesaan peserta dan diri saya sendiri. agar semua terasa berbaloi membayar yuran penyertaan tersebut dengan apa yang diperolehi daripada saya.

Saya masih belum tahu lagi cerita kelas ini di masa akan datang.
Maksudnya, saya tak tahu sama ada akan menambah jumlah peserta per session atau tidak serta
menganjurkan intermediate class pula; tapi setakat ini yang
saya masih mendahulukan peserta beginners sahaja dan mereka akan dimahiri dengan penggunaan buttrecream dan fondant untuk menghias cupcakes bagi disesuaikan dengan semua acara. Bagi peserta akan datang, saya sudah putuskan untuk menyediakan semua bahan dan peralatan dan ini maknanya, mereka hanya datang berlenggang kangkong sahajalah.
Maknanya (eh! berapa banyak `maknanya' lah) peserta tak payah bawa apa-apa peralatan.

Kita kongsi apa sahaja peralatan yang saya ada dan selepas itu peserta boleh membawa pulang semua cupcakes (sedozen) yang sudah didekorasi sendiri. Harapan saya ini dapat memudahkan lagi semua peserta -- macam lirik lagu retro tu...'kau bahgia, ku bahgia. Tak gitu?

dan

...bersama-sama entry ini saya sertakan gambar Fara dari USJ yang sudi meluangkan masa bersama saya pada petang Sabtu lepas untuk mempelajari basic decorating cupcakes. Kata Fara dia baru saja menjadi fulltime mom selepas lebih lapan tahun berkerja di sebuah firma besar. Dia rela meninggalkan jawatan tinggi demi dua anak lelakinya - tujuh dan tiga tahun. Saya salute Fara 3 x (hip hip hooray) dan saya katakan kepadanya. selepas ini Fara boleh isi masa lapang dan dapat side income dengan cupcakes. It's a wonderful journey -- to me and to a dotting mom like Fara :-))

Caption: Fara tersenyum manis dengan set cuppies yang didekorasi sendiri. Kata Fara hubbynya akan balik malam ni dari London (sabtu 19 Feb)...hem pasti seronok dapat jamu hubby dan anak-anak dengan cupcakes comel ni.

Caption: Tak terasa masa emoat jam berlalu...ralit sangat Fara menyudahkan semua dekorasi.


Caption: Tekun Fara menyiapkan dekorasi bunga ros dari buttercream. walaupun belum pernah memegang piping bag sebelum ni, tapi selepas mencuba beberapa kali, akhirnya Fara berjaya mendapat tempo yang sesuai untuk mendeko bunga di atas cupcake. Memang manis sekali hasil kerja tangan Fara.




Inilah Janda Baik!

...eh! bukan. Bukannya saya si Janda Baik,


Tapi....tempat ini, yang dipanggil Janda Baik.
Nak tau lokasi tepat saya berposing dengan anak saya ni? Di Taman Hana, milik Pak Habib a.k.a Syed Hussain Al-Attas. Bagi anak-anak yang belum kenal siapa Pak Habib, klik sini:

Writing The Wrong

Hem...saya memang suka membaca buku hasil nukilan Pak Habib.
Pedas macam cili api. Tapi, lagi pedas lagi sedap. Lebih
menarik lagi kerana Pak Habis menulis berdasarkan fakta, penuh berisi, bukannya sambang macam sampah terbuang. Jadi, bertambah ralitlah membacanya, walaupun lengguk bahasa Pak Habib langsung tak ada bunga-bunga.
Berbalik hal kediaman Pak Habib ni, memang saya teruja sungguh dan saya anggap Pak habib sangat beruntung kerana dia berkeupayaan memiliki sebuah weekend home yang amat mendamaikan ini. Hanya kira-kira 40 minit saja berkereta dari KL.
Caption: Taman Rahsia Pak Habib ni dibina di tebing sungai berjeram kecil dengan air yang jernih dan dingin. Kagum banget...macam firdausi.

Sebagai penulis, memang saya berangan-angan untuk menghabiskan masa di tempat santai seperti ini...barulah boleh bermelankoli sepuas hati. Kat umah ni, kalau nak menulis novel cinta kena tunggu lewat malam -- bila anak dan hubby semua tidur, barulah boleh masuk ke zon berkarya.

Itupun kena set mood yang romantik....pasang lagu cinta syahdu + lilin aroma atau setanggi wangi. Kalau nak buat bab sedih pulak saya, kena pasang lagu dengan lirik 'penuh duka lara, macam nak putus nyawa. Misalnya hati hancur jadi debu, langit terbelah dua, kaca terhempas ke batu, hanya kau nyawaku, arjuna pujangga jiwaku dan ayat-ayat maut lain yang sewaktu dengannya. Saya akan download semua lagu-lagu 'putus nyawa' ni dan saya akan pakai headphone sepanjang menaip bab yang sedih tu. Tapi dari pengalaman lepas, saya yang akan menangis tersedu-sedu depan laptop apabila mendengar lagu sedih (paling tak tahan mendengar lagu Winter Sonata) ni dan akhirnya tak jadi nak taip bait bait ayat seterusnya sebab dah hilang mood.

Kalau nak menaip sebelah siang lagilah payah sebab baru je nak buat
ayat-ayat cinta, anak dah menjerit minta minumlah, minta itulah, minta inilah. Lebih trajis lagi, kalau Ariana Nur Kasih tu minta mama dia ni juga yang basuhkan p******g dia setiap kali selepas dia buang kumuh. Alamak, kalau macam inilah, macam mana mama nak bermelankoli.


Jadi, penyudah ceritanya, kita ketepikan ajalah dulu bab novel cinta berahi ni. Uli fondant lagi bagus. Kalau nak buat kerja dengan aman damai, bagi kat anak fondant tu sorang sikit, pas tu suruh depa pi main jauh-jauh. Selalunya saya beralasan macam ni;
"mama nak buat kerja tau (kononnyalah). Pi main kat lain."
Tapi, after 2 hours, cuma siap sebelah jer telinga beruang fondant tu...hi! hi!
Hem! ini semua gara-gara menganga tenguk sinetron ler (lebih-lebih lagi kalau tenguk episod Intan, kalau ada sms pun, teman tak jawab)

Jadi, buat masa sekarang ni, saya ada alasan kukuhlah untuk tidak memakai `topi' penulis semula sebab:
alasan pertama: nak tunggu dapat weekend house macam rumah Pak Habib ni (ytapi rasanya macam tipis jer harapan). Tenguklah betapa cantiknya laman hijau rumah Pak Habis ni. Ini adalah salah sebuah rumah dari beberapa buah yang dibina Pak Habib di atas tanahnya yang sangat luas serta berlandskap unik tu.

Caption: Apapun, itu semua alasan jer. Sebenarnya hati saya ni lebih terarah ke lain. Sekarang ni lebih seronok sangat merias kek/cupcakes ni. Jadi saya abaikan saja yang lain tu dulu. Tapi satu hari nanti (satu hari nanti)....saya akan ke situ juga semula!

Alasan kedua: saya sudah buat satu novel dah (...seperti yang tertera di atas -- Pesona Kasih Riana). Dah lama dah novel tu diterbitkan, sekitar 2006. Tapi saya tak berapa teruja sangat untuk promote sebab saya anggap novel tu dah basi dan *** (...lebih baik saya tak habiskan ayat saya ini). Apapun, saya tidak lagi bermimpi nak jadi macam JK Rowling atau Sophie Kinsela (tinggi sangat angan tu). Lebih baik menjadi Cupcakekasih.

Biarlah kita bagi chance kat orang muda pulak kan!?! Macam si Alia tu. Dia pernah juga bagi tahu saya yang dia berhajat nak tulis novel juga, tapi katanya dia nak buat novel Inggeris dengan latar cerita berasam dan bergaram macam novel diminatinya -- Fashion Babylon dan Devil Wear Prada (saya pun suka novel ni). Saya tak suruh dan tak juga melarang tapi kalau dia bersungguh-sungguh, rasa-rasanya kenalah diterbitkan sendiri dan tak perlu melalui proses yang panjang dan membosankan itu. Kemudian kita jual online. Akhir kalam, selamat berhari minggu.

Jun
Taman Rahsia
Subang Jaya


Friday, February 20, 2009

Akhirnya 'jodoh' kami bertemu juga :-))

BEBERAPA kali kami berbalas email...sikitpun saya tak perasan siapa sebenarnya 'Raja Khatijah' sebab nama samarannya dalam laman FLICKR lain. Hinggalah ke saat terakhir, iaitu 24 jam sebelum 'Raja Khatijah' akan bertamu ke rumah saya, barulah 'loceng dalam minda' saya ni berbunyi - terutamanya setelah mendengar suara ramah `Raja Khatijah' di corong HP.

Saya belek SMS yang dikirimkannya. Kemudian saya cepat-cepat masuk laman FLICKR saya dan cari nama 'Raja Khatijah'. Apabila terpandang PU3, saya tersenyum sendiri. Agaknya ini Aishah ni!

dan

Saya pun SMS 'Raja Khatijah' dan dan jawapannya seperti yang terdetik dibenak saya. Em! alahai, dah terlalu sering kami bertukar komen di laman FLICKR 's photostream:


Irdina- Home Alone )-:


Malah, kami pernah saling berjanji mahu 'barter' trade' kemahiran masing-masing. Tapi, rupa-rupanya selepas hampir dua bulan Aishah tidak muncul di FLICKR, dia emel saya dan mahu mampir ke rumah setelah mengetahui saya menganjurkan kelas dekorasi. Memanglah saya terujalah kerana dapat bertemu Aishah a.k.a Raja Khatijah dan sepanjang petang semalam (Khamis 19/Feb/2009) kami mengadun fondant berdua. Memang sungguh ralit dibuatnya.


Hem! Seriunnya tu! Macam belek cincin berlian aje kami ni. Kan? kan?
Geram saya tenguk anak Aishah yang comel macam anak patung tu. Selalunya tenguk wajah gebunya dalam FLICKR Aishah saja. Tapi, bertemu empat mata lebih teruja... comel sangat Irdina ni.

Penutup kunjungan, kami minum petang dan sembang-sembang...tapi, waktu sangat mencemburui kami. Hem...thanks Aishah dan jangan lupa update Kak Jun dengan 1st entry fondant dekomu itu.

:-))

Wednesday, February 18, 2009

Mulanya di sini....

"Ya langkah pertama kita itu akan membawa kita jauh ke daerah baru...
yang dulunya mungkin sangat asing,
tapi akhirnya akan menjadi sebahagian darah dan daging.
Jadi, mulakan langkah pertama kita itu...dan jangan lupa mulakan dengan 'bismillah' berserta doa dan restu
(p/s: tapi nota ini hanya sesuai ditujukan untuk niat yang baik-baik saja. Kalau komer nak buat kerja yang tak baik tu.... yang bertempek dengan hal nahi mungkar, janganlah pulak nak diadukkan dengan zikir dan tasbih pulak ya. Tak sesuai betul....:-/"



OK...selepas tertangguh beberapa kali, akhirnya dapat juga saya upload gambar sekitar sesi kelas decorating cupcakes yang saya uar-uarkan sebelum ini (tanpa tersirat riak sikitpun ya). Suka saya maklumkan di sini, sebenarnya saya cuma ada kelapangan pada hari bekerja sahaja dan lebih afdal, pada sebelah pagi -- Isnin atau Selasa sahaja. Jadi, selepas saya timbang dan sukat, saya penuhi janji saya kepada beberapa pembaca blog yang email yang juga berkongsi hobi yang sama dengan saya dan sejak sekian lama teringin 'banget...' mau belajar dekorasi.
Tapi....sebelum ini saya sering balas...'Insyaallah' or 'satu hari nanti', tapi tak pernah serius pun memikirkannya sebab saya ada banyak agenda libur-libur. Kejap mahu buat spot check kat Subang Parade, atau breakfast di IKEA, atau berkopi di Uncle Lim or jamu mata di Pastry Pro dan BWY (dengan Shashu ler tu). Kalau ada cerita best, saya ajak Alia tenguk wayang atau pun paling kurang ajak PIC (partner-in-crime) saya datang rumah, makan-makan, hirup kopi sambil chit-chat (tapi bukan gossip tau).


Tapi awal tahun ini, rasanya selepas ranum setahun saya masuk dalam dunia baking ini, terdetiklah di hati saya untuk menjadikan frasa 'satu hari nanti' saya itu kenyataan. Itupun selepas adik saya Nennie dan abang saya minta saya ajar isterinya (merangkap kawan baik saya ketika di sekolah rendah dulu :-) -- merias kek dan cupcakes.


Awal Januari lepas, waktu persekolahan anak saya bertukar -- semuanya sebelah pagi dan saya rasa sunyi sangat rumah ni. Jadi saya rasa sudah bersedialah untuk melapangkan separuh hari saya pada Isnin atau Selasa untuk menerima tetamu (tapi cuma seorang sahaja), yang bersungguh-sungguh mahu memanfaatkan minat mereka merias cupcakes.



Saya faham sangatlah perasaan kita ni apabila sudah di gigit 'cupcakes bug'. Macam orang bercinta juga...tidur tak lena, asyik termimpikan kek kecil dan comel itu.. Jadi saya mulakan dengan 'beginners' dan tak berniat langsung hendak menolak permintaan peserta'intermediate' dan advance student. Cuma, saat ini memang tempatnya terhad -- cuma untuk seorang -- sekali seminggu sahaja). Insayaallah, kalau keadaan semakin selesa, akan saya tukar lagi jadual kelas dan menambah bilangan peserta dan silibusnya ya.
Akhir kalam, bersama-sama ini saya sertakan gambar dari kelas yang sudah dimulakan pada minggu pertama February 09 lalu -- dengan Has, Lily JK, Liza, Nor dan Bella. Ada juga yang segan nak tonjolkan wajah mereka di blog saya ini, jadi saya hormati permintaan mereka.

Ini adalah sebahagian hasil kerja all the beginners. Kalau tengukkan cara mereka sewaktu mula-mula buat bunga ros fondant dan BC serta mengadun rias yang lain tu...memang rasanya macam akan sehari suntuklah kami 'bergelut' dengan krim dan gula manis tu. Tapi, apabila sudah siap, saya rasa lega dan peserta pun tersenyum suka.

Suka hati saya bila terima Nabilah...peserta pertama yang menyahut cabaran realiti saya - mendeko cupcakes bersama JUN....
"....Nanti bila2 dah free jgn lupa bagi resipi for buttercake and also on how to make fondant n buttercream..Tak sabar2 nak try dah ni..hikhik!Lupe lak.. Thnks sbb jadi tok guru sy.. Tunang saya senyum bkn main lebar lagi tgk cupcakes tu..1st cupcakes yang dia makan yang ade tulisan "I love U" tu..Suka katanya.. siap belah dua lagi bentuk love tu..Dia kata tu hati dia.. Sebelah untuk saya kongsi..kelakar pun ade!Yang lain tu semua dia taknak makan lagi..Dia kata cantik sgt!!
Thanks again Kak Jun..
Nanti Jumpa lagi ye..

-Nabilah-



Dan kepada Lily JK juga, terima kasih atas nota manis via email ni...
Kak Jun, Sorry lambat nak tulis e-mail.A BIG thank you for yesterday. Every one at home was impress. Cupcake masih ada tak ada siapa berani nak makan ; katanya sayang sangat. It is still there at the fridge. Kak Jun nanti jangan lupa for the next class ya.

Hikayat sang Putera

Saya memang tak berapa suka ambil order last minute sebab tak mau hidup saya jadi kelam-kabut hanya kerana sebiji kek. Biasanya, kalau saya tahu minggu tu minggu yang busy saya akan rancang betul-betul jadual kerja saya dan plan menu anak-anak lebih awal termasuklah minum petang. Depa suka something diffrent dan so far memang saya suka uli roti, buat karipap dan donut (yang akan saya dingin beku -- untuk kegunaan seminggu sahaja) supaya senang bila anak nak minum petang, bendanya dah ada. Lagipun anak-anak memang suka sangat ketiga-tiga jenis pengganan ni.

Maklumlah budak-budak tengah nak membesar.... memang selera tu sentiasa ada. Saya pulak tak berapa minat nak beli kueh yang digoreng kat tepi jalan tu (sebab saya tak sanggup tenguk minyak recycle yang depa gunakan tu...dah naik hitam legam pun masih diulang pakai berkali-kali. Tambahan pulak tekak Arina & Kasih lain macam sikit -- kalau silap makan jer, tonsil bengkak, merah dan lepas tu demam. Jadi saya kena extra careful.

Caption: saya memang tak pernah menggunakan edible gold shimmer dalam dekorasi saya, tapi demi nak menaikkan seri mahkota yang cuma sebesar kuku tu, saya beli juga sebotol.

Caption: Pakai baju oren ni kononya nenek Aiminlah...dan yang baj biru tu Permaisuri F. Putera Aimin pakai sut kuning tu....maklumlah, pegang anak raja gondang :-))

Makanya, apabila F telefon saya seminggu sebelum harijadi anaknya(last week),untuk menempah kek Istana, saya terima juga dengan senang hati walaupun ini dah termasuk dalam kategori 'order last minute'). Memang saya dah lama berhajat nak buat kek castle ni, sebab tak puas hati dengan percubaan pertama dahulu (rasanya bulan Julai tahun lepas, saya buat untuk birthday Shasha), dan kali ini mahu men cuba teknik lain pula untuk membina istana anak F, Aimin. Jadi, apabila saya semak jadual, dan nampaknya semua ok, maka dapatlah saya selit tempahan kek istana itu.

"Kak Jun boleh tak buat figurin sekali tak? Kak Jun buat tiga figurin. Konon-kononnya figurin tu ialah saya -- emak saya dan Aimin; berdiri depan istana," ujar F lagi dan saya angguk sahaja seorang diri tanda setuju.

Bagi menggubah kek seperti ini, saya memerlukan kek seberat lebih-kurang 3 kg dan fresh fondant yang perlu digunakan pun banyak juga. Saya guna gumpaste untuk balut semua menara Istana dan mengambil masa lebih sehari suntuk untuk menyudahkan final production (dekorasi). Itu pun saya kira cepatlah juga sebab saya sudah siapkan perhiasan renek lain 24 jam lebih awal. Kalau tidak pasti lebih lama lagi saya terperap di dapur. Apa apapun, -- jam empat pagi baru saya tidur!zzzzzzzz

Tuesday, February 17, 2009

Bunga tanda ingatan

Kalau tidak kerana dia, tidaklah saya berada di sana. Kalau tidak kerana didikannya, tidaklah saya kenal lengguk penulisan saya dan kalau tidak kerana dia, mungkin saya hanya akan terus berangan-angan saja untuk melihat nama terukir di dada majalahnya.








Terima kasih KakAni kerana sudi menerima bingkisan ini :-))


Bahagia itu...


....ada di hati saya.

Sunday, February 15, 2009

...lagi episode cinta


'knock! knock!
who's that?
ELL

Elll who?
ell - oh - vee - ie

LOVE

"ANDAI cinta mengetuk pintu hatimu, jangan biarkan si dia
tertunggu-tunggu

terimalah cintanya, andai si dia bersungguh-sungguh mahu berjanji setia"

caption: sebenarnya geme 'knock! knock! ni adalah favourute saya dan Arina dan Kasih. Biasnaya kalau kami bertiga sekereta, mesti main game ni bagi mengelak jemu berkereta berjam-jam.

"Ini sebahagian dekorasi cuppies yang saya buat untuk Azra buat arjuna hatinya bersempena hari berkasih-sayang....! Ok, she wants something cute, romantic, naughty and lovely. Jadi akak hantuk dulu kepala ni kat dinding dua, tiga kali sebab nak bayangkan sikit macam mana rasanya perasaan bila kita diamuk cinta. Terutamanya cinta si orang muda -- yang masih manis bergula-gula. Hemm....malam ni tenguk gambarlah dulu ya. Esok lusa...kalau saya dah tak busy, saya update entry ni lagi. Maklumlah semalam saya tidoq jam empat pagi. Jadi malam ni kena tidur awal...nanti sel-sel kat muka ni lagi cepat mereput....:-))"


Teddy and Tic-Tac-Toe







"till death do us part?" :-))




Thanks Azra for this order


















Saturday, February 14, 2009

cerita cinta, kisah rindu?


"berapa harga cintamu?
sebidang tanah?
sekeping hati?


saya tak ada cinta
untuk dicagari
lagi
yang ada
...cuma cupcakekasih ini."




















"Ha! ha! satu lagi tajuk jiwa-jiwa. Bukannya saya yang sedang berjiwa -- tapi sebab hari ini adalah hari yang banyak dikenang orang sebagai hari berkasih-sayang. Dan, saya juga menggunakan tajuk sungguh emosi itu sebab nak sesuaikan dengan suasanalah kononnya, kerana saya tahu hari ini ada pasangan yang menyambut hari bahagia -- penuh dengan kasih dan sarat dengan sayang yang mengiringi keraian hari ulang tahun; sama ada untuk mengingati detik pertama pertemuan, atau saat pertama melafazkan cinta, atau mungkin juga ulang tahun pertunangan dan juga memperingati tarikh perkahwinan. Dan, sementelah pula, hari ini juga dua kawan baik saya -- Aida dan Aziah, turut meraikan hari bahagia mereka (dan mungkin saat ini sedang meniup lilin ulang tahun perkahwinan masing-masing -- yang ke-20? itu. Jadi wajarlah saya ucapkan Selamat Hari Kasih Sayang -- Happy Anniversary kepada Da.... dan juga Z."

**************

Dan bersama entry ini juga saya ingin mengucapkan 'terima kasih' kepada Kak Ani.
Ya! baru saja awal pagi tadi saya minta tolong Alia dan hubby menghantar bingkisan cupcakes ke rumah bekas editor saya itu (Rohani Pa' Wan Chik) sebab dia nak buat kejutan untuk anak saudaranya, Mona, yang juga menyambut ulang tahun perkahwinanan hari ini.

Seronokkan kalau hidup ini penuh dengan kasih-sayang?
Saya dan hubby memang tak pernah sambutl hari Valentine ni (sebab dia tu spesis tak romantik), tapi tidaklah pulak allegic menyebutnya. Tapi dalam tak romantik tu, tup-tup malam tadi, dalam pukul satu, tiba-tiba dia muncul juga kat dapur dengan gambar
cupcakes saya, yang baru dicetaknya (wah! Siap buat collage guna power point lagi).

"naper tak ridur lagi?"

"kesian you sorang-sorang."
"Alah..takpa (tapi, dalam hati saya, kembanglah sangat sebab dia prihatin juga
dan saya pun sangat teruja melihat collage yang dicetaknya itu).


Sebenarnya saya memang suka spend time sorang-sorang kat ofis saya di ceruk dapuq tu. Memang nikmat sungguh buat kerja bersendirian pada lewat dini yang sunyi, cuma ditemani lagu-lagu sendu. Emh! memang boleh bermelankoli giler ni. Kalau tengah asyik tulis novel cinta, mesti boleh dapat karang sampai 10 bab nih :-))

Dan, walaupun dalam entry sebelum ini saya kata saya
tak ambil order untuk hari V ini...
tapi masih ada order juga dan
saya dengan rasa rendah hati
dan berterima kasih atas kepercayaan diberi,
lantas berjagalah saya hingga jam empat pagi :-))
demi menyiapkan pesana terlewat ini.

Mujurlah saya ditemani lunak suara Leto,
yang mendendangkan lagu Ruang Rindu yang sangat syahdu itu.
Aduh! Sedap sekali...lebih kurang macam ini liriknya,



"...tak pernah ku ragu, dan selalu ku ingat
kerlingan matamu, dan sentuhan hangat
ku saat itu takut, mencari makna
hubungan sayang, sesakkan dada...

kau datang dan pergi, begitu saja
semua ku terima, apa adanya
mata terpejam, dan hati menggumam
di ruang rindu kita bertemu."


YA...di ruang rindu kita bertemu. :-))

Friday, February 13, 2009

erti setia

Kawan
boleh jadi penawar
dan boleh juga menjadi racun
tapi apapun kesudahan sebuah perhubungan
adalah bergantung kepada diri kita juga.

"Kalau hendak mencari kawan,
ingatlah kebaikan mereka,
kalau hendak buat musuh,
ingat saja keburukan dan kejelikan mereka."

Tapi...sebelum kita membuat keputusan...
perlu kita telek diri sendiri
adakah kita serba sempurna
maksum seperti nabi?
jadi kalau kita sendiri was-was
apa kata kita lupakan saja hal yang lepas.

Pada usia begini
saya lebih menghargai setiap persahabatan
baru dan lama, semuanya berharga
apalagi teman yang dah berpuluh tahun kenal
rasa-rasanya hubungan lebih kental,
sering saya terkenang saat manis bersama mereka
dan juga suka-duka bersedih cita
memang ada tergigit lidah
mungkin ada hati yang berdarah.
Tetapi fitrah saya ni lain sekali
sesudah hilang geram dan kembali sejuk hati
saya tidak lagi mahu ingat yang jelik dan keji
saya kenang kebaikan yang ada
saya ingat gurau-senda yang pernah melata
dan kerana itu
rindu-rinduan kembali menyapa
dan saat ini saya mahu mengucapkan salam
dan bertanya khabar
buat semua sahabat, kawan dan teman.

Terutama yang sama-sama satu uni dahulu
(Nisa, Jasni, Achik. Lina Anje, Fariza di Melaka, Jah, Jenny, Nina, Abby Fana, Shikin, Linda, Baya dan Azi).
dan juga bekas wartawan Jelita,
(Kak Ani, Lily Haslina, Bariah, Zunairah, Suraiya, Akma, Haizan,
Chah, Azie, Kak Sham, Kak Maizam, Laila, Fiza dan Iza)
banyak kenangan indah bersama
yang hingga kini
masih awet, masih manis
bersira...

JUN
Jumaat yang berkat
Taman Rahsia
(To all my bestfriends...thanks for all your support and lovely words. Nanti kita upload gambar korang yer...yang ini masuk dulu sebab dah memang ada dalam folder).

Caption: Kenangan manis dengan Radzuan Radziwil, kawan yang masih tak lupa siapa saya, sering sms bertanya khabar dan juga Amy Leela Chandran (adik Bernard Chandran) yang masih manja macam dulu. Gambar ini diambil di Rome ketika kami buat shooting fesyen di sana, 13 tahun lalu)

Satu lagi kawan setia, Zie, yang saya kenal masa di tingkatan enam di TKC. Selepas lebih 20 tahun berlalu, kami masih bermanja-manjaan dan sekarang best lagi sebab Z dah pindah dekat rumah saya,cuma 2 minit berjalan kaki..muah muah Z

Ini lah Intan yang ajak saya pi menari gelek tu...masih suka serbu-serbu saya...datang menangis di bahu ini tak kira siang ke atau dini hari. Dan kalau saya tengah bengang....nak pecah dada...Intan mesti sanggup mendengar segala geram dan ketap bibir saya....muah muah!

Monday, February 9, 2009

Meck! meck!

SAAT telefon saya berdering, berulang-kali, saya masih saja terlongo menonton sinetron sementara menunggu hujan teduh. Saya ada rencana hebat petang itu, tetapi selepas selesai berbual dengan Syikin di telefon, saya jadi tergumam.

Macam mana boleh terlupa sampai macam itu sekali? Nampak beno udah tuanya....!
Hem...untung saya tidak pergi menurut Intan yang sudah berulangkali mengajak saya pergi melihatnya menari gelek. Hi! hi!

"Jomlah kak Jun. Jomlah...mesti kak Jun suka," rengek si Intan.

"Tak payahlah Intan! Tak cantik langsunglah hendak bergelek...hi hi."

(Lebih baik gelek fondant kan...kan?)




Dan...selepas berjanji-janjian dengan Intan (yang saya akan jenguk juga tempat dia berlatih menarik gelek tu satu hari nantu), saya cepat-cepat semak balik mailbox satu-persatu. Macam mana saya boleh overlook yang ini? Hem...selepas diulang 3, 4 kali, barulah saya terperasan nama Syikin...yang minta cake Pingu untuk anak lelakinya yang memang suka sangat dengan kartun penguin yang comel dan sering menjerit 'Meck! Meck!' itu .


Dan seperti dijanjikan...saya segera menghubungi Syikin semula dan mengatakan 'ok'. Dan Sabtu yang tenang itu saya habiskan dengan bermain dengan kartun-kartun comel itu dan selesai semuanya menjelang azan maghrib. Suka hati saya apabila Syikin mengirim sms...anaknya suka dengan Pingu saya.


Alhamdulillah.

Sunday, February 8, 2009

Dapat Award!

Sebelum tidur, saya update lagi blog ni dengan award yang saya terima dari Mas... http://masz73.blogspot.com/


Terharu sungguhlah pulak bila dapat award ni, nak bagi speech panjang-panjang pun mata dah nak lelap sangat ni. Maklumlah, hari ni awal pagi dah pi tenguk ekspo usahawan kat PWTC. Hajat nak mencari benda-benda yang menarik hati, tapi banyak sangat gerai jual herba dan tonikkuat saja. Cepat-cepatlah saya ajak hubby balik sebab teringat kerja berlambak kat rumah tu dan jemputan orang kawin pun berderet-deret. Berbalik hal award ni, Kak Jun ucapkan terima kasih banyak-banyaklah Mas. terharu sangat ni tap dan akan kak jun abadikan kat blog ni forever. MUAH MUAH

.....zzzzz!

Puspa Puspa

Sibuk dengan daily routine hingga tertangguh beberapa kali untuk upload
koleksi toppers terkini saya untuk cupakes yang saya panggil siri Puspa Puspa ini (puspa bermaksud bunga).
Saya buat toppers ini khusus untuk some one special :-))

*****************
Tips:
Di sekeliling kita ada banyak benda cantik atau yang boleh kita
lihat sebagai 'cantik'.

Abadikan keindahan itu dalam bentuk apa juga.
Saya memilih untuk mencantikkan toppers cupcakes saya dan
walaupun rumit membuatnya...tapi itu yang saya suka sebab
sangat ralit dan sangat menyeronokkan.

:-))

p/s: Selamat berhari minggu dan hari saya akan kembali menjengah blog ini selepas kembali dari
KL petang nanti ok.






Saturday, February 7, 2009

Cerita Cinta

Selamat berkasih-sayang.
Cupcakekasih tidak ada acara khusus for VDAY
dan tidak juga menyambutnya
dan tidak juga ambil sebarang order
:-))

MUAHHHHH!


Friday, February 6, 2009

Bahagia itu Milik Mereka



...berdua!

.
'Hmm...tersenyum sungging `si dewa cinta', sebaik sahaja tok kadi selesai mengucap akad dan kedengaran saksi mengesahkan sumpah keramat'

*********
"ADA pasangan menunggu bertahun-tahun,
tetapi penghujung indah bagi kisah-kasih mereka tetap tidak datang berkunjung!
NAMUN,
bagi Razaemin dan Ain,
citra cinta mereka lain.

Lembaran baru 2009 menjanjikan bahagia
dan gambar ini menjadi buktinya.
Hajat Razaemin hendak menjabat tangan
tok kadi ternyata bukan hanya mimpi
kerana kini gelaran Ain sebagai tunang sudah pun bertukar kepada 'isteri'.
Tenguklah tu....siap pandang-pandang, jeling-jeling lagi.
Bahagia kini sah milik mereka,
semoga kekal dan abadi.


Terima kasih juga diucapkan kepada pasangan sejoli ini
-- yang pastinya masih
sarat disira manisnya bulan madu;
tetapi masih ingat kepda kak Jun dan sudi pula mengirimkan
gambar detik bersejarah mereka.
"Tersenyum lebar kak Jun, apabila terpandang nama
Ain di peti surat maya & segera
kak Jun photoshopkan untuk tatapan semua".
Jika ada pembaca yang tak tahu hujung pangkal duduk cerita mereka....

hah! klik saja di sini ya!
Kisah Si Dewa cinta

Thursday, February 5, 2009

...*#!?%$#@

caption: pasar Ramadhan 2008...sangat hidup dan sangat meriah

itulah yang saya rasakan saat ini.
berita di televisyen semalam membuatkan saya benar-benar tergumam
saya anak jati Perak
lahir di Kuala Kangsar
sangat cintakan kampung saya...
Kota Lama Kiri.
dan apa yang berlaku di bumi bertuah itu
membuatkan saya benar-benar
marah,
geram,
keciwa dan
tak percaya

Tuesday, February 3, 2009

Agenda Lewat Senggang Petang...

Seronok bermain fondant sementara menanti hujan teduh. Idea tiba-tiba datang dan sejoli burung cinta ini pun tercipta!


Rindu itu
datangnya sesuka hati
mengocak tenang
yang menghuni
di sudut bosan ini

dan
rindu itu
masih datang juga
dengan wajah yang satu itu
yang aku sangka sudah lama 'mati'
namun dalam samar
dia tetap memerhati

dan

akupun menjadi sangat benci
kepada diri ini....


*#?^@ !!!


Monday, February 2, 2009

Entry Kenangan Part 2



Oleh kerana saya tidak tahan melihat betapa cantiknya novelty cake,
saya telah memberanikan diri untuk meriaskan ke harijadi
untuk adik Elisa dengan tema
Winnie The Pooh and friends (bukan Winne the Puh-Uh). Selepas menyiapkan cake ini, saya menjadi sangat-sangat yakin
untuk merias ke bertema cute-cute macam ni :-)
p/s: Terima kasih kepada yang mengirim email untuk belajar decorating cupcakes. Saya dah balas sebahagian dan yang lain-lain tu saya akan beri date ok. Only 4 lessons saja untuk Feb. Thanks again.
(Saya mengalami sindrom separuh gila semasa hendak mencari kelas merias cupcake lewat setahun lalu. Bill telefon saja sudah cukup untuk beli sebiji laptop, tapi demi memenuhi hajat hati saya -- sesuai dengan selera saya ini yang sangat rencam, jadi saya usahakan juga. Dan kerana itulah saya bersedia mengadakan kelas untuk mereka yang benar-benar mahu belajar dan bukan sekadar mahu sourcing price and posibility lain sebab saya tak larat nak balas semua email tu satu persatu. It took me forever....kalau nak jawab semua. Itulah hakikatnya. Maaf ya...... dan terima kasih)

Sunday, February 1, 2009

entry Kenangan (part 1)

TERLANJUR saya masih banyak masa senggang, jadi saya update lagi blog ni sebab by next week ada banyak agenda lain pulak. Lagipun satu hari mengadap homework budak-budak tu, rasa penat sungguh and I really need a break. Inilah terapi yang paling mujarab (Malas nak layan kerenah depa yang asyik berebut control Astro :-)), lepas tu depa kerja bukak peti ais dekat nak 10 kali seorang. Tup-tap-tup-tap...entah apa yang depa cari saya pun tak tahu. Tapi saya buat muka bodoh saja).
Berbalik kepada tajuk entry ni -- Entry Kenangan (part 1) maknanya saya nak masukkan saja apa-apa bahan yang ada dalam laptop saya ni sebelum saya pi hantar servis esok. Saya dah tak larat dah nak burn n simpan gambar dalam CD, dan bila nak buat reference, jenuh mencarinya semula satu persatu, buang masa sungguh!
Jadi, saya nak simpan secara maya saja (esp. semua gambar cake dan cupcakes yang saya buat sepanjang tahun lepas, tapi yang sebelum ini tidak terpilih untuk masuk ke laman utama. Tambah-tambah pulak, saya baru saja dapat upload semula Picasa (http://www.picasa.com/), jadi mudahlah saya nak editing gambar dan simpan scara pukal ( p/s: Gee harap you happy dengan entry ini ok. Simpan gambar ni elok-elok tau and kita discuss yg lain esok).

Ini semua adalah cupcakes yang saya buat untuk Marsha Dania.