Kalau ada mulut, mesti my fondant and gumpaste kat bawah tu menjerit-jerit marah sebab I just left my working table unattended. Ini semua gara-gara nak curi masa uploading pictures and updating my blog. Ada banyak gambar yang belum di upload and rasa sayang sangat kalau I don't finish this batch quickly semakin lamalah gambar ni terperam. Yesterday was really a busy day for me because masih ada dua anak kecil yang perlu dihantar ke sekolah. Nana yang gebu tu dah masuk darjah tiga and Kasih yang suka meleseh macam Persian cat tu dah masuk 2nd grade kindy. Mujurlah rumah dekat dengan sekolah, just 5 minute walk, jadi tak perlu ler nak berlawan dengan traffic jam yang memang dahsyat sangat tu. My routine in the morning pun berubah...pagi lagi I dah macam 'makcik Kiah' , buat breakfast. Sorang nak nugget, sorang nak bun, and sorang lagi nak cucur manis. Cuma Adam my only son je yang tak kisah....belasah jer apa yang dihidangkan kat dining table tu. But, apapun kerenah depa, saya rasa bersyukurlah sebab:
* anak semua sihat
* suami pun sihat
* bila celik mata kita masih bernyawa dan sihat.
* suami pun sihat (hati pun nampak macam tetap cinta teguh kat wife dia ni...hi hi)
* rumah pun dalam keadaan sejahtera
* ikan koi semua berenang elok jer...sihatlah tu
* 6 ekor hamsters tu pun sihat n bertambah gummuk.
* maid pun sihat dan tak ada tanda-tanda dia nak buat perangai ker, mengelat ker.Alhamdulillah (jangan ler ko buat perangai Nartik...mati akak nak adun sorang rumah ni. Nanti kurus pulak macam tahun lepas...)
dan yang paling penting sekali, kita semua masih selamat kat bumi bertuah Malaysia ni.Jadi, moralnya, jangan banyak merungutlah kalau semalam dan hari ini kita terlebih penat sebab rutin berubah bila anak semua masuk sekolah. Jangan juga bengkak hati jika hubby tak dapat cuti and kita yang kena pergi beratur kat sekolah tu sorang-sorang (sebab kononnya hubby ada meeting penting kat ofis). Kita bersyukur sajalah sebab:
* sekurang-kurangnya kita masih ada peluang hantar anak ke sekolah (tak macam emak-emak di Palestine tu, jangan nak hantar anak ke sekolah...nak hantar ke hospital pun tak boleh!)
* hubby terpaksa meeting sebab nak jadi lebih pro-active to the co, kalau tidak susah ler sebab tahun ni ekonomi sangat-sangatlah gawat.
*...dan yang paling penting sekali....kita semua masih busy, menandakan kita semua ni masih sihat, waras, masih diperlukan dan masih dirahmati Allah dengan semua kesibukkan ini. Kalau tidak boleh mati semangat dibuatnya, rasa terpinggir, macam disisih dan last-last berkarat sorang-sorang -- menung sana-sini tanpa tujuan.
Jadi, dengan rasa senang hati walaupun busy, saya nak share resipi roti gebu tembam saya, yang sejak akhir-akhir ni sangat diminati anak-anak & hubby. Saya dah belajar dua, tiga jenis roti dari Mr. hau, tapi inilah resepi yang sangat senang dibuat dan memang dijamin sedap dan gebu (lebih gebu lagi dari bun KFC).
Ingredients
A
330 g high protein flour
1/2 tsp salt
1 1/2 tbsp milk powder
60 g castor sugar
B
1 egg (grade A)
C
120 ml water (anggaran 1/2 mug)
11 g dry yeast (brand Mauripan paling senang dicari)
D
40 g butter
Method
1. Boleh uli tangan atau mesin.
2. campur semua bahan A, sebatikan.
3. Pecah telur dan sebatikan lagi.
4. Masukkan yeast, sebatikan lagi.
5. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sebati dan teksturenya kemas (tapi masa ni masih melekit-lekit lagi).
6. Akhir sekali masukkan butter dan uli lagi (kalau pakai mixer, doh akan jad sebati, lembut dan bila ditarik (ambil seketul besar golf ball and tarik) doh tak carik.
* kalau uli pakai tangan, doh langsung tak melekat dah kat jari and papan uli.
7. Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan doh mengembang double its size. Kalau boleh biarkan di tempat panas, lagi ia cepat mengembang.
8. Maybe selepas 40 minit, doh dah kembang, uli sekali lagi dan bentukkkan seperti bola dan susun atas dulang pembakar bergris. Biarkan doh kembang sekali lagi (dalam 40 minit).
9. Bakar 10 minit, 180 darjah
Nota:
1. boleh sapu telur dan tabur bijan.
2. boleh isi inti kaya dll.
Setakat ini dulu. Saya akan edit n update lagi entry ni. Got to go now....