RUTIN saya setiap hari sama saja. Sebaik sahaja terdengar azan Subuh, mata ini tidak boleh lelap semula. Walaupun tidur selewat mana sekali pun, saya tetap akan celik -- secelik-celikbnya. Dan, biasanya tangan ini automatik mencapai handphone di cabinet sebelah katil untuk check email. Memang macam-macam berita yang 'menyambut' hari saya....dan kebanyakkannya pastilah berkisar hal kek -- sama ada nak bertanya mengenai kelas, tempahan atau pun sekadar teman bloggers yang bertanya khabar.
Apa pun, email pertama yang saya baca pagi ini memang membuatkan saya terkedu. Mata yang masih kelat-kelat dek sisa mengantuk yang tak kebah, terus terbeliak.
"Salam K Jun boleh tk sy mtk tangguh kelas suami sy meninggal dunia siang tadi. Terima kasih. Shikin."
sent from my iPhone
Lama saya terdiam. Baru dua hari lepas kami berjanjian untuk bertemu lagi...demi melanjutkan impian Shikin yang mahu menyambung kelas dekorasi. Sebenarnya, sebelum puasa tempuh hari, Shikin pernah mampir ke rumah saya kerana mempelajari teknik asas merias cupcakes dan kali ini dia mahu belajar dekorasi kek pengantin pula.
Shikin, takziah dear. Tak terkata Kak Jun saat membaca email Shikin. Hajat hati mahu menelefon sahaja, tapi rasa-rasanya masa tidak sesuai langsung. Jadi, saya kirim Al-Fatihah sahaja buat suami Shikin yang baru 'pergi'. Saya tak mahu menulis lebih lanjut lagi kerana sangat terasa dengan insiden ini.
Innalillahi-wainnailahi-rojiun
Jun
Cupcakekasih, Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment