...cerita hujan (bingkisan ke-2)

mega berarak membawa mendung
luruh hujan di hujung tanjung
...duka yang berladung-ladung
pun meresap ke seluruh urat dan jantung

hujan
datang bersama angin
pergi meninggalkan dingin

...dan bayu yang ku tunggu pun
enggan singgah lagi di situ.

JUN
Taman Rahsia
Subang Jaya

PENGUMUMAN KELAS DEKORASI

HORMATI AZAN
(DIAM KETIKA AZAN BERKUMANDANG)
MASA ITU EMAS


Kelas Dekorasi cupcakes (beginners) akan berlangsung pada
:

* 12 Disember 2009 (SABTU)*
* TEMPAT: SUBANG JAYA

* Jika berminat sila, email maklumat berikut kepada:


kasihroslan@yahoo.com
- nama
- alamat
- age
- No: telefon


* SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UTK MENDAPAT KETERANGAN LANJUT MENGENAI KELAS DEKORASI YANG DIANJURKAN.

* KELAS DEKORASI WEDDING CAKE, HAND BAG CAKES ATAU NOVELTY CAKES YANG SAYA ANJURKAN INI ADALAH UTK BEGINNERS SHJ.







SALAM SEMUA

Kepada semua yang berminat untuk menyertai kelas dekorasi dalam bulan Disember 09, sila email detail anda kepada:

kasihroslan@yahoo.com

Saya akan balas emails dalam tempuh 48 jam, Insyaallah.

*Hari ini sampai Ahad sangat sibuk, jadi kalau masih ada yang tidak mendapat balasan email dari saya, harap maaf ya.


JUN


DECORATING CUPCAKES FOR BEGINNERS

WEDDING CAKE DECORATION CLASS

WEDDING CAKE DECORATION CLASS
Sila email saya untuk mendapatkan jadual kelas untuk dekorasi kek pengantin ini.

KELAS DEKORASI HANDBAG

KELAS DEKORASI HANDBAG
Sila email saya untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kelas dekorasi handbag.

TEMPAHAN

TEMPAHAN
Sila email tempahan anda kepada kasihroslan@yahoo.com untuk mendapatkan quotation kek dan cupcakes yang dihajati. Sila sertakan juga maklumat berikut: nama, no hp, pick-up date, jenis tempahan (cake/cupcakes), tema dekorasi, warna, quantity dan budget. Usulkan tempahan anda sekurang-kurangnya sebulan lebih awal ya. TQ

puspa puspa

Thursday, November 12, 2009

Kek Epal dari Syurga...+ bonus lagi...



SALAM pagi Jumaat semua. Dingin pagi macam ni, memang seronok duduk dalam bilik ni memerap sambil layan FB + blog + Internet. Since dua hari lepas sibuk sikit, jadi tak ler rasa guilty berlama-lama depan PC kali ini. Tambahan pulak saya sudah berjanji hendak beri bonus 'Kek Epal Dari Syurga' tu...jadi saya mesti lunasinya hari ini juga.


Sebenarnya semalam saya dah nak taip resepi ni. Tapi our beautiful diva tu...Rozita Che Wan tu sms...

`kak Jun, cupcakes ada tak. Nak malam ni juga'

Saya kerut kening. Malas nak sms macam ni....saya call jer dia.




"Ita ni kak Jun"





"He he Ka Jun."



"La...kenapa last minute sangat ni?"



"Tu la...anak saya ni...baru cakap. Nak bawak pi sekolah esok."



"Oh...! Nak banyak mana? Deko apa?"



"Ala...macam biasa jer kak Jun. Yang macam saya selalu order tu....xx puluh biji. Ok ke?"



"Oh! Kalau macam biasa tu bolehlah. Nanti dah siap kak Jun call."



"Ok... xxxxxx kak Jun."



"Eh! Ita, filem Balan-balan bila nak tayang? Dah siap ker?"



"Dah...dah nak tayang dah. Nanti saya bagi tiket preview ya."



"Preview? Tenguklah. Nanti dah siap CC kak Jun call k!"



"Okay. Saya shooting malam ni."



"Okay."



Dan, saya pun lepak-lepak dulu sebab baru 6.00 pm. Siti yang baru habis buat dekorasi cupakes terakhirnya itu pun baru nak jamah pasta yang Alia buat. Siti ni IT staff kat opis our PM. BZ sokmo Siti ni....24/7 i....tapi sebab minat, dia sanggup ambil cuti untuk belajar buat dekorasi cupcakes.


"Ada masa ker Siti nak deko cupcake ni?"
"Entah ler akak. Tapi Siti nak buat bilik khas macam akak ni. Khusus utk main-main dekorasi...buat fondant. Seronok buat ni..boleh release tension...:-))"


Menghampiri maghrib, selepas hujan teduh, Siti pun pulang. Selepas solat magrib, saya godak cupcakes coklat. Mujur Rozita minta set biasa. Maknanya dia nak cupcakes tanpa dekorasi...tanpa ganache atau buttercream. Plain saja. Dia selalu order...terutama bila nak makan yang panas-panas. Baru keluar oven gitu.


Tak susah buat cupcakes coklat saya ni. Semua bahan ada...dan selepas sejam semua siap. Saya text Rozita dan lepas tu melepak dengan anak-anak dan cik suami. Itulah aktiviti kami setiap malam...sambil tenguk Astro...(la ni tengah seronok cerita Sakaratul Maut, ARUNA 121....memang sesuai sangat kalau terasa nak cepat bertaubat ...insaf ), dan main-main games kat FB + layan blog.


Dalam jam 10 lebih, phone ting ting lagi...sms dari Rozita.
Kak Jun....driver saya on the way.


Dek kerana masa tu saya dah penat dan nak tidur, saya suruh Adam saja tunggu driver RCW di pagar. Awal pagi tadi, baru pegang HP balik dan ada mesej RCW. 'Sedap'


:-))


Thanks Rozita....


Dan thanks to you all juga sebab sudi baca blog saya. Dan hari ini mari kita sama-sama ke syurga ya....dengan menikmati kek yang sangat sedap ini...



KEK EPAL DARI SYURGA
sumber: Alex Goh

Bahan-bahannya


Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt (saya guna krim masam sahaja)

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.



SUP TULANG RUSUK
RESEPI KEGEMARAN SEKELUARGA


Okay...kalau betul-betul mahu ke syurga tingkat 7, combine hidangan kek epal tu dengan sup ekor ni. Saya tak bagi nama pun...jadi, kita panggil jer sup tulang rusuk. Sebenarnya, kalau masak sup tulang ni, saya suka campur macam-macam....macam stew gitu. Ala-ala macam sup kat Dave's Deli tu kan. Jadi sapa nak cuba, ini resepinya.



Bahan-bahannya:

Bahan A
Sekilo tulang lembu (mana-mana bahagian pun tak apa)
Segenggam tetel (daging berlemak)
4 biji bawang besar
Rebus sampai separuh lembut

Bahan B
Minyak untuk menumis

Bahan C
8 ulas bawang merah sederhana besar
6 ulas bawang putih
2 inci kulit kayu manis
sedikit halba
sedikit bunga lawang
sedikit lada putih

Bahan D
Air secukupnya

Bahan E
*Seleri
* Kentang
* Lobak merah
4 biji bawang besar dibelah 4.
- kalau nak rasa macam bau gorengan, semua bahan ni digoreng separuh masak...agak-agak wangi, angkat. Guna minyak sikit saja, asal tak melekat dikuali.

(* jumlahnya ikut suka hati sendiri)

Bahan F

Segenggam bawang merah (disangai garing)
Seikat daun sup
garam secukupnya

Cara Membuatnya:-
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan C sampai wangi.
3. Masukkan air anggaran dua cawan dahulu. Biar menggelegak.
4. Masukkan tulang dan tetel rebusan tadi. Rebus seketika.
5. Masukkan bahan E, rebus sampai empuk.
6. Pipiskan sedikit garam dan sendukkan dalam bekas tahan hangat.
7. Baru ditaburkan bawang goreng + daun sup.

Setakat ini saja sebab hari pun dah tinggi dan saya nak tunaikan hajat membuat kek keju resepi terkini.

muah muah

p/s:....kepada semua peserta kelas dekorasi esok, jumpa jam 10 pagi ya!

7 comments:

Cahaya Kekasih said...

kak..sultana tu apa?

nina mazda said...

memang minat tengok kak June masak macam2, sedap je semua. nanti kena try ni.

kalau rajin, kak june masukkan lah resepi carrot cupcake tu, sedap sangat, satu family nina suka.

M-O-M said...

Kak Jun, mmg sedap kek epal syurga akak tu!!!

cupcakekasih said...

dinda cahaya...sultana tu kismis...pergi beli sekarang juga...buat kek tu tau.

cupcakekasih said...

nina mazda

NIna dah cantik....kalau pandai masak lagi cantik...apa lagi kalau guna resepi kak JUN LOL LOL LOL

cupcakekasih said...

MOM
terima kasih daun keladi,...nanti puji lagi, Kembang semangkuk kita weh!

Cahaya Kekasih said...

ala...x bpe makan sangat kismis ni...x letak pun xpe la camtu kan? heheh....


ala kak...mood baking ilang da...mufin smlm x memuaskan...tu la selalu wat kecik2...ni wat besar2 lak...lain da rupanye..huhu..tension2..

CUPCAKES BY JUN

CUPCAKES BY JUN
Lovely creations, suitable for Hantaran

Tahniah Aisyah

Tahniah Aisyah
aishah: salam kak jun. Thanx for the cake. Memang cantik and sangat sedap esp part bawah kek. Haha. Tengkiu so much kak jun!!!

Saat Yang Bahagia....

Saat Yang Bahagia....
...doa semoga cinta ini dilingkungi bahagia sahaja!

Kawan Kasih

Kasih Suka Ni

Lipur Lara Kasih

About This Blog

Cupcakekasih in CLEO

BUNGA

BUNGA

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP