KELAS DEKORASI

KELAS DEKORASI

KELAS DEKORASI CUPCAKES

KELAS DEKORASI CUPCAKES
Email kepada kasihroslan@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

HANDBAG CAKE FOR U

HANDBAG CAKE FOR U

Tuesday, November 10, 2009

Jom ke Syurga....(edited version)

...di mana?


Di taman rahsia saya...rumah batu, berpagar kayu....itulah dia...rumah ku syurgaku :-))

captions: Inilah juadah makan pagi kami Ahad lalu. Kenyang sampai ke petang....!



Sebenarnya, dah lama saya berhajat nak masukkan gambar ni dan juga resepinya. Tapi, dek kerana saya selalu sangat terikat dengan agenda yang sudah terjadual, makanya, hajat ini saya kepam saja dalam hati. Dan, hari ini, saya curi masa sikit... (sebelum ke IKEA dan Harvey Norman petang ni...oh! sukernya hati ku), untuk menaip resepi ini...sambil mendengar lagu merdu, halwa telinga nan merdu, yang diputar Abby Fana.


Memang seronok mengadap komputer sambil dengar lagu....terutamanya dari stesen Sinar. Saya suka lagu-lagu lama sebab setiap lagu tu ada kenangan di sebaliknya. Ada waktu kecil waktu tinggal di Pahang, masa sekolah Menengah kat Shah Alam & Klang, masa di TKC dan yang paling menjeruk hati ialah masa kat universiti. Kalau dengar lagu-lagu kenangan ni di tengah malam yang sunyi sepi, huh lagi dahsyat penangannya. Mau menitik air mata kita dibuatnya .kalau kebetulan lagu itu terkait dengan episod duka. Mulalah hati berkata-kata...



Saat ini......waktu saya tengah menaip resepi ni; si Zainal Abidin tengah mendendangkan lagu Cinta Lama. Hem...terbayang sekejap muka-muka all the Xs (wah...plural lagi ya...LOL) Tapi melakoli hati ni tak dapat berlama-lama di jiwa sebab waktunya tak sesuai. Dah rembang ....dekat pukul 12 tengah hari. Ditambah pula dengan gangguan bunyi sumbang kat luar tu. -- laungan surat khabar lama ler....tilam lama tukar baru ler.....hon posmen....enjin lori sampah -- urgh!! Habis detik indah kita...jadi kembalilah saya ke alam nyata.


Ok, berbalik ke agenda asal saya tadi, di sini saya mau kongsi resepi. kegemaran keluarga saya. Biasanya saya akan ambil gambar juadah da Bomb yang saya sediakan ni ke dalam Facebook. Kesian juga kawan-kawan FB tu....asyik tenguk saya gambar jer. Telan air liur saja. Ada yang sms....kak jun nak kek tu, kek ni. Memang hajat hati tu nak ajak kengkawan datang menjamu selera...buat pesta kek. Tapi, tak tau bila. Tapi orang kata, kalau benda yang baik tu, walau hanya niat .... dah dapat pahala. Betul tak?



Makanya, sementara menunggu undangan rasmi saya itu mengetuk inbox email, ambil resepi dulu. Semua resepi ini bukan original saya punya...tapi saya ambil dari buku resepi dan Internet. Dah lama dah saya kumpul. Dah saya cuba...dan menjadi. Rasa pun sangat sedap. Kalau takpercaya...tanya saya :-))






Resepi pertama ialah Blueberry Cheese Cake. Ini percubaan pertama, jadi tidaklah sempurna sangat. Saya tabur kat atas kek tu blueberry kaling (dalam tin) sahaja. Next time nak cuba yang bersirap pulak. Gambar pun tak berapa cantik untuk semua juadah ini sebab setiap kali hidangan dah siap, Arina dan Kasih tak sabar nak menjamahnya. Jadi saya ambil gambar lebih kurang saja.



RESEPI 1



Blueberry Cheese Cake


BAHAN A

Sediakan sekeping kek span (size 8.5" atau 9"/ bulat. Hiris setebal 1.5" atau 2")

BAHAN B
500 g cream cheese
110 g gula castor


BAHAN C
40 g tepung gandum

BAHAN D

3 telur kuning
1 biji telur

BAHAN E

400 ml krim masam

BAHAN F
3 telur putih
75 g gula castor

BAHAN G
30 g tepung jagung


BAHAN H
350 g blueberry pie filling


CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul krim keju dengan gula sampai lembut dan sebati dengan electric mixer.
2. Kemudian tambah tepung gandum. Kaup dan balikkan dengan sudip kayu saja.
3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sampai kembang dan lembut.
4. Masukkan krim masam. Gaul sebati.
5. Pukul Bahan F sampai kembang dan ringan.
6. Masukkan dalam adunan krim keju tadi.
7. Sediakan tin pembakar, grease dan lapik dengan kertas minyak.
8. Letak selapisan kek span ke dalam tin pembakar.
9. Kemudian tuang sebahagian adunan krim keju tadi. Kemudian taburkan dengan blueberry dengan kadar sesedap rasa. Kemudian tuang lebihan adunan krim keju tadi.
10. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dahulu, pada suhu 150 darjah, selama 90 minit.
11. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk, baru masukkan dalam peti sejuk. Biarkan semalaman.
12. Keluarkan dari oven dan hias sesuka hati.





RESEPI 2


Roti Lemak Manis Sosej

BASIC SWEET BUN DOUGH


Bahan A

330 g high protein flour
1 1/2 tbs susu tepung
60 g gula castor
1/2 tsp garam


BAHAN B
1 biji telur (grade A) * saya belasah jer grade B

BAHAN C
120 ml air kosong + 10 g instant yeast (kering) * campurkan kedua-dua bahan ini.


BAHAN D
40 g mentega


CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan semua bahan A dalam mixer. Pukul sedikit, sebelum masukkan bahan B dan C. Uli sampai sebati (lebih kurang 5 minit).
2. Masukkan bahan D.
3. Uli sebati lagi untuk lebih-kurang 5 minit.
4. Kemudian tutup mangkuk mixer dengan kain lembap supaya doh dapat direhatkan sampai kembang dan naik. Seelok-eloknya letak di tempat panas dan berkuap (misalnya kat atas bumbung kereta yang tengah panas terik tu), supaya doh roti cepat naik.
5. Bila dah lembut dan kembang, bentuk doh menjadi rupa gaya roti yang kita sukai.
6. Teknik untuk buat Roti Lemak Manis Sosej sudah pun saya tunjukkan dalam gamabr tu. Pembaca adjust sendiri ikut kesesuaian rasa dan idea ya.



Resepi 3
Ayam Panggang Dari Syurga
(nanti saya bagi resepinya...malam nanti ke. Ni nak pi jamu mata kat IKEA jap)

Sebenarnya, membuat ayam panggang ni sangat senang. Saya tergerak hati hendak membuatnya selepas menonton rancangan MarthaStewart tu. Eh! ideanya mudah benor...kita cuma perlu ada ayam dan oven. Lepas tu yang lain tu ikut suka hati emak kita ler. Nak lumur ayam dengan rempah rendang ke, rempah black pepper atau sekadar taruk garam dengan kunyit saja pun jadi. Apa yang penting.....mesti ada ayam. Kalau pakai kambing, kita tukar tajuknya jadi Kambing Panggang Dari Syurga. Kalau gajah, kita tukar nama resepi ni jadi Gajah Panggang dari Syurga. Apapun daging nak dipakai....kat hujung tu mesti ada perkataan 'syurga'. Satu, lagi, ayamnya mesti muda...bukan ayam pencen. Jadi untuk resepi Ayam Panggang Dari Syurga.

Bahan-bahannya:

BAHAN A
Ayam (biar gummuk dan gebu. Beli yang besar, bukannya kurus atau yang dah pencen)


BAHAN B
3 tsp butter
3 tbs sos tiram


BAHAN C
4 ketul ubi kentang
1 cili benggala
4 biji bawang besar
Segenggam baby tomato

CARA MEMBUATNYA
1. Ayam dibersihkan. Keluarkan isi perutnya.
2. Sapu atau lumur seluruh badan ayam dengan butter.
3. Kemudian lumur pula dengan sos tiram pada seluruh badan ayam termasuk dalam lubang perut ayam itu juga.
4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit (tapi lebih sedap kalau sejam lebih).
5. Kemudian setengah bahan C dalam perut ayam dan sebahagian lagi disusun di keliling ayam.
6. Panaskan oven 190 darjah selsius (>< style="font-style: italic;"> butter sekali lagi ke seluruh body ayam. Boleh juga di sapu madu dan dipipiskan dengan lada putih, sesedap rasa.


Resepi 4
Cheese Cake Seri Sira Pic


sumber: Alex Goh


BAHAN 1
Span Kek, setebal 1" sahaja dan saiz 9"


BAHAN 2
500 g cream cheese
50 g gula castor
50 g butter


BAHAN 3
50 g tepung gandum


BAHAN 4
1 biji telur
3 kuning telur


BAHAN 5
150 yogurt


BAHAN 6
3 putih telur
70 g gula castor
sedikit garam


BAHAN 7
300 g pic (saya guna yang kaling (tin) sahaja).

CARA MEMBUATNYA
1. Sapu loyang dengan butter atau majerin, lapik denga kertas minyak.
2. Masukkan selapis kek span tadi.
3. Pukul bahan 2.
4. Masukkan bahan 3 sedikit demi sedikit, kaup dengan sudip kayu.
5. Masukkan bahan 4 dan pukul sebati.
6. Masukkan yogurt.
7. Dalam bekas lain, pukul bahan 6 sampai kembang, gebu dan firm.
8. Tuang dalam adunan cream cheese tadi dan kaup dan adun sebati.
9. Panaskan ketuhar dulu, barang 10 minit .
10. Tuang adunand alam loyang yang sudah dilapisi kek span tadi.
11. Kalau nak masukkan pis, tuang sepatuh adunan cream cheese, susun pic dan tuang bakinya.
12. Bakar 160 darjah selsius selama 60 minit.
13. Keluarkan dari oven, biar sejuk dan masukkan dalam peti ais.
14. Saya tak masukkan pic dalam kek tapi nak kerja senang...saya susun jer atas kek tu. Cik suami puji macam nak gila...ok juga. Kalau dia kata sedap...arina dengan Kasih yang cerewet tu pun suka....maknanya saya sudah lulus lesen L ler.

Jadi selamat mencuba ya adinda semua. Kalau ada salah eja ke apa ke....abaikan saja sebab saya cuma akan edit esok saja. Malas nak baca 10 kali.






RESEPI 4


Peach Cheese Cake


(resepi malam nanti... :-))




Resepi 5


Kek Epal dari Syurga

(Resepinya pun malam nanti ya....)

Nampak gayanya malam ni daya dah tak larat nak masukkan resepi kek epal dari syurga ni. You all tidur dulu...mimpi dulu makan kek ni...lepas tu esok, lepas habis kelas, saya akan edit lagi. Kek ni memang sedap...ajdi biarlah you al kempunan lama sikit. Kalau nak ready bahan dulu, hah esok kalau pi pasar atau supermarket, jangan lupa beli epal...merah ok, hijau ok. Jangan beli labu atau tembikai udah.

sampai juga lagi, wasalam. Kak Jun nak tuai padi kat Farmville dulu....


muah muah

9 comments:

Cahaya Kekasih said...

wahhh......akak buat saya lapar la!!!!

heheh...tapi nasib baik cheese cake ni saya x bape makan...sepotong je makan pun....jadi x terliur sangat...

roti tu yg xthn tu..haha...nampak sangat sedap....saya amik resepi tu...hmm..susu tepung tu...nak guna susu apa?

Amy said...

Salam KakJun,
ya Allah mau tertonggeng amy jatuh tgk makanan2 kat taman syurga akak nih. Ahyooo ngn ayamnya la ngn blueberry cheesecakenya laa. Isk3 betul2 menggoda jiwa raga la kak. Akak ni sume benda terrer..untung la family akak. Ngn pndai mendeco ngn pndai memasaknya...Jeles2. Amy habuk nk mendeco pon tarak tau.

Apepon itu rezeki masing2 kan. Semoga rezeki akak bertambah lg dan lg..amin2. Pssst ayam tuh xleh tahan la kak!!! Isk3 godaan tul la.

Have a great day dear kak Jun...

Deli 3E said...

wow kak jun.....mmg dari syurga la.....tak tahu nak cakap apa dah...yg pasti ...semua2nya nampak best!!!!!

Cake Temptation said...

ni ke kek apple yang kami rasa..yang tersangat sedap tu? ..wah..betul² sedappp..menitik air liur haa

cupcakekasih said...

Ala amy, bila angin rajin masak dtg, kita eksperimen sajalah. Kalau tengah malas tu, kita bagi sadin je. Amy pun sure boleh buatlah kalau berhajat. Betul tak? Apapun, terima ksdih daun keladi sbb sudi dtg keblog kak jun ni.

zarin said...

amboi kak jun...
meleleh leleh air liur ni...
sedap betul blueberry cheese cake tu...
roti pun sungguh gebus gebus...
memang dari syurga lah ni..

Mama Chak's Chef said...

hahahaha! Shaz tergolek2 baca gajah panggang dari syurga!!! Kak jun kakjun!!! Will try the ayam panggang dari syurga! InsyaAllah.. love u lots kak jun! Thanks for making my day... I still can't stop laughing!

cupcakekasih said...

to cahaya kekasih

memang sedap dek...susu tu pakai susu tepung apa-apa jer. asal sedap.

Amy,
inilah hobi terkini Amy...daripada duduk buat bodoh jer, baik kak jun eksperimen segala macam resepi tu. Sedap...kenyang...badan pun lagi tembun. Janji hati sennag.

Cahaya Kekasih said...

da beli tepung..huhuhu..nak buat nye bila tak tahu la...

malam ni atau esok da kena ngadap muffins....lusa ngadap kek lagi....huhu..muke saya lepas ni jadi coklat da...