Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

Tajuk: Simple sajalah...kelas, kek & Rumah Hangat :-))


SEBENARNYA kalau diikutkan malas, hendak menggerakkan satu jari pun kita tak kuasa. Apa lagi hendak menguli fondant...bereksperimen dengan segala macam bentuk dan rupa ... dan cuma untuk suka-suka saja...tanpa memikirkan sebarangan pulangan laba. Eh! Memang tak kuasa. Tapi, selalunya memang saya paksa diri. Mesti cuba gaya bari....yang berkenan di hati. Saya layari Internet, buka buku dekorasi kek, call kawan-kawan atau apa saja yang boleh membangkitkan semangat ini; yang kadang-kadang itu sangat mudah dikuasai rasa cemuih dan malas...!


Tapi, untuk sekali saja, hari ini, saya memang sengaja memalaskan diri sebab sejak 3 Syawal lepas, saya macam berjalan atas bara api. Tak boleh jejak kaki betul-betul ke bumi. Banyak sangat agenda.... dan kerana itu, hari ini, saya mahu betul-betul lepak. Kalau ada masalah berbangkit pun, saya hanya sapu bawah karpet dulu...he he.


Dan hari ini...dek kerana saya sudah isytiharkan sebagai hari rehat -- maka saya melepek saja dalam bilik ini, menghadap komputer. Anak pun tak ada. Cik suami pulak nak pi Penang (saya nak ikut pun dia tak bagi, agaknya sebab takut saya ganggu kerja dia...ajak jalan-jalan kat Padang Kota), jadi saya pun memutuskan untuk mengurung diri dalam bilik saja.


Petang nanti, bila rumah dah riuh rendah semula, baru sedap mengecahkan dapur. jadi sementara masih ada masa, saya masukkan dulu gambar kek yang saya buat last weekend untuk Aida dan Emma. Kedua-duanya order kek ini untuk saudara yang mahu melangsungkan perkahwinan.



Emma minta dekorasi keknya sama seperti yang pernah saya buat pada tahun lepas (kalau tak silap sayalah. Jadi, ini memudahkan sikit kerja saya. Semua dekorasi menggunakan fondant).




Kek ini pula saya gubah untuk sepupu Aida, yang meminta bunga callalily. Saya tak pakai pun acuan khas untuk menekap dan memotong fondant bagi membentuk bunga ini....sebaliknya saya memakai pemotong biasa saja. Tekap dan gunting. Memang concept kerja dekorasi saya ni mudah saja sebenarnya iaitu 'iaitu jangan buang duit beli peralatan dekorasi kek yang mahal-mahal', sebab yang penting ialah hasil. Jadi, tenguk saja apa yang ada kat keliling rumah kita tu. Asal nampak cantik je, cuba eksperimen. Kalau teknik yang dibuat itu tak menjadi, cuba lagi. Setakat membuang seketul dua fondant tu tak rugi apappun, asalkan kita mendapat hasil yang sedap mata memandang. Asal jangan guna berus baju atau mangkuk tandas saja sudahlah...itu over!


Jadi, berbalik cerita kek ini.....saya rasa sesak nafas jugalah untuk menyiapkannya. Bukan kerana susah membuat bunga callalilly ini. Tapi sebab terpaksa buat kek yang simpel sahaja. kerana saya ni suka sangat deco yang penuh dan meriah. Tapi knowing Aida, saya cuba buat ikut selera dia. Hanya menggunakan satu warna saja -- kuning lembut.


Bunga itu saya gubah dengan gum paste. Dan selebihnya fondant. Dan saya rasa lega apabila Aida sms, mengatakan dia suka kek itu. Alhamdulillah.



Sebaik saja siap dekorasi kek itu (saya bangun awal pagi untuk menyudahkannya dan menjelang pukul 8 semua beres. Saya pi breakfast sekejap kat restoran kegemaran saya di Taipan iaitu restoran Ubi Kayu -- saya suka teh tiga layer kat situ...Sangat menggemokkan), saya teruskan agenda Sabtu dengan kelas dekorasi pula. Nanti saya akan masukkan cerita selanjutnya dalam blog selepas entry yang ini selesai ya.



Kali ini saya cuma nak tunjukkan gambar sekitar majlis rumah hangat atau house warming, kawan seuniversiti dulu -- Jasni. Saya pergi ke rumahnya sebaik sahaja semua peserta kelas dekorasi kembali ke destinasi masing-masing. Kalau diikutkan penat memang penat, tapi, jemputan orang tak baik dihampakan. Apa rasanya kalau kita buat majlis orang tak datang....? Sedihkan? jadi saya ajak Alia teman saya ke rumah Jasni.


Wah! rumah kawan kita ini memang cantik...dan yang penting dia ada chandelier paling da bomb. macam bintang kejora berkilauan kat dada siling tu. Wah! Hebat bakat kau Jasni, kalah dekorasi dalam program TV tu. Memang cantik. Hilang penat saya drive jauh-jauh ke sana sebab bila dah jumpa kawan lama tu.

JAdi, dipendekkan cerita, biar saya perkenalkan Rumi dan anak dara suntinya yang sangat comel. Rumi ni orang Taiping....cikgu Bahasa Malaysia. Hem....macam mana student Broadcasting boleh jadi cikgu pulakkan?



Ini pulak Achik...yang baru saja menjadi mem besar, selepas berjaya memberhentikan dirinya dari berkerja sepenuh masa. Tahniah Achik...welcome to the club! Syokkan dok rumah? Tenguklah anak Achik yang cute dan hensem tu.


Inilah Jasni, dan wifenya yang comel itu....Roza. Congratulation !

0 comments: