Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, October 23, 2009

Selamat Pagi Tuan Puteri



DINGIN PAGI membuatkan saya terjaga. Puas memujuk mata, tetap tak boleh terlena semula, lalu saya mengalah. Lebih baik saya menyudahkan kerja yang tak siap...betul tak? Dan, seperti biasa, benda pertama yang saya buat ialah menyalakan laptop. Semalam saya tidur awal dan pagi ini saya mesti menyudahkan cerita dua tuan Puteri ini sebelum menyambung agenda pagi yang sudah dirancang sejak sebulan lalu -- kelas dekorasi.


Inilah sesi yang paling saya suka -- satu-satu cara untuk saya terus berhubungan dengan dunia luar. Kenal orang baru dan dapat kawan baru + bersama cerita baru. Maklumlah, yang datang belajar ni semua bukan calang-calang orang. Ada doktor, lawyer, akauntant, pakar IT, Datin dan Puan Sri serta Lady of leisure tahap dewa, a.k.a Tai-Tai -- tapi semuanya dengan hobi yang sama, memudahkan kita mendapat keserasiannya. Jadi walaupun cuma bekerja dari rumah dan hanya mengendalikan SOHO saja -- tapi linkungan sosial saya berkembang juga -- yang sesuai sangat dengan fitrah saya.


Sebenarnya, salah satu sebab saya memilih untuk menjadi wartawan dahulu ialah kerana saya suka berjumpa orang ramai. Agaknya memang fitrah saya suka bercakap dan bercerita (dan rasa 'lemas' dengan orang berat mulut), menyebabkan saya tak teruja dengan rutin 9-6 -- duduk seharian di office dan melakukan kerja yang sama. sahaja Saya tak boleh bayangkan menjadi tua dengan hanya dinding yang sama setiap hari. Oh! tidak.


At least, dengan menjadi wartawan, saya boleh merancang agenda harian yang berbeza -- hari ini interview 'Kak Kiah', esok mungkin bertemu Datin dan Toh Puan, lusa pulak kita naik kapal keliling dunia dan tulat entah siapa pula jodoh pertemuan kita.


Kadang-kadang acaranya glamour -- maklumlah kalau dapat undangan bersarapan di Carcosa Seri Negara sambil menikmati pertunjukkan emas dan berlian terkiniTiffany. Tapi sebelah petang pula saya dah tercogok kat tepi kubur Cina nun di ceruk Sungai Besi tu semata-mata hendak menemuramah tukang kendali mayat. Hah, saya masih ingat lagi assignment yang satu ini. Memang kerja gila betul, apabila saya dan kawan sewartawan saya -- Lily Haslina Nasir -- sanggup redah jirat Cina di tepi lebuhraya Sungai Besi tu sebab nak mengorek cerita cara si kendali mayat mengawet dan mekap mayat. Itulah pengalaman pertama saya mengetahui rencah cerita orang hidup yang kerjanya mengendalikan si mati. Sesi temuramah kami berlansung di pusat pengawetan mayat kat kawasan perkuburan itu -- dan saya dengan tabah dan berpeluh dingin -- duduk di antara puluhan keranda + dua tiga mayat yang menunggu untuk proses awetan.


Takut? Adalah sikit-sikit. Tapi bagusnya kita boleh mentarbiah diri sendir apabila berdepan dengan assigment begini. Taklah kita asyik ingat hal duniawi semata-mata. Kalau kita rasa kerja kita susah, tapi apabila tenguk corak kerja orang lain dengan cabaran yang llebih dahsyat....terus kita rasa masalah kita ni tak sebenarnya tak sebesar mana -- celah kuku sahaja. Jadi, kita buat saja mana yang terlarat. Betul tak? Dan, kerana itu juga walaupun sekarang Allah menentukan rezeki saya dengan cara lain, tapi sebab Allah tahu fitrah saya ni yang tak suka terperap sahaja -- jadi diberikan juga kesempatan bertemu dengan ramai kenalan baru setiap hari. Now saya ada two groups of friends -- wartawan/penulis & bakers/chefs/ dan cupcakes artist : - ))


Jadi kalau saya rasa jemu deco cake saja, saya akan buat kelas. Kalau dah penat buat kelas, saya duduk diam-diam depan laptop -- menyudahkan kerja publishing saya yang masih banyak tertangguh. Atau kalau dah rasa panasaran sangat melihat empat dinding di bilik ini -- saya mulalah mencari kawan, ajak sarapan atau minum petang :-)) Yang pentingnya -- saya tak perlu lagi redah jam, drive subuh buta dan balik larut malam dan tak perlu jawab kat sesiapa, tapi diri sendiri sahaja.


Dan, pagi ini, kelas dekorasi saya yang pertama akan berlangsung selepas hampir dua bulan dibekukan; bersempena Ramadan dan Syawal. Semalam saya sempat menyudahkan dua biji kek untuk hantaran dan petang ini bolehlah saya bersenang-lenang menghadiri rumah terbuka (masih ada lagi rumah terbuka :-)


Bila dah lama tak berkelas, memang saya looking foward sangatlah sebab dah lama tak bercakap banyak (untuk topik yang kita sukalah). Kalau bercakap banyak untuk gossip saya tak mau ler, Bukanlah kononnya kita ni alim sangat, tapi sendiri mahu ingatl.K alau dalam kelas deko ini biarlah kita bercerita kisah kek kita saja -- pasal si anu atau orang itu -- ha... jangan dibawa kat bilik ini. Saya malas nak bersekongkol. Dunia bakers ni kecil. Esok lusa kalau mati, tak sempat minta maaf, sapa nak jawab. Betul tak? Jadi........saya selalu berpesan, sebenarnya dekorasi kek ni tak ada yang salah betulnya tapi yang ada ialah teknik yang berbeza -- itu sahaja. Si A dengan cara dia, si B pula buat cara dia. Tapi kalau hasilnya menjadi -- ok lah tu. Betul tak? Misalnya -- nak buat bunga ros tu ada baaaaaanyak teknik. Tak kiralah nak lipat ke kiri atau ke kanan -- kalau hasilnya mampu menjadi sekuntum mawar mekar -- betullah tu.


Ok, cukuplah mukadimmah saya yang terlebih panjang ni, Saya paparkan gambar dua kek Puteri comel yang saya buat beberapa hari sudah. Satu untuk adik Nadia Aleza di Ampang. Dan satu lagi untuk Adik Nur Farah Farzana di Seremban.




Sebenarnya dalam banyak-banyak kek, merias kek puteri ini paling menyeronokkan. Saya suka mengadun baju dan tamannya. Kalau boleh nak buat gaun yang lebih kembang dan bertingkat-tingkat. Kalau dulu saya mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan dekorasi kek segadang ini. Tapi kedua-dua kek ini saya buat serentak dan hanya tiga empat jam saja saya duduk menghadap kedua-dua puteri jelita. Kiranya ada improvementlah tu JUn :-))


Puteri bergaun biru turquoise dan krim pastel ini ditempah oleh NZ (ya yang menempah set cupcakes bertema sailor tu) dan seperti saya mukadimmahkan tadi -- kerana kek ini, saya bertemu kenalan baru yang sangat baik dan peramah seperti NZ dan suaminya Wan. Kebetulan, Wan dan NZ yang sudah berbulan-bulan belayar itu dapat cuti panjang, jadi, tidaklah kami menunggu lama untuk bersua muka. Seronok bercerita dengan NZ -- mengenai pengalamannya sebagai isteri pelaut (Wan Chief engineer yang sudah hampir 15 tahun menjadi warga kapal) yang melayari kehidupan berbeza dengan isteri yang berada di daratan. Saban hari hidup NZ hanya bertemankan laut lepas, dan gelora samudera yang penuh misteri dan sejuta citra. Memang saya teruja sangat mendengar cerita Wan dan NZ. Hem....kalaulah saya masih duduk di meja wartawan, harus NZ ini saya interview untuk cerita-ceriti bulanan saya.




Ok, berbalik hal kek saya ini, Kek Puteri manis bergaun ungu lembut ini pula untuk Farzana yang menyambut harijadi ke-2. Kata Alia yang menghantar kek in ke Rasah -- rumah papa mama Farzana in besar dan cantikkkk sangat dan sudah pun dihias cantik penuh dengan belon -- bersempena majlis harijadinya. Hem, mesti meriah ni. Kata mama Farzana dalam emailnya, nenek Farzana bersungguh-sungguh mahu kek yang cantik untuk cucunya itu (mungkin cucuc sulung kot). Insyaallah, mungkin kalau ada rezeki, mama Farzana akan mengirimkan gambar majlis hari jadi anakandanya itu dan dapatlah kita tatap di dada blog saya ini.







Akhir kalam, sebelum saya meletakkan noktah, ingin saya beri kredit kepada cik Suami yang sudi membuatkan kotak khas untuk semua kek Princess saya. Saya lebih suka yang custom made sebab tak ada satu pun kotak yang ada di pasaran itu yang memenuhi selera saya. Saya mahu kotak yang tegap, boleh dikuak penutupnya dari sisi sebab kek Puteri ini biasanya besar dan berat. Kalau diangkat-angkat, nanti pecah pula. Jadi, supaya tak menanggung ralat, lebih baik kita invented sendiri.



Sampai berjumpa lagi, saya sudahi dengan pantun yang dipopularkan oleh emak saya satu masa dahulu -- ketika saya masih nak dara belia dan malas bangun pagi. Jadi kalau dia nak kejut saya ( + kakak dan adik saya Nor) maka dia akan berpantun...
"bangun, bangun...Tuan Puteri Pucuk Kelumpang;
bangun pagi ...... dot dot dot


(rangkap akhir ni, tak payahlah saya ungkap!)




Amin

3 comments:

Cahaya Kekasih said...

selamat tengah hari , kak!!

huhu..pagi tadi baru saya tidur..jadi bangun lewat la..

cantik kek tu..mesti rasa sayang nak makan...hehe

Mama Chak's Chef said...

kak jun, apa dot dot dot? Text la kat shaz.. Hehe..

Dr.N said...

nak orang sambung dot dot dot..;)
BTW tak sempat berbulan madu kat adelaide..UPT positive 7 weeks tomorrow..Doakan org banyak banyak sebab dah 41 ...