Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, September 21, 2009

Satu Hari di Hari Raya

Selamat hari raya dan maaf lahir batin,


...saya ucapkan kepada semua bloggers tegar yang tetap setia berhari raya dari satu blog ke satu blog dengan perasaan penuh riang ria. Maklumlah siang tadi kita semua sudah pun boleh menikmati ketupat dan rendang, dari pagi hingga rembang ke petang, menyebabkan segala rasa kempunan dan mengidam sudahpun hilang. Betul tak? Dan, yang peliknya, rasa sedap rendang dan ketupat raya ni lain macam sikit berbanding daripada hari-hari biasa...betul tak? Kita makan 10 kali pun tetap tak jemu. Kalau pergi ke 10 rumah pun, kita terkam yang itu juga. Hem...mungkin inilah nikmatnya raya.



Baiklah, sesuai dengan mood raya yang sedang hangat diperkatakan sekarang jadi eloklah saya buka cerita bab raya juga kan? Oh! raya saya kali ini seronok bebeno sebab banyak harapan dan keinginan saya sudah pun menjadi kenyataan. Tapi tak payahlah saya singkap semua di sini, sebab yang penting, hati saya sekarang sangat happy. Jadi, biar saya kongsi serba sedikit moment raya yang sangat indah dan sempat saya rakam itu di sini.



Ok, cerita paling wahid -- maskot Cupcakekasih, iaitu....none other than Ariana Nur Kasih Roslan. Sukanya dia dapat beraya walaupun hanya berjaya berpuasa (emmmm....berapa hari saja ya?). Tapi, tanpa rasa bersalah sedikit pun, Kasih menikmati keseronokan beraya hingga ke tahap maksimum. Pagi-pagi lagi Kasih dah bangun dan tak payah disuruh-suruh pun (macam selalu tu...), Kasih mandi dan berias sendiri. Seronoklah tu sebab dapat berbaju raya (yang baru sempat dibeli minggu lepas).





Ini pula Arina. Jangan salah sangka ya...dia bukannya terkena renjatan elektrik. Tapi dia ni memang super duper hyper active dan buat apapun secara spontan. Contohnya.... posing ala-ala bintang Hollywood ni...orang suruh duduk elok-elok, dia siap baring-baring. Jadi, begini bunyinya caption yang sesuai untuk gambar ini ...



"Arina tersangat gembira sebab dapat puasa penuh 30 hari dan selepas ini dia dah boleh makan siang semula sesuka hati dan dapat pula hadiah monopoly seperti yang mama janji."




Yay! Hip hip hooray 3x untuk Arina.




Ini Adam....satu satunya anak jantan saya...(sesiapa nak berbesan dengan saya...sangat dialu-alukan). Walaupun PMR tinggal beberapa hari saja lagi, Adam tetap mahu beraya sepenuh hati sehingga ke tahap maksimum juga. Tabah sungguh hati Adam ini bukan? Dan, dia telah membuat keputusan untuk melipat gandakan mood raya sakannya itu apabila mendapat tahu yang saya akan membuat solat hajat khusus untuk dia menjelang PMR nanti. Hai Adam....Adam.... :-))






Well ini Alia dengan baju raya konsep vintage ala 50-an. Bukan senang tau nak penuhi selera fesyen Alia ni. Puas saya cadang itu ini dan last-last fesyen potongan ala Saloma ini menambat hatinya. Ingat Alia....laram-laram juga, SPM tak lama lagi....and minggu depan dah nak sit for driving test. Mesti lulus cemerlang tau (senang hati saya sebab selepas ni dah ada driver percuma :-))




Ini acara rasmi keluarga, bergambar sekeluarga dulu sebelum mula jalan-jalan raya.





Cuba lihat betapa klasik gambar ini. Kalau nak tahu, caption gambar ini berbunyi begini:


"Alia dalam dakapan Papa, bergaya dengan baju sontok dan seluar katok kuning yang mama beli di Mother Care...khas untuk Alia celebrate hari raya yang pertama. Dan gambar di sebelah itu pula episod terkini -- Alia yang sudah besar panjang, bergaya di sebelah papanya; yang tetap kacak berbaju biru, ditaja oleh Mama."





Seronok saya...lengkap sudah raya saya apabila saya dapat mendakap emak pada lebaran kali ini. Seronok sangat...rasa nak pecah korset yang ku pakai itu ...sebab hati saya menjadi kembang macam bunga penuh setaman. syukran ya Allah.



Ini adalah rakaman detik-detik manis beraya di rumah kakak saya Zuraida di Sungai Pencala Syukran Ya Allah....!




Kenangan manis dan ini adalah hadiah dan rahmat dari Allah. Tenguklah betapa seronoknya saya dapat beraya dengan kakak saya Zuraida....yang juga pakar masak dan merias kek.








Ini pula rakaman sesi lepak dot com di rumah ibu mentua saya selepas solat Eidulfitri.





Saya akan sambung coretan raya saya ini lagi kerana kerana hari sudah larut benar dan saya perlu tidur dahulu sebab esok hendak berjalan jauh pula. Kali ini kami nak melawat saudara mara suami di Melaka.



akhir kalam...



Selamat hari raya. Amin.

2 comments:

barry said...

Assalamualaikum Jun, dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Dah besau anak ko ye! Tahun depan dah blh dpat menantu le!! Alhamdullilah i tengok mak you masih sihat lagi... kirim salam pada mak u klau jumpa. Rasanya dia x ingat lagi aku kot. Kirim salam juga pd suami u dan anak2.

cupcakekasih said...

sakam Barry...terima kasih daun keladi kerana sudi singgah blog I ni. Anak u macam mana? mesti dah lebih tinggi daripada mamanya kan? My mom mesti ingat kat you...bila mau ketemu ya? salam to your hubby anak-anak you juga. :-))