Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, August 28, 2009

Warna Ramadan

NAMPAKNYA sudah seminggu kita berpuasa – berlapar, dahaga serta belajar menutup mata, telinga dan menjaga lidah (dengan penuh kepayahannya kan?) demi mendapatkan puasa yang berkat dan sempurna. Apapun, saya ucapkan selamat berpuasa sekali lagi untuk pembaca semua.

Agaknya macam manalah keadaan Amy di Germany, LG di Australia, Ieka di Anzec, Aimy di Kuwait, Mamasya di Brunei, Shireen di Dublin…macam mana kan? Berbuka apa ler agaknya? Mesti rindu pasar Ramadan kan? Dan malam ini Marina pula akan terbang pulang ke Doha….hem….sedihnya kita. Baru kenal, baru nak mesra…dah berpisah.

Hem....


Apapun, saya masih lagi dalam mode santai. Oven pun masih lagi berehat dan apron tetap cantik berlipat. Tak ada keinginan pun nak usik-usik lagi. Tiga hari pertama berpuasa hari tu, memang mencabar benar. Nampaknya, badan kita ni lain macam sangat berbanding dahulu. Begitulah fitrah perempuan kan? Waktu 20-an lain, 30-an lain, dan bila dah masuk forty carat ni...lagilah lain.


Makan tak boleh banyak-banyak sekali gus. Dan minum pun, air hangat saja. Tak boleh dah nak laram air batu ke, apa ke. Enggak betah dong! Menu kami utk berbuka pun biasa biasa saja. Tak ada yang special macam dahulu. Cik Suami kata cuba tahun ini kita tak payah pi pasar Ramadan. Dan, nampaknya selepas seminggu, belum sekali pun kami berombongan ke pasar kuih muih yang sangat meriah itu. Nak tenguk setakat mana kami boleh bertahan.


Dan, nampaknya puasa kali ini pun saya dah tak berapa suka sangat nak pergi majlis berbuka puasa. Dah dua, tiga tahun dah kami amalkan berbuka di rumah aja. Kalau masa kerja dulu, pantang ada undangan, mesti itu yang saya utamakan. Maklumlah wartawan, setiap hari ada berpuluh-puluh undangan yang sampai ke meja kami. Semuanya ala-ala buffet tujuh ke 10 bintang. Hampir seluruh hotel dalam Malaya ni nak buat jamuan untuk kami. Itu belum kira lagi syarikat korporat, Datuk Datuk dan Pak Menteri.


Dan kerana itu jugalah dulu-dulu kalau dekat nak bulan puasa, saya siapkan baju kurung/kebaya baru punyalah banyak (p/s: baju raya tu lain cerita tau) sebab nak laram pi rumah Menteri Besar dan PM juga teruja nak bersalaman dengan First Lady. Berbuka puasa dengan nama nama glamour tu....hem....tak usah cakap ler. Semua syarikat filem dan syarikat rekod buat majlis berbuka untuk wartawan. Pendek kata memang masa tu tengah muda -- kita cuma fikir duniawi saja. Tarawih ke...apa ker....langsung tak termasuk dalam agenda lagi masa tu


Satu lagi kegemaran kami (saya dan cik Suami) masa itu ialah berbuka kat hotel dan yang selalu menjadi pilihan ialah Paya Serai PJ Hilton, Restoran Seri Melayu dan Melting Pot Concorde KL. Aduh! sekepala enam, tujuh puluh ringgit pun kami pejam mata. Biasanya saya akan atur beberapa sesi -- dengan geng wartawan Jelita, dengan bestfriends yang tiga empat kerat tu, lepas tu dengan cik Suami. Heh! Bila ingat sekarang ni....rasa malu sendiri. Jahiliyah sungguh. Mujurlah sekarang ni semua itu dah tak menjadi impian langsung. Tak teruja sikit pun.



Selain keluarga, la ni saya cuma teruja hal kek/cupcakes dan novel saya saja (yang entah bila tahun nak siap tu). Hal lain-lain tu saya anggap sebagai props saja dalam meneruskan sebuah kehidupan. Bab kecik hati ke, terasa hati ke...tak ada dah dalam kamus saya. Kalau nak tersinggung pun dengan fondant aje atau kalau kek bantat....itu saja yang boleh buat saya tersinggung. Kecik hati dengan oven & mixer....atau saya yang salah adun resepi :-))

Atau dalam kata lain yang mudah...simplify your life.


Jadi, akhir kalam saya hari ini, marilah kita beramai-ramai melihat gambar beberapa lagi teman baru kita yang sudi menghadiri kelas dekorasi yang saya anjurkan beberapa hari sebelum menyambut Ramadan tempuh hari. Maaf ya semua, sebab kak Jun lambat banget publish gambar-gambar ini :-))

Apa kabar Fazidah di Kedah?

Assalamualaikum Miza

Ini Syikin dari Batu Pahat. Kalau nak tau pasal beras...tanyalah dia :-))






Hai Aisyah!










Hasil dekorasi untuk kelas cupcakes for beginners.
Ini ElisabethLinda, Miza dan Fazidah :-))

Salam Aida

BAB DUA
Kelas dekorasi wedding cake






Azie







Raisya Chunky Bite


Hot Mama, Fadilah a.k.a Mira - Miralisya




Ini adalah rombongan dari Johor Bahru. Semua berpengalaman dalam bidang dekorasi...sifu-sifu besar belaka.

Aku....terkesima!
:-))





0 comments: