Dan pagi tadi, by 10.30, Marina menjemput saya. Katanya dia nak beli macam-macam barang, tapi tak tahu nak pilih mana satu...:-)). He he...teringatlah zaman saya mula-mula berjinak dengan dunia kek cawan yang comel ni dahulu. Akibat tak tahu hujung pangkal nak beli barang apa...habis saya borong segala knick knacks yang ada. Mata macam berpinar-pinar aje bila masuk Bake With Yen, ICCA ke, Pastry Pro ke...Best Baking ke! Kalau boleh saya tak mau berpisah dengan kedai-kedai ni. Tak tau dah berapa banyak duit lebuh (maknanya 'habis') demi memenuhi hajat di hati. Benda yang salah beli...tak berpakai...usah cerita.
Jadi, sesuai benarlah permintaan Marina ni. Maklumlah semua barang-barang ni dia nak bawa balik ke Doha...kalau terlebih beli atau tersalah beli....kesian pulak kat dia. Bawa barang tu jauh jauh, berat berat, tapi tak boleh dimanfaat.
Eh! tak sangka pulak kami akan bertemu dengan Zety di Bake With Yen. Aduh! Memang gamat jadinya. Zety ni memang kelakarlah. Kalau tak ketawa memang tak sah. Jadi, selebihnya dari pertemuan kami di situ...tak payahlah saya cerita. Tenguk aje gambar kat atas ni ya. Heran betul saya dengan Zety ni. Banyak sungguh tenaganya. Padahal baru pagi tadi dia sampai dari Dhaka....belum sempat balas hutang tidor lagi, dia dah meligat mencari barang untuk buat biskut raya. Hem....memang superwoman betul. 
Captions: Oklah...saya enter frame jugalah. Maklumlah...kenangan manis dengan Marina. Entah bila lagi kami akan berjumpa. Gonna miss you dear!
Balik dari Bake With Yen, Marina dan Zety singgah rumah saya lagi. Sembang lagi dua, tiga kerat....sambil Zety membawa keluar semua beg yang diborong dari New York. Dan saya dengan tenangnya sudah menyambar satu. Anggaplah ini beg raya saya untuk tahun ini. (p/s: Eh! semua beg Coach yang Zety bawa ni dibelinya bersempena end of season sale....jadi memanglah berbaloi-baloi).
Comel tak beg Coach ku yang baru ku beli ini? :-))
Ini apa pulak ya?
Kalau nak tahu, inilah dia nota cinta ksih sayang si Arina untuk Nartik. Menu yang dimintanya untuk bersahur nanti. Nak tahu apa dia yang menjentik seleranya?
4 comments:
Amboi amboi dapat beg raya! macam nie nak shashue nak pakailah beg Anya H raya nie . . . Datin Kay yang hadiahkan!:)
Congratuation kak Jun kerana dah hit the target 100 000!! I hv the same coach handbag tu hehehe...Nice and u can put lot of things but berat lah or maybe I yg tak cukup energy hahaha!!!
salam Shashu (Sugarpink Icing)...hehe sesekali nak raya dengan beg baru. Datin tak ada ker beli ekstra Anya H tu kat kita? :-))
To Yaty
Thanks Yaty...memang cepat hit target tu. Tapi yang bestnya....dapat tau pemenang beg tu sama dengan hari kita beli Coach tu. Macam berjanji pulak.
Post a Comment