
SEMALAM hari yang sangat meriah dalam hidup kami sekeluarga sebab kali ini kami berpeluang menyaksikan concert yang sangat ditunggu-tunggu iaitu annual concert Tadika Sri Comel, tempat Kasih (dahulu Arina) mengenali AB dan C buat kali pertama.

caption: Kasih excited sangat apabila mendapat baju ni last Friday. Satu hari suntuk dia laram kat rumah costume untuk Copacabana song tu!

Oh! Kasihku....nak menitik airmata masa taip entry ni!
Pengetua Sri Comel, Lai Kuan awal-awal lagi dah informed semua parents/family about this concert (lebih kurang 2 bulan lalu). Jadi, Alia pun ingatkan saya, "no cupcakes class on the 25th tau Mama!".

Saya ni memang jenis pelupa, jadi tarikh 25hb Julai 2009 tu saya bulatkan dengan pen merah besar-besar dan set alarm kat handphone. Apa jadi pun, tarikh ni tak boleh diusik langsung.
Dek kerana terlampau teruja dengan anak sendiri (sama juga seperti emak-emak yang lain di seluruh universe ni lah kan....), maka saya menaip entry kali dengan penuh perasaan. Maklumlah, kita rasa anak kita itulah yang paling comel, paling cute, paling sweet, paling juah! Emhhh! segala macam `palinglah', jadi seboleh-bolehnya saya masukkan gambar sebanyak-banyaknya dalam blog saya ni.
Oh! Kasih ku...anak bongsu Mama.... (yang tak pernah saya sangka akan menjadi manis manja begini sebab masa mengandung dia dulu, keadaan saya sangatlah teruk (sampai doktor pun tak berani nak beri jaminan keadaan Kasih. Ok ker? Tak ok ker? Hanya Allah yang Maha Tahu). Eh! panjanglah ceritanya.

Saya sendiri pun tak sangka, semalam saya dapat melihat Kasih saya itu menari-nari kat atas pentas. Oh! Kasih ku...
Ariana Nur Kasih.
captions: ....dengan busana Cowboy untuk lagu Oh! Susanna. Setiap hari balik dari sekolah Kasih tak jemu-jemu practise. Syabas Mere Betty!

Ok, ini kes dah terlampau teruja yang over sangat, sampaikan masa menaip entry ini pun, saya masih ulang tayang rakaman concert Kasih tu. Feeling betul! Sebenarnya video cam ni pun beli last minute, sebab yang lama dah rosak dan saya tak mau panasaran.
Captions: Ulang tayang lagi...gambar ini di ambil masa Kasih umur 10 bulan. Cepat sungguh masa beredar....terbang pergi begitu saja.
Ok dalam collage ini adalah persembahan tarian daripada semua pelajar tadika tahun 2 Seri Comel.
captions: Semua teruja sangat dengan persembahan anak cucu masing-masih. Kalah AF tau!

Sebaik sahaja concert tamat, kami sekeluarga pi menjamu selera di A&W...
....dan terserempak pulak dengan Zarina Zainuddin....kawan lama ler ni. Anak dia pun satu sekolah dengan Kasih, tapi tidak di kelas yang sama.

TRUE CONFESSION:
..yang sebenar-benarnya...pada pagi Sabtu semalam, saya macam lipas kudung sebab terpaksa meligat untuk menyiapkan tempahan yang menimpa-nimpa itu. Terpaksa saya minta tolong Alia... kalau tidak tak dapat ler saya nak tenguk concert Kasih yang maha hebat tu! Mujurlah semuanya selamat! Alhamdulillah.
Sekian dulu untuk cerita kali ini. Selamat malam.
6 comments:
ketawa saya sorang2 baca entry ni..
Kak Jun ni over lah hehehe.. tapi bilanya kita ni tak over dgn anak2 kita kan? anak2lah penghibur hati..
we all kat sini kesunyian anak2 dh seminggu balik dulu ke Msia. mummy nya ni sampai cakap sorang2 teringat anak.. mujur hujung minggu dah nk balik.
btw, sedapnya nama Ariana Nur Kasih..sure ilham Kak Jun la ni..
see you soon ! :)
Marina
I know the feeling kak jun.... they are the cutest, the prettiest, the comelest, the everything in this world. I had a not so good pregnancy with my Batrisyia, the only one yang Zue kena masuk admitted and masuk air berbotol2, disebabkan alahan teruk, tak lalu makan, etc and look how she turns out now, the most angelic,the most adorable, the most semua2lah.....savour the moment, the feeling, for time will fly and before we know it, they are all grown up .....and want to spread their wings....
to Marina Doha:
Hei...memang kak jun ni makin lama makin over.Maklum duduk rumah tak da buat apa. Jadi layan perasaan dan perasan sendiri. Maklumlah duduk rumah mana ada kawan nak borak selain kawan kat blog n FB hi hi.
Kak Jun pun tak sabar nak jumpa Marina ni. Siap cat dinding bilik kerja ka jun ni...bagi cun sikit :-)) Maklumlah nak sambut orang jauh. Harap Marina sihat and anak anak tu balik dulu tak apa. Bagi chance mama dia honeymoon lama sikit kat Doha tu...
take care and salam to all di bumi Doha
muah
To Zue
Memang panjang umur dna murah rezeki zue ni. baru malam tadi kita teringat awak kat Utara tu. Jgn ingat kak Jun lupa tau (wp jarang dapat contact), tapi dekat di hati. And yess kak jun memang ingat kisah Zue masa prengnan Batrisya....sama teruknya macam kak Jun. Alhamdulilah mujur semuanya selamat dan harap begitulah sepanjang hayat kan. Nanti kita sama--sama nangis bila tenguk anak terbang tinggi tinggi kan....(tapi tetap balik ke sarang kita juga :-))
takce care and thanks a lot for all the lovely commnets. Muah!
To Marina (again)
Lupa pulak nak update....Yess memang nama Kasih tu kak Jun yang pilih...sebab nak dia tahu yang dia tu sangat dikasihi....walaupun susah sangat masa mengandung dia tu.
:-))
salam,
seronok saya baca entry ni...melihat anak membesar depan mata pasti menyeronokkan..the best moment kan?
Post a Comment