Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Tuesday, June 23, 2009

Sebuah Hari, Satu Cerita 1000 Pengalaman

SIANG datang, malam pergi. Hari berlalu sangat pantas, macam kilat. Terasa bagai baru semalam kita menyambut tahun 2009 dan hari ini kita sudah pun berada di tubir bulan ke-enam, iaitu bulan bongsu untuk setengah tahun pertama.



Dan saban hari kita melalui hari-hari yang sudah ditetapkan oleh acuan takdir. Ada yang melakukan kerja yang sama setiap hari -- 24/7 -- diulang-ulang, dicetak-cetak bagi menggenapkan 365 hari. Jemu atau tidak, suka atau tidak, lelah atau tidak -- kita akan terus melangkah mengikut kemahuan rencana hidup selagi jantung kita berdegup.



Saya -- yang dijadikan dengan fitrah yang tidak suka melakukan hal yang sama setiap hari -- memang gembira dengan pekerjaan yang mempunyai pelbagai ragam corak dan rencam. Setiap hari ceritanya berbeza. Bertemu orang lain, ceritanya lain. Jadi memang sesuai sangatlah saya ini menjadi wartawan. Tidak perlu duduk di ofis sehari suntuk, bersambung minggu, berganti bulan (memandang muka yang sama?!?? Oh! jemunya).



Dan kini, rasanya walaupun saya hanya berutus cerita dari dapur sahaja, tapi setiap hari saya masih boleh menikmati pengalaman berbeza. Semuanya dititipkan lewat email, sms dan panggilan telefon. Cerita dan luahan daripada anak-anak, adik-adik, kakak-kakak, tuan-tuan dan puan-puan saya dengar, saya canai, saya simpan atau kalau sudah terlalu kelelahan, saya delete saja dari kotak ingatan. Maklumlah. walaupun hajat sama -- ada kena mengena dengan kek +/cupcakes -- tapi setiap satu, berintikan cerita berbeza. Ini semua membuatkan saya terus 'hidup', jiwa membesar dan semangat berkobar-kobar.



Saya suka orang yang mahu berubah. Mahu menjadi lebih baik dari semalam dan lebih mahir dari kelmarin. Jika tak tahu, kita boleh belajar! Bukan terus merungut atau berkeluh-kesah sedangkan di luar sana ada banyak kemahiran. Terpulang kepada kita hendak melakukan apa sahaja, sesuai citarasa. Dan, semestinya, melalui kelas dekorasi yang saya anjurkan, saya berpeluang bertemu dengan wajah-wajah positif -- yang tahu kemahuan naluri.

Walaupun pada awal percubaan, wajah nampak cuak -- hatta ada yang semacam tertekan. Maklumlah, baru kali pertama melihat fondant. Tapi selepas siap semua tugasan, senyuman bukan main lebar dan wajah yang tadi kelat akhirnya bertukar. Gembira, sukacita, bahagia.

Jadi bagi yang masih menunda-nunda hasrat, jangan ambil masa terlalu lama untuk mengubah citra dan citarasa. Bimbang nanti dek kerana terlalu detail membuat pertimbangan, akhirnya kita masih di takuk lama, sedangkan orang lain sudah terbang tinggi, jauh di kayangan.



Akhir kalam, tahniah to all my new friends -- Kak Ita, Ayu, Nora, Liza, Lin, Linda, Cikgu Rahimah and Rozlina -- for your passion and determination! Let's Celebrate life with cupcakes :-)) Kak Ita, pakar buat kuih Melayu juga mahir mengendali kek bersari buttercream.
Ayu







Lin





Their creations!







Lieza My old buddy, way back from TKC, Azah Ghazali




Ini pun kawan sejak TKC, Rahizah yang lembut dan baik hati!




Rozlina dari Manjung....taukeh biskut yang sudah berbelas tahun maju jaya dalam homebiz.




Ini pula Haslida yang cool! Tak banyak kerenah.
Tidak lupa...



Cikgu Rahimah....yang manis manja. Suka tenguk senyumannya.


5 comments:

lovechenta said...

eh? tu gambar cikgu sharifah azah kan?? rindu nya..

ANR DELIGHTS said...

trima kasih atas tips n tunjuk ajar...perlu belajar untuk memantapkan ilmu, kalu bukan untuk digunakan hari ini, masa2 hadapan insyaallah akan berguna juga ilmu itu kan kak...

shima said...

wah, bestnya...mcm mana nak attend blajar ni...semangat ni

Rahimah Ibrahim said...

Kak Jun,

Terima Kasih atas segalanya.

syurgaku said...

bestnyer klau dpt bljr buat deco cupcakes ni...bila la kite dpt blajar...