
Ya! Saya tahu hari ini hari Jumaat. Lagi dua atau tiga jam...waktu kerja untuk minggu ini akan sampai ke noktahnya. Seronokkan? Esok cuti...Ahad pun sama juga. Jadi, sementara menunggu jam menyentuh takah lima atau enam...habiskan ler semua saki-baki kerja yang ada atas meja tu. Janganlah simpan untuk minggu depan, nanti menepu macam lemak dalam badan. Makin lama makin banyak, dan kesudahannya kepala jadi semak. Betul dak?
Sebenarnya saya ni baru sahaja habis merias kek. Dua hari mengerjakannya. Dan seperti biasa, banyak ler email dan sms yang saya hanya 'pandang-pandang dan jeling-jeling saja' sebab saya hanya mahu kek saya siap. Itu saja fokus saya.
Sebaik saja selesai menyiapkan bunga ros yang kembang mekar meletup tu dan disusun atas kek, baru saya lega dan cepat-cepat saya telefon mak. Uh! Leganya dapat dengar suara mak saya. Dan dalam sembang-sembang tu, sempat juga mak saya tanya soalan cepu emas;
"Hang tak nak jadi wartawan dah ker?"
:-))
"Full time tak nak ler mak. Duduk kat umah lagi sedap! Tak ada orang kacau."
:-))
"Habis nak buat kek jer?"
"Dah Tuhan kata macam tu...kita buat jer."
:-))
"Em...elok ler."
Lega.
Kek yang ditempah sudah pun diambil penerimanya.
Alhamdulillah.
Dan sementara menunggu petang bertandang, saya kemas kini blog sikit, FB, Flickr dan juga email. Terpandang gambar comel ini, saya upload untuk jajan kalian.
Cover ni dah 10 tahun usianya. Saya buat untuk majalah Jelita bagi keluaran Oktober 1999. Masih saya ingat lagi betapa jerihnya untuk menyiapkan cover ini
sebab pilihan pertama saya;
seorang Datin yang hebat berlakon dan sangat sedap apabila menyanyi
(tapi masa tu belum pun pakai title tu) tiba-tiba menelefon saya untuk menarik diri sedangkan semua sudah siap. Tinggal hendak cetak saja.
"Jun sorry, I terpaksa minta you tarik balik cover tu."
"Kenapa?"
"Macam ni...bla...bla...bla...bla...& dia tak bagi bla...bla...bla..."
Nafas saya terhenti sekejap. Lelah.
Maknanya saya kena buat cover baru...dalam tempuh 48 jam. Pitam!
Jadi, dalam tempuh sekejapan itu juga saya terpaksa perah kepala ni, cari pengganti yang layak menyerikan bumper issue (khas pengantin) Jelita.
Entah macam mana, nama Wardina muncul dan
alhamdulillah Editor setuju dan selebihnya menjadi sejarah.
Apapun, bukan mudah hendak menyiapkan cover yang ini sebab tarikh luput kerja yang saya
panggil 'garisan mati' tinggal beberapa jam saja lagi.
...mencari Wardina,
....memujuknya,
...mencari mekap artis,
...mencari penaja baju,
...penaja rambut,
...penaja barang kemas.
Tapi,
mujurlah semua perkara ini `jatuh terletak' ditempatnya, mungkin berkat doa emak agaknya.
Dan inilah hasilnya.
...antara cover yang tersempurna,
sebab zaman tu photoshop belum meluas dan cacat cela susah nak dipadamkan.
Jadi, mendapat model yang berwajah ayu polos begini adalah satu rahmat.
Cantikkan Wardina? Mengingati Wardina...dahulu dan sekarang....membuatkan saya senyum sendiri.
Kenapa?
:-))
....adalah!

4 comments:
yay . . . shashue tau sebabnya. . . nanti shashue call ya!
kak Jun ni..berahsia plak...buat saspen jek..hihi
Hidup memang penuh dengan perkara-perkara yang diluar jangkaan kita kan Kak Jun. Tapi tabiklah dengan Kak Jun. Dalam masa yang teramat singkat, masih dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dengan jayanya... Kalau kitalah, rasanya mesti gabrah tak sudah!
TO SHASHUE
Apa yang Shashue tau...sorry...very exclusive yer!
TO FASYA
Berahsia apanya pulak. Memang ada...tapi tak boleh cakap. Kalau nak tau juga...bagi cupcake Fasya buat kat kak Jun...nak sedozen.
TO MAMAFAMI
Sebenarnya memang panik bila hal macam ni berlaku tapi nak buat macam mana...kita terpaksa fikirkan hal yang lebih penting. Tak sanggup nak mudaratkan orang lain kerana nak mudahkan kerja kita...mujur ramai kawan-kawan (mekap artis...designer...hairstylist) yang sanggup tolong dan kerja yang susah jadi mudah. (Untungkan kalau kita sayang kawan n kawan sayang kita).
Post a Comment