Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Saturday, June 27, 2009

Cinta Bersepuh Emas



HOBI baru saya sekarang suka sangat pandang benda-benda yang berkilauan dan berkerlipan. Lagi gemerlap lagi tak jemu ditatap -- tak puas diusap. Bak kata orang.....sejuk mata memandang! Lagi afdal kalau yang berkilau tu ada simbahan keemasan. Hem, guarantee lega jiwa -- rasa 'bernyawa' :-))





Kalau lalu depan kedai emas tu...rasa macam lalu depan rumah kawan lama jer. Rasa macam nak singgah...tanya khabar, tanya itu tanya ini...pandang-pandang, jeling-jeling...try...try...test..test! Em...best. Maka, kedatangan email Najlah yang berhajat menempah kek bertema keemasan memang sesuai sangat dengan citarasa semasa saya. Dalam kepala ni terus terbayang cadar baldu krim gebu ditekat kemas benang emas. Dan seminggu sebelum tarikh dijanjikan, saya adun gumpaste untuk dibuat bunga ros. Tak mudah...dan tak juga susah. Tapi dek kerana dalam kepala ni terbayangkan kuntuman bunga mawar berkelopak besar, maka hanya gumpaste sahaja boleh merealisasikannya sebab boleh dicanai senipis-nipisnya dan dibentuk semahunya. Tapi sebab belum biasa, lama juga saya menghaniskan masa di meja kerja. Dan akhirnya, siap juga kek yang didamkan Najlah. Dan senyum saya bertambah lebar apabila membaca SMS Najlah dan catatanya di ruang sembang.
....dada pun terasa lapang.
(p/s: apa kabar pak habib!)

















5 comments:

n.i. said...

kak jun,
pak habib mana? <-- pertanyaan untuk saya atau untuk orang lain? hehehehe

terima kasih byk2 ya :-) memang gorgeousssssssss... i loike!!!

chepah75 said...

ish....kalau minat benda berkilau-kilau...bahaya tu kak....hihihi...Mahal tu kak....

cupcakekasih said...

to Najlah

Thanks to you Najlah...and Pak Habib tu? Girl's best friend :-))

cupcakekasih said...

To Chepah75

Memang bahaya Chepah..tapi kalau nak sejukkan hati, cubalah pandang benda-benda tu...gerenti happy.
:-))

shina said...

wow.. berkilau-kilau mata shina tgk kek kak jun ni, bila la agaknya kek shina nak berkilau-kilau camtu.. ehehe.. kilau dlm mimpi je la kot :D

georgeous, neat & sweet .. i always admire your work kak jun:*