Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Saturday, May 30, 2009

Inspired by Chanel

SELEPAS berminggu-minggu `shopping' di alam maya, akhirnya saya haaaaaapppy sangat sebab hajat untuk ber'Chanel', termakbul juga. Pada mulanya saya bercadang nak ambil `Chanel Reporter's Bag' sahaja, tapi rasa rambang mata pula bila tenguk Chanel 2.55 dan Lady Dior. Alia pula syorkan saya copycat Hermes Birkin saja. Itu yang paling class! Tapi, sebab saya ni memang teruja sangat dengan Mademoseille Coco Chanel yang sangat genius tu (and masa kat majalah Jelita dulu selalu terima hadiah berkotak-kotak barangan Chanel -- jadi, tak mungkin cinta ini beraleh kat yang lain. Lalu, pada penghujung pencarian, saya putuskan untuk mengabadikan handbag Chanel yang anggun menawan ini untuk kek perkahwinan yang ditempah Siti Haidah untuk anak saudaranya yang bernikah pagi tadi (Sabtu 30 Mei 2009).
Kata Siti tunang (dan sekarang isteri) anak saudaranya tu memang sukaaaaaa sangat beg tangan. Kalau terpaksa memilih antara kasut dan handbag, dia akan sambar handbag dulu.
"Jadi ini adalah surprise untuk si pengantin perempuanlah ni."
"...and ngan tidak-tidak ya Jun, Mesti buat kek handbeg tu juga. Aku nak ikut rombongan pengantin lelaki ke Kuala Lipis."
"Ko nak handbag cap apa?"
"Apa-apalah...asalkan beg. Tema warna krim & putih. Decoration....terpulang kat kau."

'Macam orang mengantuk disorongkan bantal (especially bantal bulu burung dari Ikea)', maka saya pun dengan senang hati segera memahatkan tempahan Siti itu kat dada kalendar saya (sejak sebulan lalu). Bagi menyempurnakan misi kali ni, saya buat homework sikit. Maklumlah cake handbag chanel ni tak sama dengan yang saya bagi kat kawan saya, Lynette (Editor-in-Chief CLEO). Beg merah jambu ilham Botegga memang senang. Tapi kalau hendak dijadikan hantaran perkahwinan, saya lebih suka bentuk yang klasik -- less is more. Tak boleh pilih warna terang dengan rekaan dan perhiasan yang gawdy. Jadi, saya pilih Chanel -- lambang kesempurnaa seorang wanita. :-)

Bagi menyiapkan kek ini saja, saya sediakan kek seberat dua kilo dan fondant saja dekat tiga kilo. Tangkainya saya siapkan lebih awal. Tapi, paling saya suka ialah menyiapkan kepala zip ni. Ralit. Selepas benar-benar kering, saya sapu edible gold dust pulak untuk dapatkan effect keemasan. Semuanya dari fondant tau -- boleh digigit dan dikunyah-kunyah. Sedap!



Saya rasa part paling susah ialah membuat garisan pada beg ni bagi menonjolkan effect quilt sebab fondant cepat kering jadi kalau ditekan terlalu kuat boleh menyebabkan rekahan halus. Memang saya tak berkenan kalau permukaan fondant tercela. Bagi menaikkan aroma fondant, saya tambah perisa orange....emh! memang serasi sangat apabila digandingkan dengan kek coklat lembap. Yummy sungguh. Bagi memudahkan kerja dekorasi di masa depan, saya buat banyak nota kecil. .


Kalau ditanya perasaan saya sekarang....mestilah happy. Tak dapat beg tangan Chanel yang sebenar, berpeluang merias kek bentuk kembaran begini pun saya dah puas hati. Teringat kata-kata Siti malam semalam semasa mengambil kek ini...."silap-silap haribulan, pengantin tak tergamak nak potong kek ni Jun."

"Takpa, potong ke, tak potong ke, janji dia dah dapat hantaran handbag."

Senangkan? Dua dalam satu -- handbag dapat, kek pun dapat. Barulah happening orang Lipis! Yay!

10 comments:

kamalina a.k.a aimi said...

Subhanallah kak jun.lawa sgt2 beg ni..rasa mcm tgk beg yg betul.... cam tak caya je ni kek... tgn kak jun berseni betul.. mesti pengantin sayang nak potong... bilala saya dpt buat kek yg cantik mcm ni????

cekmekzue said...

kak jun, teramatlah cantik, teramatlah detail to perfection!You did it again!it's a wow factor!

Anonymous said...

ooooh chanteks sungguh bag Chanel ni Kak Jun!! another feather to yr cap! hantar jgk ke Chanel, mana tahu jadi official Chanel cake maker? ;)

salam,
marina Doha

cupcakekasih said...

To Kamalina

Insyaallah mesti boleh tu. Main dengan fondant ni kena daring sikit.Kena berani bereksperimen. Kalau teringin nak buat tu....terus uli je fondant tu. Ibarat macam R&D ler...setiap kali buat, kita mesti dapat tips baru. We can learn from our own mistakes. Goodluck.

cupcakekasih said...

To Cekmekzue

Thank you very much Zu. Memang dah lama mengidam ni. Jenuh juga mengadunnya. Uli sana, belek sana. masa buat ni tangan dengan kepala sama jer gerak laju. Banyak kali juga tersilap and terpaksa betulkan cepat-cepat. Bila habis buat kek ni....terus melepek sehari-suntuk.

cupcakekasih said...

To Marina

TQ so much for your email and your lovely comments. Saja nak cuba nasib....buat something diffrent. Berdebar-debar juga tapi alhamdulillah...doa termakbul juga.

SweetSue Cupcakes said...

wow.. cool nya.!! seriously, klu saya dpt kek ni, bawak jln2.. buat mcm hand bag btul.. msti org tak perasan.. ehheh.. ske sgt tgk hasil kreatif kak jun.. =)

Siti Hajar Ahmat said...

Salam, saya kagum sangat tengok semua rekaan Kak Jun. Cantik tersangat cantik...especially handbag tu...nampak macam real.
Kemas dan rapi....
Kak Jun memang talented.

ღnFashyaღ said...

yA Rabbi, saya salute betulla dgn kak Jun ni....xsia2 saya pilih kak Jun sebagai sifu...KREATIF!!!

Mat Gebu said...

Tabikk!!!...lepas ni buat beg isi kayu golf pulak yeaa.....