...pagi ini
(sebuah kisah tertunggak)
(sebuah kisah tertunggak)

Caption: Hydrangea di laman saya ni baru nak bernunga...itu pun kecil saja. Maniskan ambil gambar selepas hujan?
Bumi di luar basah disimbah hujan....
dan saya batalkan sahaja hajat mahu keluar. Tak sukalah nak memandu kala darurat begini. Lebih baik blogging sambil hirup kopi hangat dan tatap buku resepi. Bukankah itu lebih nikmat?
caption: another fav. books, Confetti Cake dan Novelty Cakes -- both cik suami beli masa pi Osaka last year.Suasana pagi ini pun damai sekali sebab semua anakanda ke sekolah dan saya boleh conquer seluruh rumah. Dada dan kepala pun lapang sebab tak ada hal yang mendesak.....
(Kalau ada pun, semua sudah terlampias minggu lepas. Kami anak-beranak pecah rekod, sebab tiga hari berturut-turut kami ke sana. Anak- anak suka sangat makan meatball dan saya pula tak boleh lupa kesedapan salmon dengan sos lemon :-))
captions: Arina and Adam tetap akan pilih menu yang sama saja...walaupun 1000 kali bertandang ke sana.*********
Hujan belum juga teduh
Jadi saya terus surfing alam maya sambil uli-uli gumpaste. Hajat hati nak buat orkid pulak. Dah cuba dah tadi. Dapat sekuntum, tapi tak berapa nak cantik sangat, jadi saya tak jadi teruskan projek tu. Esok lusa saya sambung baliklah.
Captions: Dalam asyik menunggu hujan reda....dapat juga saya buat lima, enam biji handbag. Nak hadiahkan kat seseorang...hi hi. Sekarang dah masuk musim baru... spring/summer collection 2009...! Let's check it out. Cupcakekasih pun tak mau ketinggalan zaman lor!Captions bawah: Lega sangat sebab buku kesayangan saya ni dah jumpa balik. Inilah buku cupcakes saya yang pertama. Cik suami beli kat Osaka last year. Sekarang ni setiap kali dia pergi Jepun, saya tau mesti dia akan beli buku baru. Semuanya saya sayang...saya tatang. Setiap kali lapang, mesti saya ulang tatap. Belek 24 jam....24/7!

Hujan sudah menghampiri penghujungnya
Tapi, hajat hati saya nak bakar sebiji cake tetap saya tangguh dulu, sebab saya masih menunggu kedatangan juruteknik dari Electrolux. Oven yang baru dua, tiga minggu saya beli, tiba-tiba meragam...tak mau bunyilah and lampu tak menyalalah. Pernah sekali tu cupcakes saya hangus gara-gara saya terleka. Tau-tau cupcakes vanilla, jadi coklat...LOL!
Inilah akibatnya kalau sayang sangat nak ganti oven lama. Saya beli masa Alia baru lahir dulu. Memang bagus brand tu sebab jarang meragam. Tapi kali ini (7 Mac) masa saya tengah sibuk nak menyiapkan kek & cupcakes tempahan pengantin, oven antik saya 'k.o'.
Saat itu juga saya rasa nak pitam -- apa saya nak buat dengan adunan kek (untuk empat biji kek) tu. Tiba-tiba sahaja oven tu tak nak menyala. Eh! Biar betul? Saya rasa macam nak menangis..... tapi terpaksa saya tunda dahulu episod tangisan itu sebab ada kerja lain yang lebih penting saya mesti selesaikan dahulu hal berbangkit ini atau kek pengantin tak dapat disiapkan.
Sekarang saya boleh ketawa apabila mengingatkan hal petang yang malang tu. Tapi masa kejadian tu berlaku, muka saya pucat lesi betul tau).
Dipendekkan cerita............
Cepat-cepat saya capai kunci kereta, & ajak Alia teman saya ke Taipan (business centre), Kat situ ada banyak kedai barangan elektrik. Saya tak putus berdoa, jtakut semua kedai tu kata "tak ada stock".
Sesampai saja, saya tak toleh ke kiri dan ke kanan. Mata ni asyik magnet terus ke bahagian oven saja. Dalam hati saya kata -- apa nak jadi, jadilah....saya mesti ambil satu kalau tak nak dulang pengantin kosong.
Mengingatkan hal ini, saya jadi double panik.
Makanya masa itu keadaan saya macam orang buat saie (read sah-i) pulak. Ulang alik ulang alik sepanjang kaki lima kedai-kedai kat Taipan tu. Dalam panik tu, sempat juga saya telefon sifu saya (Chef Asma) dan Winnie, owner Best Baking kat USJ 8.
"Winnie, I need your help. Can you send me oven......now."Sesampai saja, saya tak toleh ke kiri dan ke kanan. Mata ni asyik magnet terus ke bahagian oven saja. Dalam hati saya kata -- apa nak jadi, jadilah....saya mesti ambil satu kalau tak nak dulang pengantin kosong.
Mengingatkan hal ini, saya jadi double panik.
Makanya masa itu keadaan saya macam orang buat saie (read sah-i) pulak. Ulang alik ulang alik sepanjang kaki lima kedai-kedai kat Taipan tu. Dalam panik tu, sempat juga saya telefon sifu saya (Chef Asma) dan Winnie, owner Best Baking kat USJ 8.
"Now?"
"Yes...now. Urgent. I need to deliver cakes... by tommorow. Please."
"Cannot Jun. No stock. Tomorrow can?"
(Jantung saya bagai terhenti.
Esok? Mana sempat nak masak dan nak deko serentak! Wakil pengantin nak datang ambil kek pada sebelah petang).
Saya called Chef Asma. Mujur dia tak ada kelas.
"Brand Z tu pun ok kak Jun. Lagi elok. Tak payah ambik yang besar tu. "
"Ye ker Chef?"
"Yes...bla...bla...bla...Yes...bla ...bla...bla."
"Oh! Oklah kalau macam tu."
Dan, menjelang jam 6.00 petang saya sudah dapat oven baru. Dan, semua adunan yang saya buat tadi, saya gunakan untuk test drive oven tu saja. Bukan senang nak membiasakan diri dengan benda baru ni. Ada hangus, ada bantat...dan selepas cuba banyak kali,
akhirnya,
by midnite barulah kerja saya selesai. Esoknya, selepas subuh, saya terus buat satu mangkuk lagi adunan kek yang baru dan inilah dia cake dan cupcakes pertama yang saya bakar menggunakan oven baru tu. Bersempena kejadian itu juga saya beri judul entry berkaitan "Kek Penuh Kenangan'.
akhirnya,
by midnite barulah kerja saya selesai. Esoknya, selepas subuh, saya terus buat satu mangkuk lagi adunan kek yang baru dan inilah dia cake dan cupcakes pertama yang saya bakar menggunakan oven baru tu. Bersempena kejadian itu juga saya beri judul entry berkaitan "Kek Penuh Kenangan'.

Captions: Inilah dia kek penuh kenangan itu. Mujur saya dapat juga kejar 'garisan mati -- deadline'. Alhamdulillah.************
Akhirnya, technician sampai...
Hujan pun teduh. Semua ok saja dan yang kelakarnya, bukan oven tu yang ada masalah, tapi saya yang tak baca manual betul-betul LOL!
p/s: Siaran tertunda ini tidak dapat dielakkan sebab coverage Internet kat area saya asyik terganggu saja sejak pagi. Agaknya sistem cap kapak kot depa pakai...sebab sumpah saya dah bayar semua bil saya!
6 comments:
brand Z tu zanussi ke kak jun?? saya guna jetcook zanussi... so far Alhamdulillah... nipun selepas rujuk merata tempat...
kak jun..cantiknya kek yg dibuat dlm kekalutan tu... suka sgt tgk!!! agak2 kak jun nak buat kelas utk deco kek mcm tu tak?? saya nak join la....
Dear Aimi...
Ya, kak Jun beli Zanussi...memang best oven ni & problem tu pun sebab kak Jun tak baca manusl betul-betul dan bulbnya terbakar. Memang cantiklah masak kek dengan Z ni. Aimi beli dah lama ker? Nanti bolehlah kak Jun tanya Aimi kalau ada masalah berbangkit.
Pasal kek tu...
Memang kak Jun nak buat kelasnya...tapi kak Jun tengah fikirkan macam mana nak bagi suasana sikit and bila nak tebar fondant tu kita nak ada big space kan. Kalau satu kelas tu sorang atau dua bolehlah. Nanti kak Jun plan betul-betul baru kak Jun update pasal kelas kek pulak.
Salam Jun. Saya pun guna Jenis Zanussi/Europa tu adik beradik Jun, so far Alhamdulilah dah more than 10 years tak ada problem. Cerita pasal orkid, saya pun ada mencuba tapi resultnya kurang memuaskan bila ku padang belik macam kaku tak bermaya heheheh... nampak gaya kena cuba sekali lagi.
iyela kak Jun!
saya pestime gune oven baru last month kek span sgt ringan dan kering huhuh sket aje lagi nak rentung ekeke..
kelas kek fondant tu jgn lupe kasitaw saya kak Jun..huaaaaa nak join!
Aimi, kite g sesame!
Kak Jun,
your writing & your kek deco sama cantik sama padan. I want to read & see more & more....:P
salam...cayalah kak jun, hasil oven baru dan kek mengejar 'garis mati' tu tersangatlah cantiknya
Post a Comment