Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, March 26, 2009

Confession of A Shopaholic?

TO CELEBRATE THE PREMIERE OF "A CONFESSION OF SHOPAHOLIC "(which is now in theatre nationwide) i gave my own version of
Pengakuan Si Ketagih Shopping
versi Cupcakekasih....!





Memang sudah lama saya berhajat hendak merias kek berbentuk beg seperti ini. Kali pertama dahulu saya buat dalam keadaan tergesa-gesa. Tak sempat nak buat on-line tutorial pun sebab masa itu saya sibuk dengan tempahan lain. Tapi demi kawanku, Aida yang minta tolong buat kek harijadi untuk bossnya Wirda Adnan ( Ketua Pengarang Glam) tu, jadi saya beranikan diri juga membuat kek berbentuk beg ni sebab saya rasa hanya ini sahaja konsep paling sesuai untuk warga lifestyle magazine macam wartawan-wartawan GLAM tu. Ketika itu saya hanya menggunakan fondant sahaja, jadi banyak teknik yang tidak boleh saya aplikasi untuk buat bentuk lebih rumit sebab fondant ni tak luwes (flexible) macam gum paste dan mudah pecah. Inilah kek yang saya maksudkan itu.

Chanel Tote



Tapi kali ini, untuk kawan saya, Lynette (Ketua Pengarang CLEO,) saya guna fondant dan gum paste. Both home made. Saya rasa selepas setahun menggunakan resepi fondant yang saya uli sendiri, saya lebih memahami fitrahnya. Bagi saya, homemade fondant ni lebih mudah dikendalikan sebab iranya lebih kenyal dan tak cepat koyak dan kering serta tidak perlu menggunakan terlalu banyak tepung jagung atau gula aising semasa mencanainya. So, ini banyak membantu kita masa proses merias. Resepi inilah yang saya berikan kepada semua yang belajar merias kek dengan saya (dan ini juga sangat menjimatkan kos berbanding menggunakan ready made fondant).

Berbalik hal merias kali ini, saya memberanikandiri juga untuk membuat kek beg walaupun tak sempat lagi mengambil kursusnya. Jadi saya hanya menggunakan contoh gambar beg yang saya berkenan tu dari majalah Harpers Bazaar koleksi Alia. Well, inilah begnya, mirip himpunan terkini brand Bottega Venetta untuk Spring/Summer Colection 2009. Hanya warnanya sahaja saya ubah -- menggunakan merah kesumba (a.k.a light pink) sebab tak berapa nak yakin pakai warna coklat. Next mission saya teringin nak cuba warna coklat pulak.

OK, pada pendapat saya...merias cake berbentuk beg ini sebenarnya mudah sikit berbanding kek kahwin sebab knick-knacknya tak banyak sangat, especially kalau beg bentuk empat segi macam ni. Main gelek-gelek dan potong potong saja fondant tu. Janji ira fondant smooth dan tak terlalu kering. Kita potong fondant tu macam gunting kain juga. Mesti ukur dulu dan potong menggunakan fondant cutter. Lepas tu lekapkan pada cake macam kita cover cake lain juga.

Handbag ni made of chocolate cake and covered with chocolate cream frosting. Nak bagi extra yummy sikit sebab all Cleo girls tu kaki diet. Ok Lynette...forget your brocolli and carrot stick...enjoy my moist chocolate cake :-))

Saya mula merias kek pagi ni tadi selepas subuh. Dan kalau tidak kerana tertangguh sekejap sebab menghantar Adam pi dentist, mesti kerja saya ni dah siap lebih awal Tapi dah Adam gaduh sakit gigi, jadi terpaksalah saya tangguhkan kerja. Hem...'terbang' juga dua, tiga jam kat luar tu dan hanya selepas zohor sahaja baru saya dapat sambung balik. And, by Asar kerja siap dan saya terus drive ke ke pejabat ACP Publishing di Up Town Damansara. To Lynette, thank you so much for the opportunity given to my daughter, Alia, to be your Intern at your magazine, Cleo, last Nov/Dec 2008.

Well! to all ladies...let's celebrate our greatest therapy....SHOPPING!

and
This is a confession of a retired Shopaholic.


12 comments:

Sugarpink Icing said...

hye, k.jun, iam still in kelantan, me and tijani in the hse - Tijani demam pula dari malam tadi (asal balik kelantan dia demam) the rest pergi ziarah kubur so adalah masa surf sekejap. Its a beautiful handbag, i luv it. . . ive watched C.O.Shopholic on the DVD (piratelah apa lagi) coz tak sabar nak tunggu on the cinema and I laughed like mad when I saw Becky a.k.a Rebecca . . . we should watch it together. . .

Raja Radiah said...

so cute.............

CT Delima said...

Hai Jun cantik nya deko dari you ni..terpesona ct melihatnya.teringin belajar suka lahhh :)

Jasmeen said...

kalo beli yg ori nih, mau terbang sebulan gaji...alamat bulan itu...mkn roti lorrr.....:D
>>Agaknya kan, streamyx ni alergic ngan ujan & petir....ptg smlm ujan lebat...pluppppp!!!! dgn tipon line sekalik out...ampes pya TM....dlm seminggu, dorg mesti nak dgr leter sya dok komplen....tebal sungguh cuping telinga dorg...grrrrr

rizza said...

Salam,

Cantik nye kek "HandBag" tu..
Puan Jun ade buat kelas utk kek begitu ke? berminat ...

kamalina a.k.a aimi said...

WOW...cun sgt2 handbag ni kak... alahai...rasa mcm skarang je nak terjah rumah kak jun..nak belajar dgn akak lak... nak belajar buat ni kak... :D

JUN said...

salam semua,

Shashu
Dah sampai KL. Macam mana? Happy tak Tijani naik train. Mesti dia rasa macam great advanture kan? Shashu...Shopaholic movie cab never beat the novel...I can only give 2** to the movie

Raja Radiah: terima kasih banyak-banyak.

CT DElima: Hai...dear. Thanks for the compliment. Kalau sudi nak belajar emaillah kat saya ya.

JAsmeen: Betul Meen, kalau beli ori mesti kena makan roti celup kopi...tapi bukankah itu yang sedap. Teruatamanya bisukut kepala lutut! Pernah dengar?

JUN said...

Aimi & Rizza

Ok, kak Jun akan buat kelas handbag ni by end of April Insyaallah. Nanti email ya.

Salam Kak Jun

rizza said...

salam kak jun

tq.. waa best nye.... kalau dpt belajar kan....tak dpt la nak join kelas ...jauh sgt... next time.. insya'allah..

Gula dan Mentega said...

salam kak jun ...

ita nak join gak !!!! bagitau date ya ... hi hi hi

Wiz said...

Kak Jun, very nicely done. I so love your interpretation of the colour. I had a similar order of a bag yang mcm ni but terpaksa tolak sebab dah full sgt minggu tu. Hope I will get the opportunity to do something like this in the future.

AdrianT said...

Wow.. nice design.. is so adorable.. =)

Like your design always !!! =)