Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, February 20, 2009

Akhirnya 'jodoh' kami bertemu juga :-))

BEBERAPA kali kami berbalas email...sikitpun saya tak perasan siapa sebenarnya 'Raja Khatijah' sebab nama samarannya dalam laman FLICKR lain. Hinggalah ke saat terakhir, iaitu 24 jam sebelum 'Raja Khatijah' akan bertamu ke rumah saya, barulah 'loceng dalam minda' saya ni berbunyi - terutamanya setelah mendengar suara ramah `Raja Khatijah' di corong HP.

Saya belek SMS yang dikirimkannya. Kemudian saya cepat-cepat masuk laman FLICKR saya dan cari nama 'Raja Khatijah'. Apabila terpandang PU3, saya tersenyum sendiri. Agaknya ini Aishah ni!

dan

Saya pun SMS 'Raja Khatijah' dan dan jawapannya seperti yang terdetik dibenak saya. Em! alahai, dah terlalu sering kami bertukar komen di laman FLICKR 's photostream:


Irdina- Home Alone )-:


Malah, kami pernah saling berjanji mahu 'barter' trade' kemahiran masing-masing. Tapi, rupa-rupanya selepas hampir dua bulan Aishah tidak muncul di FLICKR, dia emel saya dan mahu mampir ke rumah setelah mengetahui saya menganjurkan kelas dekorasi. Memanglah saya terujalah kerana dapat bertemu Aishah a.k.a Raja Khatijah dan sepanjang petang semalam (Khamis 19/Feb/2009) kami mengadun fondant berdua. Memang sungguh ralit dibuatnya.


Hem! Seriunnya tu! Macam belek cincin berlian aje kami ni. Kan? kan?
Geram saya tenguk anak Aishah yang comel macam anak patung tu. Selalunya tenguk wajah gebunya dalam FLICKR Aishah saja. Tapi, bertemu empat mata lebih teruja... comel sangat Irdina ni.

Penutup kunjungan, kami minum petang dan sembang-sembang...tapi, waktu sangat mencemburui kami. Hem...thanks Aishah dan jangan lupa update Kak Jun dengan 1st entry fondant dekomu itu.

:-))

4 comments:

Lily Haslina Nasir said...

haaaa... baru nampak jelas besor clear gambar kak jun masa tengah belek cincin berlian tu... hilang rindu!!! Mengopi, mengeteh.... jom ajak haizan sekali ke...

NAURAH MAKWA said...

..kak jun ni talented lar..t bleh la naura tempah kek untu beday my doter..

DeLLa said...

kak jun..jeles nyer tgk owg blaja buat hiasan2 kek yg cantek..bila la sy nk blajar ni...tp insyaallah satu hari nnti sy nk kak jun jd sifu sy..bleh kan??

JUN said...

Lily -- sihat ke? la ni tengah buat novel? mesti cerita cinta menyayat hati tu. Kak Jun gantung pen sekejap ler nampaknya. Nanti kalau jumpa bagilah satu novel...mesti ada tandatangan tau n kita nak ambik gambor dengan waklah juga. Nak pose dalam blog ni...mesti best nih! muah muah