Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, January 23, 2009

Panasaran!

Caption: Semua nampak happy jer kan? Tapi sebenarnya penat sangat sebab baru lepas angkat beg baju berpuluh-puluh kilo. Kalau beg baju sendiri tak apa, tapi baju untuk show. Datin Kirana sempat posing macam ikan duyung, Albert King yang control hensem dan Shashu yang bersungguh-sungguh nak nampak cute! Saya juga yang kekal awet ayu....hi hi!

Caption IFF2008: Manisnya ke sana hanya kerana dapat berjumpa lagi dengan kawan lama. Pic paling atas, saya terselit di antara Shashu dan kakaknya, Datin Kirana dan designer friends yang lain -- Calvin Thoo, Iszal, Albert King dan bekas designer untuk Euro Moda, Bung Yamin. Tapi yang panis ialah bila dapat berjumpa dengan Norfarahin Jamsari yang datang bersama rombongan TV3 (Pix bawah, kiri sekali). :-))



PENAT sejak empat hari lalu sudah sampai ke kemuncaknya petang ini. Tak sabar hendak menunggu esok datang. Saya mahu cepat menghabiskan deko yang terakhir malam ini juga supaya perjalanan saya ke Kuantan esok tidak tertunda-tunda. I need another break. Kalau ikut hati saya nak ke Bali saja. Rasa-rasa dah lama saya mengidam ke Bali tapi entah kenapa sampai la ni tak termakbul juga. Dah ke Jakarta banyak kali dan tempat lain pun dah sampai naik penat kak ni, tapi ke pulau Dewata yang satu itu juga saya masih belum ada rezeki.

"Jomlah Kak Jun ke Jakarta, saya nak cari barang...anak nak kawin ni, " kawan saya Sheila, mengajak saya lagi. Saya mengeleng. Kalau ke Bali, sekarang juga saya angkat kaki, tapi ke Jakarta...oh! tidaklah. Jeran berkunjung ke sana bersempena minggu fesyen (Islamic Fashion Festival) lewat Jun 2008 dulu pun, belum betul-betul surut lagi. Eh! saya rasa sesak dada tenguk jalan yang terlampau sesak sekarang ni. Dulu masa kerja saya boleh tahan berjam-jam dalam kereta, tapi la ni badan manja betul. Kena traffick jam sikit, terus rasa nak migraine.

Sebenarnya dulu saya teruja sangat nak ke Jakarta sebab nak serbu baking shop dia, nak tenguk utensils kat sana -- kot kot depa ada plungers yang lebih meletop ker. Tapi...sampai sudah saya dan Shashu (Sugar Pink Icing) kehampaan. Kesudahannya kami habiskan masa kat Pasar Baru jer, beli French lace yang teramatlah murah tu. Kata orang terubat juga hati yang dah memang ketagih sangat nak shopping kat sana. Itulah saja keseronokkan ke Jakarta. Nak pergi Tanah Abang ke.m Tanah Akak ke, dah memang tak kuasa dah sebab perut rasa sebu dihayun teksi sepanjang perjalanan.

Apapun, saya puas hati juga sebab bila berjumpa dengan Iszal (Butik Citra) dan Calvin Thoo -- depa pun mengaku, betapa berbaloinya beli renda kat sana ;-))


p/s: Apa cerita pun, komer mesti ke Bali. Shashu juga yang bertuah, hubby dah siap belikan tiket untuk dia merambu dengan kengkawan kat sana Mei ini. ...isk! isk!

1 comments:

shashue said...

ha ha K.Jun, teringat kat Jakarta, kita merayap sampai ke Mangga Dua . . . shopping kain lace. . . letih but it was fun! Bali trip with friends, tak sabo nak pi nie. . .