Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, January 29, 2012

Ketepi Ketepi Ketepi...Ustaz Azhar Idrus Nak Lalu

ASSALAMUALAIKUM


MINTA mahap semua. Malam ni dapur ditutup. Order pun ditutup. Televisyen pun tutup. Jom kita layan yang ini pulak.



Kata orang tu, sampaikanlah walaupun cuma sepotong ayat tentang kebaikan. Nak derma juta-juta pun memang tak ada. Nak buat kerja kebajikan sekali sebulan pun belum tentu. Nak derma masa dan tenaga dalam kekerapan yang konsisten pun belum tentu lagi. Jadi, laman maya ini dibuka selapang-lapangnya untuk menguar-uarkan hal yang baik ini.

Akhir kalam, jumpa di sana.


Jamu Selera di D'Cengkih



Assalamualaikum

SARAPAN di mana pagi ini? Saya suka jalan-jalan cari makan dengan encik Suami awal-awal, sekitar jam 7 pagi. Suka menikmati suasana sunyi dan sejuk di pagi minggu. Kami suka cari tempat yg cosy. Kadang-kadang tu bukan nak makan sangat, tapi sebab nak berehat saja sambil baca surat khabar. Jadi, Mc Donald SS15, Subang Jaya tu adalah tempat kegemaran nombor satu sebab kopinya yang sedap (dan free flow, itu dah tentu). Saya boleh menghabiskan at least tiga cawan, regular, macam tu saja. Kalau nak makan tosei, kami ke Pelita dan kalau nak laksam sedap jom ke Gerai Terengganu di SS19.

Kuih-muih melayu dan lontong sedap ada di Akasia USJ 3 dan Restoran Ubi Kayu. Restoran Bawang Merah pula kami anggap 'ibu' kepada segala yang sedap di Subang Jaya, terutama bagi penggemar makanan Melayu. Tapi kena sabar ya sebab restoran ni sentiasa full house. Orang sanggup beratur panjang dan berhimpit-himpit sebab makanannya semua lazat sangat, dan mengikut piawaian `sedap dan cantik dan bersih'. Macam emak kita jer yang memasaknya! Semua nama restoran yang sebut ini di kariah Subang Jaya dan USJ.

Tapi, pagi semalam kami sekeluarga bertukar angin, pergi menjelajah sampai ke Taman Tun Dr Ismail sebab nak mencari restoran Melayu yang direkomenkan oleh MHI dan kawan LOTR, encik Jasni. D'Cengkih namanya. Dan selepas mencuba juadahya, dengan suka hatinya saya bagi 5 ***** bintang ya! (both untuk layanan/tempat + makanan)

captions: Lembut sunggut pulut ni, macam baldu. Bila kita gigit tu rasa syahdu benor!

Naik rambang mata kita dibuatnya. Semua sedap dan memikat. Tatkala kami sampai waktu dah agak meninggi juga sepertengahan pagi. Jadi banyak juga bekas yang sudah kosong dan pekerja di dapur bertungkus-lumus nak menambah segala juadah yang luak. Maklumlah, setiap minit orang berpusu-pusu. Macam memburu makanan free jer. Saya sendiri menyibuk kat kaunter hidangan, dok menceduk itu ini. Kalau boleh nak rasa semua, tapi sedar diri.

Akhirnya, selepas dicongak-congak, tanya mata dan hati, kami pun buat keputusan yang dah boleh dijangka. Arina memilih lontong yang sedap ini. Dikawankan pula dengan paru masak sambal. Inilah kegemaran kami sekeluarga. Saya cuma boleh terima lontong yang dimasak cara Jawa sahaja dan ternyata D'Cengkih menepati selera saya.


Saya pula memilih soto nasi impit yang boleh dapat 5 bintang juga kerana terasa segala rempah, ditambahi harum bergedel dan bawang gorengnya. Sambal kicap membuka selera. Makan panas-panas memang sangat sedap. Tak sedar-sedar semua selesai dingap dengan sekali hadap.


Kasih dan bapak dia makan nasi lemak. Ayam goreng yang berisi tebal dan gebu. Tenggelam gigit kala digigit isi. Settle dengan sekali tarik dan carik. Tak renyah pun mengunyah sebab isinya memang super lembut. Macam ayam dara sunti saja lagaknya. Sesuailah dengan Kasih yang makan dengan kelajuan yang sangat perlahan itu. Macam orang bercinta tau dia ni kalau menyuap nasi tu....satu...satu...satu! Orang semua dah habis, dia baru selesai suku. Saya dulu pun bercinta juga, tapi tak ler slow macam tu (tapi masa tu bukan dengan bapak dia ler)....LOL!

Dah kenyang makan, berangan pula dengan pengganan....lalu kami pilih 'tiga sekawan'....serupa tapi berlainan. Tau apa yang serupanya? Semua dibungkus daun pisang tapi isi di dalam tak ada persamaan. Satu koci berinti kelapa lembut manis, satu lagi lepat pisang yang menepati piawaian saya -- berinti kelapa. Saya tak suka makan lepat tak berinti. Dan yang pulut ni memang pelik sikit rasanya. Pedas-pedas lemak. Entah apa namanya, lupa pula nak tanya. Rupanya macam pulut udang tapi tak berbakar, jadi tak boleh dipanggil panggang.


Akhir sekali, bapak Arina Kasih ni mencuba pula kuah durian. Orang Melaka ler katakan, memang suka kuah durian warna coklat sukma begini. Kalau saya masak, mesti ikut cara Utara. Putih gebu saja. Dulu-dulu masa mula kawin, kalau masak kuah ni saya mesti buat dua jenis -- satu guna gula merah/kabung dan satu lagi gula putih. Nak ambil hati suami kononnya. Isteri Mithali :-)) (kononnya). Tapi la ni dah tak kuasa. Silalah terima apa saja yang terhidang kat atas meja tu ya Kekanda. Nak kecik hati pun buang masa saja, dah 21 tahun kawin. Jadi faham-faham saja ler. Kalau teringin juga, dah tau nak cari kat mana. D'Cengkih ler.

:-))

Inilah sebahagian lauk pauk, buat kawan nasi Dagang, pulut kuning, nasi lemak, nasi Ambang (pun ada). Lagi....nak apa?

Early birds...dapat makan sedap, sapa bangun lambat kena tinggal....itulah motto mama dan papa...yo!


Inilah D'Cengkih yang diselimuti bau harum segala juadah panas...sedap, berbaloi-baloi,
sekali breakfast melayang RM50!


Paling penting, pagi-pagi ada pula live band dengan lagu-lagu retro penuh nostalgia. Oh! Saya dengan encik Suami sangat suka. Feeling feeling habis dengar D'Lloyd, Ahmad Jais, Carpenters, Bill Withers.

.....dan lagu yang paling sedap, membuat saya terbang tingi-tinggi, tentulah lagu ini!



terkenang zaman itu. Oh! Doris Day....Perhaps Perhaps Perhaps

Jadi akhir kalam, selamat menjamu selera. Kalau nak singgah D'Cengkih, set saja GPS menghala ke Taman Tun Dr Ismail, berhadapan Pizza Hut dan berdekatan juga dengan pasar besar. Wassalam.

Friday, January 27, 2012

Hentikan Resah Itu


Assalamualaikum

MALAM ni panas. Siang tadi tak semena-mena oven yang sudah berkhidmat dengan setianya membakar beratus-ratus biji kek untuk saya, tiba-tiba 'mati'. Lampu tiba-tiba saja padam dan serta-merta senyap. Mujurlah kek coklat yang dibakar sudah masak. Cantik gebu naiknnya. Kira-kiranya cik Oven tu pun prihatin jugalah kat tuannya yang baik hati ini. Dia bagi masak dulu kek tu sebelum mati. Mujur saya ada satu lagi oven (sengaja beli dua sekali gus sebab nak elak musibah macam ni). Bayangkan betapa parahnya kalau saya tak ada back-up dan kek pula bersusun-susun macam minggu lepas. Adoi! Mau nangis jawabnya. Jadi esuk lusa saya mau rehat. Isnin baru kita hantar miss Oven masuk ward. Lagipun next week saya kena gantung apron sekejap sebab nak fokus projek tulis menulis yang dah banyak menanti tu. Dapat ku bayangkan peningnya. Penat masak kek lain. Penat mengarang cerita ni lain. Apapun, kita terima sajalah ya.


Jadi, malam ini saya tak dapat nak bercerita panjang sebab masih mengejar waktu. Aircond pun buat hal juga, tak berapa sejuk. Itu yang rasa lagi panas berasap ni! Hai macam berjanji-janji saja dia dengan oven kat dapur tu. Semuanya nak rosak serentak. Kempis dompet.

Tapi, apapun, tak baik mengeluh sebab kisah yang satu ni lagi sedih. Saya copypaste dari laman Facebook Misteri & Keajaiban Alam. Begini ceritanya:

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.

Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.

Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.

Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.

Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah.

Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191



...........penantian itu amat menyiksakan.

Akhir kalam, Wasalam

Wednesday, January 25, 2012

Ringkasan Sebuah Bingkisan

Assalamualaikum

Aduhai. Ada yang menebak ada yang menembak. Ada yang menerkam, walaupun pun tak nampak. Apapun ceritanya, burung dalam sangkar tetap diam, tak mau berkepak. Hok pun tidak, hek pun tidak. Tak mau macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Kalau bukan rezeki dah masuk mulut boleh termuntah. Laba itu daripada Allah. Cukup disudahi dengan alhamdulillah. Betul tak?

Jadi, lebih baik dilupakan kisah entry terdahulu. Kembali ke realiti, cerita hal pagi ini. My PIC tiba-tiba muncul depan laman. Itulah kata orang tu kalau buat janji tali-temali susah nak menjadi. Bila tak dirancang, tiba-tiba Puan Shashu datang. Jadi kami bersuka dari pagi sampai ke petang. Dari USJ, sampai berarak ke IKEA. Boleh dikatakan sebuah hari yang hampir sempurna, tapi malam ini tetap tak boleh nak lena. Masih ada hal yang bermain diminda. Esuk pagi kena juga cari jawapannya.

Jadi, maknanya malam ni malas nak cerita panjang. Lebih baik saya kongsi gambar hasil karya terkini sebagai penamat kali ini. Kek ini semua saya buat untuk Rizalman Ibrahim. Pastilah untuk customersnya, tapi tak pasti siapa. Kawan minta kita buat saja. Akhir kalam, saya sudahi dengan ucapan selamat tidur & bermimpi. Tapi jangan lupa basuh kaki.

Wassalam. Nite nite.

Aminnn



Kek masjid sebagai bingkisan untuk bunga hati, sebagai lambang semuga 'masjid' yang dibina kekal abadi.

Sunday, January 22, 2012

Dalam Hati Taman Berbunga-Bunga

السلام عليكم واروماتو اللهوابروكتوه


HARI ini tak tahu kenapa, saya rasa happy. Sejak pagi. Perasaan itu sentiasa bermain-main di hati. tapi, jika diingat-ingatkan semula, sebenarnya perasaan itu sudah bercambah sejak awal tahun baru lagi. Saya dikejutkan dengan beberapa perkhabaran, dan sejak itu hati asyik berbunga-bunga saja. Apapun, selepas bertemu enam mata dengan A & Z, saya mula mencongak, mencampur dan membahagi segala rasa dan tanda. Alhamdulillah. Allah SWT memang sayang orang yang sabar. Saya cuma boleh berkias-kias saja, sebab sangat peribadi untuk dikongsi di laman ini penghujung ceritanya. Apapun saya cuma hendak menegaskan di sini TIGA perkara sahaja:

1. Jangan berhenti berdoa
2. Jangan berhenti berharap kepada Allah Taala
3. Redha.

Inilah yang saya pegang dalam menjalani hidup di peringkat usia begini. Dahulu, saya cengeng dan banyak menyoal hal yang saya tidak pernah tahu jawapannya. Saya sudah melihat dunia melalui kaca mata wartawan, merasai perkara yang paling lazat dan mewah dan juga melalui saat paling hina dan lemah. Semua dah rasa mengikut piawaian saya dan tiada hal remeh yang boleh menduga ketegaran saya selain hal anak-anak itu saja. Perkara lain itu cuma angin lalu saja. Tiada tidak luak, ada pun tidak menambah. Hanya yang ada ketentuan Allah.

Dan saya juga sudah menikmati lima tahun yang indah sebagai Cake Artist. Inilah satu-satunya bakat yang Allah pinjam kepada saya, yang saya anggap satu 'mukjizat kecil dan sangat peribadi' kerana dengan ini saya berupaya mengenali satu dunia baru yang tidak pernah saya jangka akan menikmatinya. Bermula dengan kosong....kemudian mula menimba kemahiran dan pengalaman, dikenali dan menuai laba dengan senang hati.


Dan, kini datang 2012.

Allah memberi saya satu lagi nikmat. Alhamdulillah.

Kini saya sedang menyiapkan asasnya, jika sudah 'dibajak' kemudian menyemai dan baru boleh 'dituai'. Mujurlah ada cuti panjang Tahun Baru Cina....jadi dapatlah saya mengeram semahu-mahunya. Memang tak sabar ni, tapi kata orang tu datang pun tidak terduga, jadi apalah sangat jika perlu menunggu sepurnama dua.

Hem, susah sungguh hendak menggarapnya di sini, sebab takut dinding dan lantai bilik saya ini pandai pula bercerita kepada angin, lalu dikhabarkan satu dunia. Oh! Belum boleh lagi. Tunggu dulu. Belum sampai seru.

Akhir kalam, saya kongsi gambar kek pertunangan Fazrah. Dia menginginkan kek berhias puspa penuh sebakul. Jenuh saya menganyam fondant, dari pagi sampai ke petang. Bunga pula dari gum paste dan diperkemaskan dengan royal aising dan buttercream.

Selamat malam semua, tidur dengan Bismillah dan rasa suka.